Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Salam berhujung minggu bersama keluarga !
Sabtu..Semalam... pagi-pagi lagi saya dah keluar kepasar besar Bukit Mertajam nak borong ikan
Banyak pula ikan dijual. Kadang tu kurang ...
Ikan sardin sekilo RM 4.00...
Saperti biasa saya kan regular customer mereka, jadi dapat special price RM 3.50 sekilo khas untuk kucing-kucing kesayangan saya.
Sambil-sambil tu jenguk-jenguk juga ikan kembong untu dimasak kari
3 hari lepas dapat merasa semangkuk kari kembong dari jiran sebelah
Amboiii mak !
Aroma nya ! Mak Datok !
Mana boleh tahan...
Sedap yang amat !!!
Sampai kemalam ber' ulang makan
Last-last tanya apa rahsia nya ?
Pakai rempah apa ?
Hang Tuah ?
Eh kena cari ni ....
Jadi bila dah ke pasar terus ambil 2 paket kecil
khas untuk nak masak kari
Lain-lain rahsia ?
Ada masukkan aji ke ?
Tak ?
Tapi kenapa sedap sangat.... manis ....
Jawap nya...
Kan dulu MakNdak yang ajar cara nak masak kari... tambahkan 'bawang merah dan bawang putih tumbuk' dalam rempah !
yaaaa..
Betul ! Betul !
Tapi sejak akhir-akhir ni kerana nak cepat masak, asyik skip aja 'bawang merah dan bawang putih tumbuk' tuuuu...
Teringat arwah mak dulu turunkan rahsia kari yang sedap ini...
Semalam ...saya tak skip lagi.
Awal-awal dah tumbuk, takut terlupa...
Bahan A (Bahan tumis)Salam berhujung minggu bersama keluarga !

1/3 cawan minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah (dihiris nipis atau ditumbuk)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
1/2 camca besar halba campur
Bahan B (Bancuhan Rempah)
2 paket rempah kari ikan 'Hang Tuah'
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit air
asam jawa sebesar 1 1/2 ibu jari (jika ikan bawal, elok dilebihkan asam. Ambil jus nya. perah 3 kali)
sedikit garam
Bahan C
6 ulas bawang merah (ditumbuk hancur)
4 ulas bawang putih (ditumbuk hancur)
1/4 kotak santan pekat (santan kotak kecil)
2 cawan air biasa
Bahan D
6 ekor ikan kembong yang bersaiz besar
Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
12-15 biji kacang bendi
2 biji tomato segar (di belah 2)
4 helai daun bawang (di kerat panjang ~ 2 inci)
2 biji cili hijau (dibelah 2 tetapi jangan sampai putus dan dibuang biji nya)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bahan A sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan bahan B ia-itu bancuhan rempah dan dibesar kan api. Biar sehingga rempah mendidih.
3. Apabila rempah dah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan rempah masak dengan perlahan dan menjadi pekat dengan minyak bergeledangan dalam periuk. Pastikan ia kerap di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
4.Setelah rempah menjadi pekat, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dan masak lagi ia biarkan selama ~ 5-7 minit baru dimasukkan santan pekat dan air.
5. Sebatikan santan dengan rempah, baru dimasukkan ikan. Apabila ikan separuh masak, terus masukkan bendi, tomato dan cili hijau dan daun bawang akhir sekali.
6. Kecilkan api dan biar ikan dan lain-lain masak perlahan-lahan. Pastikan jangan biarkan kari mendidih terlalu lama.
Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)
* Selamat menjamu selera ...
No comments:
Post a Comment