Tuesday, 6 September 2016

SANDWICH PANGGANG RANGGUP 'SAMBAL TOTOK' ... Memang sungguh ranggup roti nya dan sedap inti nya !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...

Saya masih bersarapan dengan roti sandwich !
Tapi kali ini SANDWICH PANGGANG RANGGUP 'SAMBAL TOTOK'
Memang ranggup kalau dimakan panas-panas !
Best !!!!
Alat pemanggang ini saya beli beberapa belas tahun dahulu... dah lama tu
Tapi jarang sangat saya menggunakan nya.
Maklumlah dulu kurang sangat makan roti-roti ni
Saya kan anak melayu jati
Baru kini ja nak belajar jadi ...Minah Saleh
hihihi ....

Kepada yang suka sandwich yang panas-panas saya syorkan elok di panggang sahaja.
Senang....
Kalau nak dibandingkan sandwich kukus yang saya sediakan disini SANDWICH KUKUS
Kerana Sandwich kukus ini.. kalau kurang jaga api dan tempoh mengukus boleh menjadikan roti sandwich kita lembik.

Jadi yang ini jangan risau..
Tapi jangan pula panggang terlalu lama nanti jadi 'Sandwich Hanggit' pula !

Sandwich kali ini saya menggunakan inti sambal totok Jawa yang saya beli dari anak saudara saya.


Jom........



Bahan A
4 biji telur ayam (direbus sehingga masak)
2 camca besar sambal Totok
6 biji cili padi (dihiris halus) * Kalau nak lebih pedas
2 biji bawang besar (di potong kecil/kiub)
Semangkuk 'kecil' hirisan kubis
Mayonise
Thousand Island
sedikit garam (Jika kurang masin. Tapi selalu nya sambal totok susah tersedia masin)

Bahan B
Roti Putih
Mentega atau better
Timun Jepun
Salad
* Boleh dimasukkan kubis,tomato segar dan juga cheese

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Telur yang telah direbus, dikupas kulit dan  dilenyek 3/4 hancur.
2. Masukkan sambal Totok dan digaul rata. 
3. Masukkan bahan A yang lain dan digaul sehingga rata.
4. Ambil 2 sekeping roti putih dan sapukan mentega.
Terpulang kepada individu samada nak sapu mentega disatu muka untuk setiap keping atau kedua-dua muka. Saya pilih cara yang ke dua supaya bila kita memanggang ia akan nampak lebih menarik dan lebih sedap.
5. Pada sekeping yang telah disapu mentega, lapiskan timun dan sayur salat.
6. Letakkan satu camca adunan inti diatas dan ratakan.
7. Lapiskan lagi dengan sayur salat.
8. Dan akhir sekali tutup dengan lapisan roti yang ke dua.
9. Buat sehingga habis.
* Tidak perlu dipotong tepi roti kerana apabila memanggang bhg ini akan menjadi ranggup.

10. Letakkan roti kedalam bekas memanggang dan kepitkan ia.
11. Lampu panggang akan menyala menandakan proses memanggang sedang berlaku.
12. Apabila lampu terpadam, buka penutup pemanggang. Jika masih kurang garing boleh teruskan memanggang untuk kali yang kedua.
* Kebiasaan nya untuk kali yang kedua ini saya akan berhenti separuh jalan sahaja untuk mengelak ia terlalu garing.
Walau bagaimanapon ia bergantung kepada alat pemanggang anda.


No comments:

Post a Comment