Sunday, 13 November 2016

KARI BENDI IKAN PARI ... Tips khas untuk 'Kari Pari' yang sedap dan beraroma

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Salam berhujung minggu bersama keluarga !

Hari ini saya masak kari IKAN PARI
Saya masukkan juga KACANG BENDI, sayur kacang kegemaran saya !
Suka lebihkan kacang bendi kerana saya memang suka meratah bila makan
Kadang tu bendi habis dahulu
hehehe...

Ilmu memasak yang saya pelajari dari arwah emak...untuk menyedapkan KARI PARI
Khas untuk 'Ikan Pari' yeeee !

Masukkan lebih bawang putih, lebihkan juga lada hitam dan jintan putih
Lain-lain nya sama saperti kari yang biasa yang saya masak

Fuh yooo !!!
Layan habis....

Exif untuk foto di atas...
Time: 2.56 p.m
Picture Sytle : Portrait
ISO : 400
Aperture: 3.5
Shutter Speed: 1/50
White Balance: Day Light
Metering: Evaluative
Point of Interest: Ikan Pari
Flash : NO


Bahan A (Bahan tumis)
1/3 cawan minyak
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah (dihiris atau ditumbuk)
8 ulas bawang putih (dihiris atau ditumbuk)
1/2 camca besar halba campur

Bahan B (Bancuhan Rempah)
2 paket rempah kari ikan 'Hang Tuah'
3/4 camca besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
sedikit air
asam jawa sebesar 1 1/2 ibu jari (Ambil jus nya. perah 3 kali)
sedikit garam

Bahan C
6 ulas bawang merah (ditumbuk hancur/hiris)
8 ulas bawang putih (ditumbuk hancur/hiris)
1/3 kotak santan pekat (santan kotak kecil)
2 1/2 cawan air biasa

Bahan D
2 potong ikan pari

Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
12-15 biji kacang bendi
2 biji tomato segar (di belah 2)
4 helai daun bawang (di kerat panjang ~ 2 inci)
2 biji cili hijau (dibelah 2 jangan sampai putus dan dibuang biji nya atau patah kan)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bahan A sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan bahan B ia-itu bancuhan rempah dan dibesar kan api. Biar sehingga rempah mendidih.
3. Apabila rempah dah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan rempah masak dengan perlahan dan menjadi pekat dengan minyak bergeledangan dalam periuk. Pastikan  ia kerap di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
4. Setelah rempah menjadi pekat, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dan masak lagi ia biarkan selama ~ 5-7 minit baru dimasukkan santan pekat dan air.
5.  Sebatikan santan dengan rempah, baru dimasukkan ikan.
6. Apabila ikan separuh masak, terus masukkan bendi, tomato, cili hijau dan daun bawang akhir sekali.
6. Kecilkan api dan biar ikan dan lain-lain masak perlahan-lahan. Pastikan jangan biarkan kari mendidih terlalu lama.

Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ...


2 comments: