Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Selamat Berhujung minggu !
Masih dengan selera Cucuq Keria lagi
Makan hari tu rasa tak puas pulak
Tapi kali ini saya tak sira dengan gula merah mahu pon gula melaka
Tetapi saya sengaja nak salut ia dengan gula pasir halus
Mudah kan !
Rasa nya bagi saya lebih kurang sama saja dari segi kemanisan
Tapi kalau gula Melaka tentu lah lagi sedap !
Jom kita goreng simple simple saja
Tapi untuk kali ini saya sengaja tak letakkan baking powder
Nak biarkan ia jadi KERIA 'asli'
MENYEDIAKAN CUCUR
Selamat Berhujung minggu !
Masih dengan selera Cucuq Keria lagi
Makan hari tu rasa tak puas pulak
Tapi kali ini saya tak sira dengan gula merah mahu pon gula melaka
Tetapi saya sengaja nak salut ia dengan gula pasir halus
Mudah kan !
Rasa nya bagi saya lebih kurang sama saja dari segi kemanisan
Tapi kalau gula Melaka tentu lah lagi sedap !
Jom kita goreng simple simple saja
Tapi untuk kali ini saya sengaja tak letakkan baking powder
Nak biarkan ia jadi KERIA 'asli'
MENYEDIAKAN CUCUR
Resepi sama saperti KERIA GULA MERAH yang saya sediakan hari itu. Cuma kali ini tanpa Baking Powder
Bahan A
Minyak untuk goreng tenggelam
Sedikit minyak akan digunakan semasa membentuk
400 g ubi keledek (saya gunakan ubi oren. Kalau dapat yang kuning lagi sedap)
anggaran 1 cawan tepung gandum. * Bergantung kepada jenama. Ada tu masukkan sedikit pon dan mencukupi
Cara-Cara Menyediakannya
1. Basuh keledek bersih-bersih.
2. Masukkan kedalam periuk dan tambahkan air sehingga tenggelam.
3. Rebus sehingga empok. Semasa pertengahan rebusan, balik-balikkan ubi supaya ia masak sekata.
4. Cucuk ubi dengan hujung pisau atau garfu, jika ia menjunam dengan mudah ini menandakan ubi telah empok.
5. Padamkan api dan toskan air nya. Isikan air biasa kedalam periuk supaya proses meng'empok terhenti dan memudahkan kulit dikupas.
6. Tumbuk atau lenyek ubi sehingga hancur.
7. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan gaul sekata. Agak-agak adunan dah boleh dibentuk tak perlu lagi masukkan tepung.
* Elakkan menggunakan tepung terlalu banyak kerana texture cucur akan menjadi keras. Agak-agak sahaja
Cara Membentuk
8. Sapu sedikit minyak pada dulang untuk meletak cucur.
8. Basahkan hujung jari/tapak tangan dengan sedikit minyak.
9. Ambil secubit adunan ubi anggaran sebesar 2 biji guli. Bulat-bulatkan dan tekan hujung jari ditengah nya yang dengan sendiri akan leper dan berlubang.
10. Buat sehingga habis.
10. Panaskan minyak dalam kuali non-stick.
11. Goreng cucur sehingga masak. Balik-balikkan supaya ia masak dengan sekata.
PROSES MENYALUT GULA
Bahan B
2-3 sudu besar gula kastor
Cara-Cara Menyalut cucur
1. Pastikan cucur telah 3/4 sejuk.
2. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi gula dan balik-balikkan.
3. Keluarkan dari mangkuk dan boleh dihidangkan.
Elakkan dari menyalut pada ketika cucur masih panas kerana gula akan menjadi cair.
*** Selamat Menjamu selera ...
Cantiknya keria... gebu!
ReplyDeleteNak ke Amie ? Nanti saya pos hehehe !
Delete