Tuesday, 13 December 2016

NASI LEMAK HALBA ... Set Breakfast 2

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Posting untuk hari ini...
Menu semalam, Nasi lemak sebagai sarapan pagi  juga merangkap makan tengahhari.
Hidangan yang kenyang hingga ke petang

Set Nasi lemak yang lengkap..
... NASI LEMAK HALBA yang sangat beraroma
... SAMBAL MACKEREL LIMAU KASTURI yang sangat sedap
... TELUR DADAR JAGUNG MUDA  yang sungguh lembut
... TELUR REBUS
... KACANG GORENG
... IKAN BILIS RANGGUP
... ULAM TIMUN


NASI LEMAK HALBA


Nasi lemak yang sederhana lemak nya tetapi amat beraroma. Texture nasi ini juga amat lembut tetapi lerai sebutir-sebutir.

Walau sesedap mana pon lauk yang disediakan jika nasi kurang menjadi; akan mematahkan selera makan kita kan ...
Jadi cara penyediaan nasi harus dititkberatkan.
Saya memang amat suka nasi yang lembut.

Kebiasaan nya sukatan air saya adalah 2 kali sukatan beras.
Walau bagaimana pon ini bergantung kepada jenis beras dan banyak nya nasi yang nak dimasak.

Jika banyak;  selalu nya saya akan darab 2 dan tolak 1 atau 2 cawan sukatan air kerana tempoh untuk beras mendidih akan mengambil masa dan akan menjadikan beras terlalu lama berendam dalam air pula.

Bahan A
2 cawan beras
1/2 cawan santan pekat (saya guna santan kotak. Jika santan fresh lagi sedap)
3  1/2 cawan air
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
1/2 inci halia (dihiris nipis memanjang)
1/2 camca teh lada hitam biji
1/4 camca teh halba biji
1/4 camca teh jintan manis biji
1 biji bawang besar (sederhana besar / dibelah 8)
1 camca besar minyak masak
seketul gula batu sebesar ibu jari
sedikit garam
* santan + air = 4 cawan (walau bagaimana pon ini bergantung kepada jenama beras)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A diatas dalam rice cooker dan masak saperti nasi biasa.


SAMBAL MACKEREL LIMAU KASTURI

Sambal ini saya belajar dari Cik Su yang berniaga Nasi dan Lauk Pauk di salah satu gerai yang berlokasi di bangunan Darby Park suatu ketika dahulu.
Gerai Cik Su ini memang menjadi tumpuan kakitangan PNB dan sekitar kawasan situ.
Berderet-deret orang beratur untuk menikmati juadah tengah hari.

Sambal ini menggunakan cili padi dan limau kasturi yang menjadikan sambal lebih-lebih sedap.

Bahan A
1 tin ikan Mackerel 230g (Saya menggunakan cap Ayam kerana isi ikan nya tidak terlalu lembut berbanding brand X yang lain)
Hanya menggunakan 1/3 dari tomato sos dalam tin ikan

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan C (diblend sehingga halus)
10 biji cili kering
15 biji cili padi merah (tangkai nya tidak perlu dibuang)
sedikit air

Bahan D
1/2 cawan jus asam jawa (asam sebesar ibu jari)
1 biji terung bulat (dibelah 4)
3 biji limau kasturi (diambil jus nya)
2 biji limau kasturi (di belah 2 sahaja)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1/4 kiub pati ikan bilis
sedikit garam
* saya tak masukkan gula. Cuma manis bawang sahaja 

Cara-Cara menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bawang bertukar menjadi keperangan.
2. Masukkan bahan C, jus asam jawa dan terung. Masak dengan api sederhana sehingga sambal menjadi sedikit pekat dan terbit minyak yang bergeledangan.
3. Masukkan ikan mackerel, sos tomato ikan dan bahan D yang lain. Perasakan dengan garam.
4. Apabila sambal mendidih kembali bolehlah diangkat.


TELUR DADAR JAGUNG MUDA

Telur dadar yang amat-amat menyelerakan.
Texture yang amat lembut kerana mayonise adalah salah satu bahan yang diguna pakai semasa menyediakannya
Sedar tak sedar.. dah kosong piring telur.

Bahan A
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
1 biji cili merah (dihiris nipis)
1 camca besar mayonise
1/2 mangkuk hirisan daun bawang
1/2 mangkuk hirisan daun sup
5 biji jagung muda (dihiris sederhana tebal)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan B
sedikit Buttercup

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan A dan kocak sehingga rata.
2. Panaskan butter dalam non stick pan.
3. Curahkan bancuhan telur kedalam pan dan ratakan bahan-bahan sayur.
4. Tutup kuali dan masak dengan api yang perlahan sehingga telur masak sempurna.
* Tidak perlu diterbalikkan.


BAHAN SAMPINGAN LAIN
Telur rebus
Kacang Goreng
Timun
Ikan bilis Goreng


* FHA Selemak Santan

2 comments:

  1. Waaa sedapnya! Akak bukak kedai kat london lah kak. Confirm ramai je msian datang restoran akak nanti :D

    ReplyDelete