Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Hari ini saya sediakan lauk KARI AYAM NASI KANDAR.
Resepi ini saya ambil dari FB Mamak Haji.
Rasa nya ?
Umphhhh !!!!
memang marvelous !
Lagi-lagi sedap ada nya Kas-kas dalam masakan ini.
Kebiasaan nya masakan mamak memang dimasukkan bahan ini untuk melemakkan kuah masakan.
Kebetulan pula stok Yogurt saya masih ada lagi, jadi saya masukkan sedikit untuk menggantikan santan.
Memang sedap..
Lepas makan nasi, siap meratah lagi isi ayam sambil calit-calit kuah kari yang lemak ni.
Rasa macam tak cukup pula masak kali ini
Terima Kasih Mamak Haji atas perkongsian resepi
Jom ... Kalau nak tengok resepi asal di sini KARI AYAM NASI KANDAR
Resepi dibawah saya olah sedikit untuk 1/2 ekor ayam dan menggunaakan bahan yang ada didapur.

Bahan A
1/2 ekor Ayam (di potong kepada 6 ketulan dan dibersihkan)
2 biji kentang sederhana besar (di buang kulit dan di belah 4)
1 liter air atau megikut kepekatan yang disukai (sebagai kuah)
Bahan B3 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Bahan C
1 helai daun pandan (dikerat sepanjang 2 inci)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu besar pes 'halia bawang putih'.
2 tangkai daun kari
Bahan D (Satukan semua jadikan Pes)
2 paket serbuk kari ayam/daging Babas *saya menggunakan jenama 'Hang Tuah' 50g
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kas-kas (optional)
2 keping asam gelugor * saya tambah
sedikit air
Bahan E
1/2 cawan santan pekat (optional) * Saya gantikan dengan 3 camca besar Yogurt
1 biji Tomato (dipotong dan dipenyekkan).
1 biji cili hijau (dibelah dua) * Saya gantikan dengan cili merah sbb tiada stok
1/2 sudu besar garam masala *saya tak masukkan sbb tiada stok
1/2 kiub pati ayam * Saya Tambah
Sedikit garam

2 tangkai daun pudina
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga terbit aroma.
2. Kemudian terus masukkan daun pandan dan perlahankan api dapur.
3. Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga ia bertukar kepada warna keemasan baru dimasukkan pes 'halia bawang putih' dan daun Kari.
4. Bila campuran ini mula keluarkan aroma terus masukkan pes rempah (bahan D). Kecilkan api supaya rempah tidak hangus. Masak sehingga terbit minyak dan rempah menjadi pekat.
4. Masukkan ketulan ayam dan sebatikan dengan bahan rempah.
3. Masuk segera air diikuti ubi kentang. Besarkan api dan biarkan kuah mendidih selama 10 minit.
4. Kecilkan api dapur dan biarkan ia dalam keadaan reneh 5-10 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam masak sempurna.
Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.
Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.
5. Masukan santan (saya masukkan yogurt), tomato, cili hijau/merah dan garam masala dan perasakan dengan garam/kiub ayam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari.
6. Bila kuah kari mula mendidih semula, terus padamkan api.
7. Tabur dengan daun pudina di atas kari dan tutup tudung periuk supaya aroma nya terperangkap.
Nota: kepekatan kari anda tertakluk berapa lama jangka masa kari disediakan .
Gelatin yang dihasilkan oleh collegen ayam semasa proses renehan kari akan memekatkan kari anda.
Collegen ayam terdapat banyak pada bahagian kaki dan leher.
* Selamat Menjamu Selera ...
* FHA Selemak Santan
wahhhh oldskool nye ...terbaik gile ni :)
ReplyDeleteMemang terbaik dik...
DeleteTak makan leher & kaki ayam...heheee
ReplyDeleteAkak memang suka part ni...kalau boleh cari yg ni dulu
Delete