Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
LEMPENG DAGING ini saya sediakan beberapa hari sebahagi sarapan pagi
Lempeng yang sangat lembut dan berintikan daging kisar.
Untuk lebih rasa pedas, saya tambahkan sedikit cili api
Selain kelembutan lempeng ini, ia juga amat ber'aroma kerana dimasak menggunakan minyak sapi.
Tak sabar nak makan
Makan panas-panas memang sedap !!!
Jom...

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
1/2 keping daging kisar 'Ramly'
1/2 keping daging kisar 'Ramly'
4 ulas bawang putih (dicincang)
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan air
2 camca besar santan pekat
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris sederhana tebal)
1 camca besar Bawang Goreng
secubit 'Secukup Rasa Maggie'
sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan daun sup
3 biji cili padi (dihiris nipis)
sedikit garam
Bahan C
Minyak Sapi 'Ghee Blend'
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga keperangan.
2. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak. Kacau-kacau selalu supaya daging tersebut hancur.
3. Angkat dan toskan minyak nya.
4. Didalam mangkuk yang lain satukan bahan B dan daging yang telah digoreng diatas.
5. Gaul sehingga rata.
6. Panaskan sedikit minyak sapi didalam kuali non-stick.
7. Masukkan sesenduk kecil adunan lempeng dan masak dengan api yang perlahan.
8. Alihkan lempeng apabila bahagian bawah telah bertukar keperangan.
9. Angkat apabila kedua-dua bahagian lempeng telah masak untuk dihidangkan.
* Lagi sedap jika lepeng ini dimasak sedikit garing
* Lagi sedap jika lepeng ini dimasak sedikit garing
* Selamat Menjamu Selera ...
* FHA Selemak Santan
No comments:
Post a Comment