Tuesday, 10 January 2017

TELUR DADAR 'KARI DAGING' ... Memang sedap. I like !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

TELUR DADAR 'KARI DAGING'
Memang lama nak makan telur yang dimasak sebegini
Favourite keluarga ...
Dari hari kehari akhir nya tercapai selera ini

Jomm....



Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
1/2 keping daging kisar 'Ramly'
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
3/4 camca besar rempah kari Daging
3 camca besar air

Bahan B
3 biji telur
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
1/3 tongkol jagung (ambil isi nya)
1/3 mangkuk hirisan daun bawang
1/3 mangkuk hirisan daun sup
3 putik jagung (dihiris tebal)
3 camca besar air
1 biji cili hijau (dihiris nipis)
1 camca besar mayonise
1/2 camca besar Thousand Island
secubit baking powder (sedikit sahaja)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga bertukar keperangan.
2. Masukkan daging cincang dan goreng sebentar.
3. Masukkan rempah kari, sedikit air dan perlahankan api . Biarkan sehingga rempah masak dan bersalut pada daging.
4. Angkat.

5. Didalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan daging yang telah digoreng dengan rempah kari diatas. Kacau sebati.
Jika didapati daging berketul-ketul, gunakan tangan untuk uraikan dalam bancuhan telur tersebut.
6. Masukkan bahan B yang lain dan kocak sehingga rata.
7. Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan masukkan bancuhan telur diatas.
8. Perlahankan api dan tutup tudung kuali untuk membolehkan telur masak dengan sempurna.
9. Apabila bahagian atas telur sudah membeku , boleh lah diangkat untuk dihidangkan.
Tidak perlu dibalikkan.

* FHA Selemak Santan

2 comments: