Wednesday, 8 February 2017

LEMAK BAYAM MERAH ... Buat ratahan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Sayur bayam yang saya sediakan ini amat sedap sekali mengikut selera saya
Sayur lemak yang simple dan amat mudah disediakan.
Suka meratah dan menghirup kuah sayur yang lemak-lemak manis !

Dulu-dulu ...kalau makan digerai, saya jarang memilih sayur bayam, kangkung atau yang sewaktu dengan nya kerana kurang yakin kebersihan sayur semasa disediakan.

Kebiasaan nya  lebih suka mengambil kubis dan sayur-sayuran jenis kekacang.
Begitu juga jika saya membeli nasi goreng kampung, awal-awal lagi akan berpesan supaya tidak dimasukkan sayur kangkung kedalam nasi.

Ini kerana berdasar kan pengalaman selalunya selera saya akan terputus apabila tergigit pasir.

Tapi bila masak sendiri saya akan makan berulang-ulang kerana saya memang gemar sayuran sebegini.
Kebiasaan nya saya akan rendam dan cuci berulang-ulang sehingga benar-benar tiada pasir lagi sebelum sayur dimasak.

Jomm.. hari ini nak kongsi sayur bayam saya sediakan hasil dari tanaman sendiri.
Walaupon ada daun nya yang berlubang-lubang akibat dimakan serangga, tetapi apabila dibasuh-basuh bersih tiada lagi timbul prasaan ketidakraguan.



Bahan A
1 cekak bayam merah
3 mangkuk air (sebagai kuah)
1/2 kotak santan pekat 'KARA'
sejemput ikan bilis
1/3 kiub pati ikan bilis
sedikit garam
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar
bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan sayur bayam dan air kedalam periuk dan rebus sehingga 1/2 lembut.
saya rebus 1/2 masak dahulu kerana daun dan batang sayur ini sedikit 'tua'. Tetapi jika membeli sayur yang dijual dipasar yang lebih muda, boleh terus disatukan sayur ini dengan langkah ke -2.
2. Masukkan santan kotak, ikan bilis, pati ikan bilis dan perasakan dengan garam. Perlahankan api dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
3. Apabila nampak kuah hampir mendidih terus pecahkan telur (biarkan sebiji/jangan dikocak) dan bawang besar. Tutup tudung periuk.
4. Jika pasti telur sudah membeku, boleh terus diangkat untuk dihidangkan dengan taburan bawang goreng.
~ FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment