Wednesday, 22 March 2017

MEE KOLOK BERKUAH ... Sungguh sedap dan menyelerakan sekali !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Entah kali keberapa saya menyediakan MEE KOLOK ini
Semenjak tahu cara menyediakan nya memang tak lepaskan peluang memasak nya.

Walau pon tak pernah merasai mee yang asli.
Cukup dengan menggunakan noodles kering memang tak menghampakan.

Pertama kali mencuba dan pernah saya kongsikan nya disini MEE KOLOK .. Sesiapa yang belum pernah makan, Jom cuba.. Sedap tak terkata ! setelah menjengah ke dapur Dayang Jack.

Jom...


Jom kita tonton video ...


SUP DAGING yang amat sedap dihirup !


Bahan A
350 g Daging Lembu
1 sudu besar penuh Perencah Sup
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunya lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
1/2 kiub Pati Daging
air secukupnya
sedikit garam

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan diatas (kecuali kiub dan garam) dan rebus sehingga daging empuk.
2. 5 minit sebelum angkat baru masukkan garam dan kiub daging.


DAGING yang aduhaii tak terkata enak nya !!!


Bahan B
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
5 sudu besar Kicap Lemak Manis
1 sudu besar Kicap Lemak Masin

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Toskan daging yang telah direbus diatas dan hiriskan nipis.
2. Masukkan semua bahan diatas, gaulkan rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan daging. Jika terlalu kering bolehlah masukkan 2-3 sudu makan air rebusan daging diatas.
4. Goreng anggaran 3-4 minit dan terus diangkat.
* Tak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan daging menjadi terlalu keras.


BAWANG PUTIH yang amat beraroma !


Bahan C
minyak untuk menggoreng
1 labu bawang putih (dicincang halus)

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali (lebihkan sedikit kerana minyak yang sama akan digunakan untuk mengoreng mee nanti).
2. Goreng bawang putih sehingga bertukar menjadi keperang-perangan.
3. Angkat dan toskan. Simpan minyak ini untuk menggoreng mee.


MEE KOLOK yang amat mengiurkan !!!



Bahan D
4 keping non-fried noodles /instant mee (mee kering spt maggie mee) atau mi kolok
4 sudu makan Sos Ikan / Sos Soya
3 sudu makan Cuka Makan
Kicap Lemak Manis

non-fried noodles /instant mee


Cara -Cara Menyediakan nya
1. Panaskan air secukupnya dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan non-fried noodles /instant mee dan rebus sehingga mee masak.
    * Jika mee sudah lembut dan tidak terasa tepung, boleh diangkat dan toskan.
3. Panaskan 'minyak goreng bawang putih' diatas dan masukkan mee yang telah ditoskan.
4. Perasakan dengan Sos Ikan / Sos Soya, Cuka Makan dan Kicap Lemak Manis, rata-ratakan dan terus diangkat.


SAMBAL yang sedap menyebabkan kita kecur !


Bahan E 
8-10 biji cili padi merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu besar gula putih
3 biji limau kasturi (ambil Jus)
3 sudu besar air biasa
Sos Manis ABC/Kicap Lemak Manis

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Tumbuk atau kisar kering cili padi dan bawang putih.
2. Alihkan kedalam mangkuk dan masukkan kicap manis dan perahan jus limau kasturi, gula dan sedikit air.
3. Gaul rata.


PERENCAH TAMBAHAN yang melariskan mee !!!


Bahan F
Daun bawang
Daun sup (dihiris)
Limau Kasturi
Fish ball (Goreng/Rebus sekejap)
Fish cake (Goreng/Rebus Sekejap)
Sayur Sawi (Rebus.  Masukkan 1 sudu makan minyak dalam air rebusan untuk menjaga kesegaran sayur)
Tomato biji

Jomm ramai-ramai kita MENGHIDANG !


1. Sediakan mangkuk, Masukkan mi, Sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian masukkan  daging, tabur bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan bahan F.
2. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

Selamat Menjamu Selera ...

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment