Sunday, 21 May 2017

CUCUR SAYUR 'SAMBAL TOTOK' .... Memang mudah dan Sangat Sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Haaaa.....
Hari ini saya nak kongsi resepi CUCUR SAYUR 'SAMBAL TOTOK'  pulak

Macam-makan kita boleh masak dengan 'SAMBAL TOTOK'  yang menjadi salah satu perencah nya....

Saperti yang dimaklumkan sebelum ini, diwaktu terdesak tak sempat menyediakan lauk-pauk berbuka atau sahur yang lain di bulan Ramdhan, lauk ini boleh menjadi penyelamat !!!!


Sambal Totok Warisan Ibunda ini adalah Bumiputera .....

017-7800435 NURUL JANNAH
017-7800827 AREFFIN BEELZ

Jom tempah... memang sedap ! FRESH dari kuali .....

Harga sebungkus RM 18 dan tambahan RM 3 untuk yang ber' Petai.
Tambahan RM 7 jika penghantaran melalui Pos.

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....



Terdapat 2 pilihan Sambal
1. Pedas Biasa (Standard)
2. Pedas Kaw-Kaw



Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 camca besar SAMBAL TOTOK 'Warisan Ibunda'
1 mangkuk hirisan Sayur Kubis
1/2 mangkuk hirisan Daun Kucai
1/2 mangkuk hirisan Daun Sup
1 1/2 camca besar Santan Pekat 'KARA'
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1/2 camca teh Baking Powder
1/2 camca teh Sodium Bicarbonate
1 cawan air
Sedikit udang hidup 'Optional'
Sedikit garam (Jika Sambal kurang masin)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemuanya dalam mangkuk yang besar dan digaul rata.
2. Panaskan minyak yang banyak
3. Jemput cucur dan goreng sehingga masak.



No comments:

Post a Comment