Monday, 8 May 2017

DAGING RENDANG BESAR ... Sedap lauk kenduri Kahwin dulu-dulu


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Pernah makan lauk DAGING RENDANG BESAR ?
Lauk utama yang disajikan semasa jamuan kenduri perkahwinan.
Saiz daging yang besar anggaran 200 gram seketul dari sekilo daging yang akan dipotong kepada 5 ketulan besar.
Daging ini akan dimasak dengan kuah yang begitu pekat dihidang dalam talam bersama lauk dan sayur rampai yang lain.
Setalam lauk ini akan dikongsi antara 4 hingga 5 orang.

Kebiasaan nya lauk ini tidak pedas walaupun ada dicampurkan sedikit lada sulah untuk menyedap rasa nya.

Sekarang ni dah jarang yang menyediakan kenduri secara makanan berhidang.
Jadi nak merasa lauk sebegini memang tak merasa lah...
Maklum semua dah makan ala buffet





Bahan A
1 kilo daging (dipotong kepada 4-5 bahagian)

Bahan B (disangai berasingan dan dikisar halus tanpa air)
1 camca besar ketumbar biji
1 camca kecil jintan manis
1 camca kecil jintan putih
1 camca kecil lada hitam
1 camca kecil lada putih

Bahan C (disatukan dan dikisar halus)
2 biji buah keras
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 biji cili hijau
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit air unruk mengisar

Bahan D
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji buah pala (ambil separuh sahaja. disagat halus)
500 ml santan pekat
2 keping asam gelugor

Bahan E
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 biji bawang besar (dibelah 4)
sedikit daun ketumbar
sedikit garam

Bahan F
2 biji limau nipis
bawang goreng

Cara-cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A, B, C dan D dalam kuali dan masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah sedikit air lagi tetapi pastikan air panas mendidih. Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan ia berkerak.
2. 10 minit sebelum angkat, masukkan  bahan E dan ratakan sekali lagi.
3. Semasa dihidangkan, perah jus limau dan tabur sedikit bawang goreng.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment