Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Sambal Belacan Buah Kuinin... kebetulan masih ada separuh lagi buah Kuini.
Kari Ayam Meletop...sedap yang amat. Boleh guna resepi ini untuk penyediaan kuah roti jala... best !
Telur Mata...Sebagai pelengkap.
Jus Asam Boi ... Aduiii ! Tak tahan teringat akan minuman kesukaan saya ini.
Masih dengan Lauk Kampung yang simple.
Sambal Belacan Buah Kuinin... kebetulan masih ada separuh lagi buah Kuini.
Kari Ayam Meletop...sedap yang amat. Boleh guna resepi ini untuk penyediaan kuah roti jala... best !
Telur Mata...Sebagai pelengkap.
Jus Asam Boi ... Aduiii ! Tak tahan teringat akan minuman kesukaan saya ini.
SAMBAL BELACAN BUAH KUININ
Bahan A
4 biji Cili Merah
10-15 biji cili padi kampung
Belacan sebesar ibu jari
Sedikit garam
Bahan B
2 biji Limau Kasturi
1 camca teh gula putih (untuk balance kan kepedasan cili padi
1/2 biji buah Kuini (di ricik/potong kecil)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam lesung tumbuk dan tumbuk sehingga 3/4 para lumat. Boleh juga diblend jika mahu, tapi pastikan jangan terlalu lama sekadar 3 saat stop, 3 saat stop, 3 saat stop hingga mendapat kelumatan sambal yang dikehendaki.
2. Perah jus limau kasturi, masukkan gula dan buah kuini.
3. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
KARI AYAM MELETOP
Bahan A
1 ekor ayam dipotong mengikut saiz yang sederhana besar
2 keping asam gelugor
2-3 biji ubi kentang
Santan sederhana pekat secukupnya sbagai kuah
Santan sederhana pekat secukupnya sbagai kuah
Bahan B
3 camca besar minyak sapi Ghee Blend
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 inci halia (dihiris kasar)
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
3 helai Daun Salam
Bahan C (satukan untuk dijadikan pes)
3 camca besar 'penuh' rempah kari daging/ayam
1 camca besar lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca besar kerisik
1 cawan air
Bahan D
6 ulas bawang merah kecil (ditumbuk atau dihiris)
4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
3 biji Buah keras (ditumbuk halus)
garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga bawang bertukar keemasan.
2. Masukkan bahan C dan perlahankan api. Masak sehingga pecah minyak yang banyak.
3. Masukkan bahan A dan masak dengan api perlahan. Boleh juga ditutup tudung periuk untuk memastikan ayam masak sempurna dibahagian dalam, tetapi pastikan dipantau selalu supaya selalu supaya kuah tak meruap.
4.Apabila ayam separa masak, masukkan bahan D dan biarkan hingga kuah mendidih semula sebelum diangkat untuk dihidangkan.
TELUR MATA
TELUR MATA
Bahan A
Telur
Buttercup
* Telur yang di goreng menggunakan buttercup rasanya lebih sedap
SIRAP ASAM BOI
Bahan A
Asam Boi secukupnya
Gula Putih
Air Panas mendidih
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dalam jug.
2. Kacau sehingga gula larut dan biarkan selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.
* Sirap boleh juga dimasak jika ingin menyediakannya segera
sedapnya sambal belacan buah kuinin tu...
ReplyDeleteHarum aroma buah . Tak tahan nak makan ...
Delete