Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Belek-belek buku resepi yang dibeli oleh anak saudara 'Himpunan Masakan Jawa' beberapa hari lalu.
Terpandang akan resepi ini GEREH SEPAT LEMAK NANAS.
'Gereh' bahasa Jawa yang membawa maksud 'Ikan kering'.
Baca-baca resepi macam tak banyak beza dengan dengan masak lemak disini.
Tapi foto yang dipaparkan memang terliur dan kecur dibuat nya... !!!
Yang menarik saya untuk mencuba nya adalah ia menggunakan Ikan Sepat Masin.
Kebiasaanya kalau masak lemak saya selalu menggunakan isi atau tulang ikan talang.
Ikan sepat biasa nya saya goreng sahaja.
Itu yang teruja sangat nak mencuba ....
Manakala nanas yang digunakan haruslah dicelur terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa manis buah yang kurang sesuai untuk masak lemak.
Kalau untuk masakan Pajeri, saya tak akan celur nenas itu, kerana pajeri memang manis. Jadi kemanisan nenas memang sesuai sangat.
Jomm...

Saya olah sedikit mengikut selera keluarga
sedikit minyak
6-7 ekor Ikan sepat masin
300 g nanas (dibersihkan, dibelah 2 dan dipotong sederhana tebal)
10-12 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Bahan C
1 inci halia (dihiris kasar)
1 inci lengkuas (dititik)
2 batang serai (dititik)
Bahan D
400 ml santan cair
400 ml santan pekat
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit
3 helai daun salam
garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan sepat masin dipotong 2, kemudian direndam dalam air biasa selama 5 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Masak air dalam periuk sehingga mengelegak, masukkan nenas dan celur hingga air megelegak semula terus diangkat dan toskan air nya.
4. Panaskan minyak dalam periuk yang lain dan tumis bahan B dan C. Goreng sehingga bawang hampir garing yakni bertukar sedikit keemasan.
5. Masukkan bahan D (kecuali santan pekat dan garam), Ikan sepat dan nanas. Perlahankan api dan masak hingga kuah mendidih.
6. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam.
7. Masak hingga kuah 'hampir' mendidih semula dan boleh diangkat untuk dihidangkan. *Elakkan santan mendidih kerana ia akan pecah minyak.
Waduh! Enak bangt! Gereh sepat susah nak dapat sekarang ni.
ReplyDeleteBetul Amie.. Cari merata pasar beberapa hari, akhir nya jumpa juga.
Delete