Wednesday, 1 November 2017

NASI GORENG ARAB ... Entah yang ini kali yang ke berapa saya share resepi ini. Memang sedap. Yummy !!!!!!!!!!!!. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Aduhai ....
17 hari blog bercuti,
Tak ada entry !
Tak ada posting !
Vitamin malas menaip melanda !!!!!!!!!

Cuma jeling-jeling dapor jiran sebelah saja, rakan alam maya.
Tu pon tengah-tengah malam... kalau mai mod rajin sikit laa

Moga entry hari ini menaik kan semula mood blogging akak.. e-yaa !.

OK hari ini nak share lagi menu yang biasa dan entah dah beberapa kali akak share sebelum-sebelum  ini...
NASI GORENG ARAB.
Memang suka sangat menikmati akan nasi goreng ini kerana aroma dan keenakan nya.
Adusss......

Nampak simple saja.
Tapi keenakan nya tak usah dipertikaikan lagi.
Sedap sangat.. dengan aroma minyak sapi, daun kari, rempah 4 sekawan dan sedikit hirisan halia.. memang ngam gabungan bahan-bahan ini.

Oleh kerana nasi ini digoreng kosong, jadi elok sangat kalau dimakan dengan ikan atau pon ayam goreng..
Yummy !!!!

OK..
Kali ini akak sediakan video penyediaan nya..
Yang dulu-dulu tu tak ada video.
Moga lebih jelas ya !

Jom tonton YOUTUBE !

Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE  dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 biji bawaang merah (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
1/2 inci halia (dihiris nipis memanjang)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Bahan B
1 sudu teh lada hitam biji (dibiarkan sebiji sebiji)
Sayur (terpulang sayur apa yang nak dimasukkan) Saya masukkan ..
  ... 3/4 mangkuk kecil hirisan lobak merah
  ... 1 mangkuk kecil hirisan kancang buncis
1/2 sudu teh serbuk kunyit (optional)
sedikit garam

1 mangkuk besar nasi putih (berada pada suhu bilik)

Bahan C
Hirisan Cili padi
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng

** Elakkan dari masukkan kicap atau sebarang perasa tambahan untuk mengekalkan rasa keaslian nasi ini. 


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumis bahan A sehingga bawang layu. Tak perlu sampai keperangan.
2. Masukkan lada hitam, sayuran dan serbuk kunyit. Kacau hingga sayur 1/2 masak.
3. Masukkan nasi dan digaul sehingga rata.
4. Perasakan dengan garam.
5. Siap untuk dihidangkan dengan taburan bahan C.

Sedap dimakan dengan ayam goreng atau pon ikan goreng.


* FHA Selemak Santan

1 comment: