Thursday, 16 November 2017

SIAKAP GORENG with THAI NAM JIM SAUCE ...adussss-duss-duss tak tahan teringat keenakan sambal ini ! Jom tonton YOUTUBE !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Jom kita goreng ikan dan sediakan sambal THAI NAM JIM SAUCE.
Fuhh !!! Sedap giler.
Meleleh air liur teringat .........

Sambal ini...
lagi pedas lagi sedap.
Walau bagaimana pon kepada yang tak suka pedas, boleh dikurangkan penggunaan cili padi.

Ikan boleh aja digantikan dengan sebarang ikan lain jika mahu, ikut selera kita lah
Tapi pastikan jangan digoreng masin . Biar sedang-sedang sebab bila dicicah dengan sambal ini memang kebaboom !!!

Kali ini saya goreng ikan 2 ekor dan adunan sambal pon saya gandakan 3.
Tapi resepi yang tertera adalah untuk seekor ikan.

OK..
Jom tonton YOUTUBE !

Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



THAI NAM JIM SAUCE


Bahan A
15 biji cili padi merah
15 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
* Boleh kurangkan cili jika tak nak terlalu pedas

Bahan B
* Kita menggunakan 'cawan kuih lompang' yang kecil tu untuk sukatan bahan
1 biji tomato segar (dipotong kecil)
1 cwn lompang Fish Sauce/Nam pla
1 cwn lompang Palm Sugar (saya guna Gula Kabung 1 ketul)
1 cwn lompang Juice limau nipis/Lemon
1 cwn lompang air (saya guna air panas)
1 sudu teh stok ayam
Sedikit daun ketumbar (diracik halus biar lebih terasa)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Bahan A ditumbuk kasar .
Boleh juga di kisar tetapi pastikan kisar 'Tanpa Air' selama 2 saat stop, kemudian kisar lagi 2 saat dan stop. Buat beberapa kali tetapi pastikan jangan sampai halus... Tak sedap nanti
2. Masukkan Stok ayam kedalam air panas dan kacau sebati.
3. Satukan kesemua bahan diatas dalam mangkuk dan boleh terus dihidangkan bersama ikan goreng.




SIAKAP GORENG


Bahan A
1 ekor ikan siakap
sedikit garam
sedikit kunyit
tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakan nya
1. Ikan dibersihkan dan dikelar sedikit (kali ini saya tak kelar)
2. Lumur dengan garam dan kunyit. Perap 1/2 jam.
3. Tabur dengan tepung jagung dan lumur rata. (tepung jangan dibancuh air)  
4. Goreng sehingga garing,  angkat dan toskan minyak nya.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Post a Comment