Sunday, 3 December 2017

BAGAIMANA MENGELAK HAKCIPTA KITA DARI DI CIPLAK ...Tiada rotan akar masih berguna

Gambar ihsan Google

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Pernah kah anda mengalami situasi dimana entry atau posting anda di ciplak ?
Bagaimana perasaan ketika mengetahui nya ?
Suka ?
Seronok ?
Gembira ?

atau...

Berduka ?
Marah ?
Benci ?
Hilang mood ber'blogging ?
Rasa macam nak stop saja aktiviti berblogging ?

Kepada yang pernah mengalami tentu tahu macam mana perasaan saya.
Ini bukan pertama kali..
Kes pertama hari tu dah selesai.. blog tersebut dah pon berkubur !!!!!!!!!!!!!

Ini kes kedua saya mengalami nya setelah  search-search dalam Google.
Sebenarnya rasa hati dah lama nak cuba-cuba tengok.
Tapi hajat selalu tertangguh akibat kekangan masa.

Hingga lah pada pertengahan November bulan lepas, baru saya berkesempatan.
Hasil nya, saya dapati ada beberapa blog yang telah mencuri entry saya termasuk text yang ditulis, foto dan juga video.
Bermula dari posting tahun 2014 hingga lah yang terkini.

Contoh nya  blog RSSING.com dan beberapa lagi
Tapi untuk RSSING ini,  dah pon selesai beberapa hari lalu.

Dalam blog ini, terdapat kemudahan untuk kita stop/buang entry kita, jika rasa ia  ditambahkan ke laman web itu tanpa keizinan. Jika ingin menghentikan aktiviti tersebut, kita bolehlah mengikuti pautan "Tuntutan saluran " yang disediakan.
Alhamdulillah ia berjaya dikeluarkan walaupon jika di search masih terpapar FHA Selemak Santan disitu tetapi entry-entry didalam sudah di remove oleh system.

Untuk yang lain sedang dalam proses................

Untuk pengetahuan, sebenarnya kerja kerja menciplak ini boleh dibuat melalui 2 cara iaitu secara manual dan secara system.

JIKA COPY SECARA MANUAL  si perompak tersebut boleh memilih mana entry yang nak di Copy dan yang mana tidak. Ini bermaksud yang ia boleh membuat pemilihan sendiri.
Jadi untuk mengatasinya kita harus memastikan yang yang text yang terkandung dalam posting kita itu tidak boleh di click, di select atau di highlight.
Disamping itu, facility copy yang akan terpapar,  jika kita menekan mouse butang kanan haruslah di 'disable'kan.

Bagaimana ?????
Jom...............

Bagaimana untuk 'disable' text selection.
1.  Pada 'Blogger Dashboard', Click 'Layout'

2.  Click ' + Add a Gadget' pada mana mana sidebar (Kiri, kanan atau bawah).

3. Click 'HTML/JavaScript'

4.   Copy syntax  Script to disable text selection, paste dalam ruangan Content dan tekan butang <SAVE>.

5. Siap .


Bagaimana untuk disable function copy pada pada mouse butang kanan
1. Ulang langkah 1 hingga 3 saperti yang diatas.
2. Copy syntax  Script to disable copy function, paste dalam ruangan Content dan tekan butang <SAVE>.
3. Siap

Pastikan kedua-dua script tersebut di setup pada blog anda. Lepas tu Cuba test ... OK atau tidak !

Pada blog saya ia OK kecuali jika saya menggunakan melalui media 'tertentu'. Maaf saya tak dapat nyatakan disini... risau juga nanti si 'dia' tu akan melalui media tersebut untuk C&P.

Walaubagaimana pon In Sya ALLAH saya akan cuba mencari script untuk mengatasi kekurangan ini jika berkelapangan dan tengok mood. heheheh !

Apa-apa pon moga yang ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut .. ibarat tiada rotan akar pon berguna kannnnnnnnnnn


BERBALIK pada .........
JIKA  DICOPY SECARA AUTO (menggunakan sotware tertentu), ia bermaksud C&P akan dijanakan  secara automatik beberapa minute atau mengikut masa yang telah di setkan.
Dalam kes ini nampak gaya tak ada penyelesaian setakat ini. Walau apa kita digalakkan untuk meletakkan text 'Hakcipta terpelihara /copyright dan link kan ia pada blog kita.

Jadi apabila entry/posting di copy by system,  ia akan angkut sekali dengan text tersebut dan akan tertera dalam blog beliau. Jadi pembaca yang teliti akan mengetahui bahawa entry tersebut telah di Copy Paste dari blog yang lain.

Contoh nya
© copyright 2017. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my.
Siap .........


Eh eh eh !!!!!  Jangan lupa ... FOTO-FOTO ANDA

Pastikan letak watermark pada tempat yang sesuai yang agak-agak jika ia di edit / dibuang akan MENCACAT kan foto tersebut.
Watermark tersebut sebaiknya, nyatakan link address blog anda dan pastikan ia JELAS yakni tidak terlalu kecil seolah tiada pon...
Contoh....

FHA Selemak Santan 
© copyright 2017 
http://intai-intaidapurfha.blogspot.com/


OK SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!!!!!!

© copyright 2017. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Post a Comment