Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................
Lama tak bersiaran kan.
Sejak kebelakangan ni rasa malas sangat-sangat nak mengetuk kekunci keyboard.
Sejak dari hari kes entry di cetak rompak berlarutan lah hingga ke hari ini.
Masak hari-hari pon yang ringkas-ringkas sahaja
Janji mudah disediakan, sedap selera sendiri dah cukup memadai.
Kalau tak sedap saya tak akan ulang masak buat kedua kali nya.
Contoh nya macam KWETIAU GORENG KICAP ini,
Sebungkus kwetiau yang dibeli saya masak sedikit buat makan malam sambil-sambil nonton tv.
Dah tengah malam rasa malas pulak nak masak lauk baru.
Jadi saya goreng kwetiau sahaja. Main campak-campak apa yang ada dalam peti sejuk tu...
Dah makan rasa sedap pulak..
Maklum saya lebihkan bawang putih dan menggunakan daging yang agak banyak.
Kebiasaan nya kalau masak yang simple-simple tu saya akan lebihkan bawang putih supaya akan lebih terasa keenakkan nya.
Di tambah pula saya menggunakan daging cincang, jadi saya goreng biar lama supaya naik aroma daging disamping untuk melembutkan nya.
Untuk lebih sedap.. saya biarkan ia sedikit basah-basah.
Tambahan saya masukkan cili padi potong.
Fuhh !!! Makan panas-panas
Tak sedar dah habis sepiring besar
Pagi keesokkan nya, saya goreng lagi baki kwetiau yang tinggal,
Menggunakan resepi dan teknik penyediaan nya yang sama
Dan ini lah hasil nya....
Tada.............
Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best!
Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Untuk 2 orang makan
Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
10 ulas bawang putih (dicincang)
1 1/2 mangkuk kecil daging cincang (dihiris kecil)
3/4 camca besar cili kering kisar
1 1/2 camca besar sos tiram
sedikit air
1 biji tomato segar (dibelah 8)
1/2 paket kwetiau
Kicap lemak manis 'Kipas Udang'
Kicap lemak masin 'Kipas Udang'
1/2 camca besar gula putih
2 mangkuk kecil hirisan kobis (boleh digantikan dengan sayuran lain)
1 1/2 mangkuk kecil taugeh
* Tidak menggunakan garam
Bahan B
Cili padi potong atau cili merah
Daun bawang
Bawang Goreng
Tauhu (direbus)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga bawang layu dan bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan daging dan perlahankan api supaya air daging keluar secara perlahan. Pastikan apabila air daging telah susut, sentiasa dikacau supaya tidak hangit dan ia masak dan garing dengan sekata.
4. Masukkan cili kisar, sos tiram dan sedikit gula. Kacau seketika untuk memastikan cili masak.
5. Masukkan air apabila cili telah terbit sedikit minyak (Jika nak kwetiau basah-basah, bolehlah dilebihkan air)
6. Masukkan tomato segar dan biarkan sehingga kuah kembali mendidih.
7. Masukkan kwetiau dan curahkan kicap manis dan kicap masin. Ratakan sedikit.
8. Masukkan sayur, taugeh dan terus ratakan semua ...
9. Siap untuk dihidangkan.
* Saya menggunakan garfu semasa meratakan untuk mengelakkan ia putus.
10. Tabur bahan B sebelum makan.

Copyright © 2017. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
sedapnya. kueytiow goreng feveret anak-anak Qekra ;)
ReplyDeleteI say, Puan FHA! PH tengah lapor ni....tak sabar2 nak cuba...
ReplyDelete