Bismillahirrohmanirrohim
Kalau dah asyik lalu lalang di wall FB akak, mana boleh tahan ...
Akhir nya akak pon terjebak juga dengan KWETIAU TH'NG yang viral ini.
Kepada yang rasa pelik apa tu KWETIAU TH'NG ?
Sebenar nya TH'NG (sebutan 'teng' bersama 'dengung') dalam bahasa Hokien yang bermaksud Sup.
Tapi ini bukan Kwetiau Sup biasa biasa tau, tapi Kwetiau Sup cara orang Cina.
Rasa nya memang lain dari yang lain
Tak rugi mencuba nya.
Mudah, simple dan amat sedap.
Amat-amat berbaloi.
Resepi asal dari fb Chef HassanHen di SINI
Nanti bila-bila akak boleh buat lagi !!!
Salah satu perbezaan antara Kwetiau TH'NG dengan Kwetiau Sup biasa adalah pada Sup nya adalah lebih 'clear' atau cantik.
Ini adalah kerana kotoran pada ayam akan di keluarkan atau dibersihkan melalui proses merebus yakni selepas ayam di basuh terlebih dahulu.
Proses merebus ini tidak lah memakan masa yang lama, cuma dalam 1/2 - 1 minit sahaja.
Dan hasil nya akan kelihatan buih-buih kotoran terampai di permukaan air.
Ayam yang direbus ini kemudian nya pula akan dibasuh untuk kali ke 2 sebelum proses memasak seterus nya.
Tambahan Sengkuang dalam kuah pula menjadikan Sup ini 'ringan' dan sedap.
Juga penggunaan sedikit gula batu menjadikan rasa sup ini sipi-sipi manis berbanding gula biasa.
Lebih lama proses merebus tulang ayam, akan lebih sedap rasa sup ini.
Tak ketinggalan minyak bawang putih atau lebih dikenali sebagai minyak wangi adalah menjadi bahan penting atau satu kemestian dalam masakan kaum Cina.
Tak boleh tidak ... mesti ada !
Kwetiau pula cuma direndam ataui di kocak dalam air panas sahaja, bukan merebus ya ....
Oleh kerana Sup ini tidak pedas jadi ia lebih sedap dimakan dengan cili padi Kicap dan juga sedikit renjisan serbuk lada hitam/putih .
Wahhh !!
Meleleh teringat Kwetiau ini, tambahan pulak In SYA ALLAH akak puasa hari ini.
Jom kita kedapur, kali ini akak rajin buat video tau
Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Mai kita tengok bahan-bahan nya pulak
KWETIAU
1 bungkus Kwetiau
Air Mendidih secukup nya
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kwetiau ke dalam mangkuk. Boleh juga masukkan dalam penapis dan letak kan ia kedalam mangkuk.
2. Curahkan air mendidih dan ratakan. Tujuan untuk mengasingkan minyak lebihan secara tak langsung membersihkan ia jika terdapat kotoran.
3. Tos kan air tersebut.
MINYAK BAWANG PUTIH
2 labu Bawang Putih (di cincang)
1 cawan Minyak Masak
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih cincang sehingga keperangan.
2. Apabila bawang kelihatan 1/2 perang, boleh diangkat segera. Ini adalah untuk mengelakkan ia terlebih goreng dan boleh cepat hangus dek kerana kepanasan minyak bawang.
CILI KICAP
Cili Padi Hijau (dihiris nipis)
Cili Padi Merah (dihiris nipis)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
1 Biji Limau Kasturi (di ambil Jus)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan didalam mangkuk dan dikacau sehingga rata.
2. Siap untuk dihidangkan.
SUP AYAM
Bahan A
2 ketul dada Ayam
Tulang dan Kaki Ayam
Air secukup nya (untuk merebus bersih)
Bahan B
3 liter air
Sebiji sengkuang sebesar penumbuk (di belah 4)
Bebola Ikan/Ayam
Kek Ikan
Gula Batu sebesar 'Ibu Jari Tangan'
1 camca teh Perencah 'Hilal'1 1/2 camca besar 'Stok Ayam Maggi'
garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Didihkan air didalam periuk. Apabila air telah mula mendidih, masukkan ayam bersama tulang.
Balik-balikkan ia selama 1/2-1 minit untuk mengeluarkan kotoran.
2. Keluarkan ayam dan tulang.
3. Seterusnya basuh ia dibawah aliran air.
4. Air rebusan bersama kotoran akan dibuang.
5. Masukkan air bersih secukupnya (sebagai kuah) kedalam periuk yang lain.
6. Masukkan ayam bersama tulang (yang telah dibersihkan).
7. Masukkan sengkuang dan 1 camca besar Bawang Putih yang telah goreng tadi.
8. Rebus selama 20-30 minit dengan api sederhana.
9. Keluarkan isi ayam (isi sahaja).
10. Masukkan bebola ikan/ayam, kek ikan, gula batu, perencah Hilal, Stok Ayam dan garam. Masak sehingga mendidih semula.
11. Siap untuk di hidangkan
Bahan A
Hirisan Daun Sup
Lada Hitam/Putih Serbuk
Cara-Cara nya
1. Isi Ayam dihiris kepada kepingan sederhana tebal.
2. Di dalam mangkuk, masukkan kwetiau secukupnya.
3. Letakkan kepingan ayam, bebola dan kek ikan diatas.
4. Curahkan Sup Ayam.
5. Letakkan 1/2 sudu teh Bawang Putih Goreng bersama Minyak bawang.
6. Akhir sekali tabur dengan hirisan Daun Bawang dan renjis Lada Hitam/Putih Serbuk.
7. Sedap dimakan dengan Cili Kicap.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Tentulah sedap dan lazat
ReplyDeleteSebelum masak ingatkan biasa2 saja. Rupa nya.....
DeleteAlhamdulilllah c-rius sedap sangat
Sangat menarik! Teringin nak buat juga he he heee....
ReplyDeleteBuat Amie. Jangan x buat.
DeleteSedap ! Saya suka n family pon suka
Lawa2 gambar. Pakai kamera apa
ReplyDeleteTerima kasih.yg ini kamera nikon
Delete