Wednesday, 30 May 2018

PIPA TAUFU ...Citarasa Chinese Hokkien ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Sekarang ini akak makin semangat nak mencuba resepi pelbagai masakan kaum Cina.
Maklum ingin mencari sedikit kelainan, cuba sekali rasa makin-makin nak mencuba banyak lagi...

Buat masa kini akak banyak rujuk dari group masakan di sini  'CHEF HASSAN HEN MAI KONGSI RESIPI'.
Semua resepi mengujakan akak.
Untuk asal resepi ini boleh rujuk RESEPI PIPA TAUFU

Terima Kasih Chef Hassan Hen

Jom hari ini akak nak share kembali tersebut ...

KITA TONTON VIDEO dulu...

Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !



Bahan-bahan yang digunakan ...



Boleh guna sebarang sudu plastik semasa proses mengukus.
Yang ini sudu yang akak gunakan ....



Bahan A
3 keping tauhu ~ 350 gram (dipotong kecil)
250 gram udang hidup (dibuang kulit)
1 camca kecil Perasa Ayam
1 camca kecil gula Putih
1 biji telur ayam
1 camca kecil Tepung Sagu  * Chef menggunakan Tepung Ubi Kayu
1/2 camca kecil sedikit garam

Bahan B
1 mangkuk kecil Hirisan Daun Bawang 
1 mangkuk kecil Daun Sup * akak tambah
1 camca besar Udang Kering (direndam 10 minit dan ditumbuk) 
2 keping Cendawan Telinga Gajah (Direndam dalam air panas sehingga kembang selama 1/2 jam. Kemudian di hiris nipis)
2 ketul Chicken Frankfuter * Chef menggunakan 1 keping Chicken Slice (Dipotong kecil)
1/2 camca kecil Lada hitam serbuk * akak tambah
4 biji cili padi * Akak tambah (dihiris nipis)

Bahan C
1/2 cawan minyak masak
Sudu Plastik secukup nya
Minyak secukup nya untuk menggoreng
Periuk Mengukus

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati  
*JANGAN DI TAMBAH AIR. Gunakan 'batang plastik blender' semasa mengisar untuk memudahkan proses kisaran.

2. Keluarkan bahan kisaran kedalam mangkuk.
3. Masukkan semua bahan B dan diaduk sehingga rata.

4. Dalam masa yang sama panaskan periuk pengukus.

5. Celup hujung sudu plastik kedalam minyak.
6. Ambil anggaran sejemput adunan dan letakkan kedalam sudu kemudian ratakan. 
Ulang langkah 5 dan 6 sehingga habis.
7. Kukus selama anggaran 5 minit sudah mencukupi untuk membeku kan ia.
8. Keluarkan ia dari sudu. Jika mengalami sedikit kesukaran, boleh lah diketuk ketuk sedikit sudu itu pada pinggan.

9. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan kuih ini 'mengerutu'.
10. Goreng sehingga hampir keemasan dan boleh diangkat. Pastikan jangan dgoreng terlalu lama kerana kueh ini akan sedikit keras dibahagian luar.

11. Siap.
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Saturday, 26 May 2018

KWETIAU BAKAR ... Sedap makan panas-panas. Terasa keenakan dan aroma Kwetiau ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Akak masih lagi dengan resepi Kwetiau tauuuu !
Selalu sangat makan Kwetiau yang berkuah atau lembap, apa kata kita cuba jenis bakar ini, 

KWETIAU BAKAR..........


Juga dari resepi Chef Hassan Hen yang dikongsi dalam FB group 'Mai Kongsi Resepi'  DI SINI.

Terima Kasih Chef....
Banyak resepi yang akak terliur tengok !
Tak terkejar,  walau ramai yang dah mencuba

Pelan-pelan akak plan nak buat satu persatu In Sya ALLAH.
Sebab nak rasa sendiri keenakan resepi masakan kaum Cina.


Berbalik kepada KWETIAU BAKAR ini,  ia memang sedap, apa tah lagi jika makan panas-panas.

Dalam penyediaaan resepi ini, seelok nya gunakan daging yang sedikit berlemak.
Pabila digoreng a.k.a dibakar,  aroma lemak-lemak yang terbit ini yang menyedapkan masakan kita.
Kita tidak akan memasukkan air ya semasa proses menggoreng tauuu !

Jommm ikut akak ke dapur.
Akak tak boleh cerita panjang-panjang, terliur pula disiang siang hari posa ni..


JOM KITA TONTON VIDEO dulu...

Jangan lupa ya, ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !



Kita terjah bahan dulu ya ...


Bahan A
3/4 bungkus Kwetiau (anggaran 350 g)
Taugeh secukup nya

Bahan B
Daging yang 'sedikit berlemak' secukup nya.... anggaran 1 mangkuk kecil. Kalau lebih lagi sedap (dihiris nipis)
1/2 camca besar Tepung Jagung
1/2 camca kecil Lada Putih serbuk
1/2 camca kecil Kicap Cair
1/2 camca kecil Minyak Bawang Putih

Bahan C
Minyak secukup nya untuk menumis (Lebihkan sedikit dari biasa. Kerana kita akan membakar Kwetiau nanti)

5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 1/2 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Maggi Seasoning
1 camca besar Perencah 'Hilal'
1 camca besar Kicap Pekat
2 camca besar Kicap Cair (ikut kan kemasinan yg disukai)
1/2 camca kecil Lada Putih Serbuk

2 biji telur ayam

Bahan D
Daun Bawang
Daun Sup
Cili Merah/Cili Padi


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging di gaul dengan bahan B yang lain sehingga rata dan perap selama 5-10 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga keemasan.
3. Masukkan daging dan terus menggoreng sehingga lemak-lemak yang terdapat pada daging cair
Proses menggoreng ini biar sedikit lama .
4. Masukkan kwetiau, ratakan sedikit dan terus masukkan bahan C yang lain (kecuali  telur).
5. Besarkan api dan terus kacau rata dalam kuali. Biarkan seketika untuk membakar kwetiau sehingga terbit aroma.
Jangan di tambah air ya .....

6. Buatkan lubangkan di tengah kuali dan masukkan telur. Biar sebentar sehingga telur sedikit membeku baru di balikkan dan dikacau bersama kwetiau.
7. Masukkan Taugeh, ratakan lagi.
8. Akhir sekali taburkan bahan D yang lain sebelum diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 22 May 2018

KWETIAU SUP 'CHINESE HOKKIEN' ....memang sedap ! Kena sangat dengan selera akak untuk berbuka. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Hari ini dah masuk hari ke 6 kita berpuasa...
Untuk berbuka semalam akak sediakan KWETIAU SUP saja ala-ala Cina Hokkien.
Atau ramai yang kenal ia sebagai Kwetiau TH'NG.

Boleh rujuk di sini KWETIAU TH'NG post pertama kali akak masak. 
Resepi asal dari fb Chef HassanHen  di SINI

Sejak menjak pandai buat kwetiau ni, boleh kata akak kerap juga sediakan nya....

Sebab nya
... Pertama , mudah sangat nak sediakan.
... Kedua, akak memang suka makan makanan yang lembut,
... Ketiga, akak suka makanan yang berair, suka menghirup
... Keempat, yang pasti ia amat sedap
Tambahan pula ada cili padi potong
yummy !!!!

Hasrat hati nak masak 3 hari yang lepas,
Tapi fish ball dan fish cake tak ada, dah merata kedai di cari,
Kalau ada tu, akak muskilkan pula ke halal nan nya.

Jadi semalam, hati teragak-agak nak keluar pergi cari lagi ke tidak, nak keluar ke tidak ?
Akhir nya lepas solat asar, akak ke kedai juga,
Alhamdulillah... stok baru sampai,

Sambar siap-siap 3 bungkus fish cake dan 3 bungkus fish ball
Buat stok kat rumah
Malas lagi nak drive keluar... maklum puasa kan ... ahaks !

Untuk kali ini akak dah pandai sikit,
Akak potong sengkuang tu kepada ketulan ketulan kecil.
Jadi bila makan tu lebih terasa macm kita kunyah fish ball dan fish cake....



Jom kita kedapur, kali ini akak REPOST ja video hari tu,
Mana tau kot ada sapa-sapa yang tak clear , boleh lagi clear ...

Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Mai kita tengok bahan-bahan nya dulu


KWETIAU
1 bungkus Kwetiau
Air Mendidih secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kwetiau ke dalam mangkuk. Boleh juga masukkan dalam penapis dan letak kan ia kedalam mangkuk.
2. Curahkan air mendidih dan ratakan. Tujuan untuk mengasingkan minyak lebihan secara tak langsung membersihkan ia jika terdapat kotoran.
3. Tos kan air tersebut.

MINYAK BAWANG PUTIH
2 labu Bawang Putih (di cincang)
1 cawan Minyak Masak

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih cincang sehingga keperangan.
2. Apabila bawang kelihatan 1/2  perang, boleh diangkat segera. Ini adalah untuk mengelakkan ia terlebih goreng dan boleh cepat hangus dek kerana kepanasan minyak bawang.


CILI KICAP
Cili Padi Hijau (dihiris nipis)
Cili Padi Merah  (dihiris nipis)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
1 Biji Limau Kasturi (di ambil Jus)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan didalam mangkuk dan dikacau sehingga rata.
2. Siap untuk dihidangkan.


SUP AYAM
Bahan A
2 ketul dada Ayam
Tulang dan Kaki Ayam
Air secukup nya (untuk merebus bersih)

Bahan B
3 liter air
Sebiji sengkuang sebesar penumbuk (di belah 4)
Bebola Ikan/Ayam
Kek Ikan
Gula Batu sebesar 'Ibu Jari Tangan'
1 camca  teh Perencah 'Hilal'
1 1/2  camca besar 'Stok Ayam Maggi'
garam

Cara-Cara Menyediakan nya 
1. Didihkan air didalam periuk.  Apabila air telah mula mendidih, masukkan ayam bersama tulang.
Balik-balikkan ia selama 1/2-1 minit untuk mengeluarkan kotoran.
2. Keluarkan ayam dan tulang.
3. Seterusnya basuh ia dibawah aliran air.
4. Air rebusan bersama kotoran akan dibuang.

5. Masukkan air bersih secukupnya (sebagai kuah) kedalam periuk yang lain.
6. Masukkan ayam bersama tulang (yang telah dibersihkan).
7. Masukkan sengkuang dan 1 camca besar Bawang Putih yang telah goreng tadi.
8. Rebus selama 20-30 minit dengan api sederhana.
9. Keluarkan isi ayam (isi sahaja).
10. Masukkan bebola ikan/ayam, kek ikan, gula batu, perencah Hilal, Stok Ayam dan garam. Masak sehingga mendidih semula.
11. Siap untuk di hidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Saturday, 19 May 2018

ACAR BUAH TRADISIONAL yang sedap ... ramai dah cuba ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Masih belum terlambat untuk akak mengucapkan Salam Ramadhan kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.
Selamat berpuasa semua ...

Saperti bulan-bulan Ramadhan yang lalu, akak berbuka secara sederhana sahaja.
Satu dua lauk sudah mencukupi.
Kadang satu lauk saja. 
Masak pon biasa-biasa saja.

Kalau akak rajin, akak akan fotokan apa yang akak masak
Kalau LEBIH sikit rajin tu, In Sya ALLAH akak akan cuba buat video nya

Tapi kalau mai bab malas... tak ada lah ye
Di tambah ...
Sekarang ni di kawasan Utara kerap hujan di waktu petang
Jadi nak memotret dan mevideo pon gambo nya kurang cantik.

Contoh nya untuk me-videokan ACAR BUAH ini pon ambil masa 3 hari.. 
Hari pertama fotokan bahan-bahan nya
Hari kedua videokan cara memyediakan dan memasak
Hari ke tiga baru boleh snap hasil nya.

Maklum lah bila dah siap masak, hari pon redup nak hujan.
Di tambah dengan letihnya proses mevideo

Akak cuba sediakan video ini untuk adik-adik yang nak belajar masak acar cara traditional.
Ini acar orang dulu-dulu tau...aar orang kampung !
Cuma buah-buah nya saja yang akak masukkan buahan over-sea sikit, nak bagi moden katakan.
Tapi rasa nya tetap asli... original


Dengan ...
wangi nya, 
pedas nya, 
masam nya, 
manis nya, 
dan masin nya 
dengan perbagai rasa buah disatukan dalam periuk
memeleh air liur bila makan dengan ikan masin goreng
Tambahan diwaktu bersahur..

Kalau dapat belimbing, halua, dan beberapa buah kampung lagi sedap.

Sekarang ni ada yang masak acar di campur tomato botol, akak tak suka... rasa sos !

Lagi satu...
JANGAN ditambahkan air ya semasa memasak !
Cukup dengan cuka, minyak dan jus buah.

Ada yang suka blend beberapa biji buah, saperti kurma untuk menambahkan kepekatan acar,
Tapi cara keluarga akak, kami biarkan buah sebiji-sebiji,
Memang pada hari pertama, acar ini akan kelihatan cair.. dengan cuka dan minyak.
Tapi bila masuk pada petang atau hari kedua dan berikut nya, ia akan menjadi pekat kerana beberapa buah akan sendiri nya 'menyerap' cuka menjadikan kan acar lebih pekat.

Jadi kalau masak untuk dimakan pada hari yang sama, boleh juga blend beberapa biji kurma,
Tapi akak cadang kan Tak perlu lah ....
terpulang kepada yang nak makan.


Kepada yang telah mencuba resepi akak di posting awal di SINI,ACAR BUAH TRADITIOAL
terima kasih ya........terima kasih sangat-sangat.
Ramai yang mengatakan ia sedap pada selera mereka, alhamdulillah
Ada beberapa yang telah cuba pasarkan dan maklum balas memang memberasangkan..
Ada yang dok obersea tapi masak dengan buah yang terdapat di sana
Sedap...kata nya
Siap promote lagi kat minah-minah saleh di sana..

Seronok akak dengar !

Ada tu kata mereka ....
ingat boleh disimpan beberapa hari, tapi bila dah siap, 1 hari dah licin ....
Ada yang bertanya akak beberapa kemuskilan,
Jasdi dengan ada nya video yang akak buat ini moga dapat menjelaskan lagi proses menyediakan nya.

Lagi satu,..
Apa-saja buah-buahan boleh dimasukkan tapi pastikan buahan jeruk dan kering sahaja ya,
Dan ia akan di celur secara berasingan kerana proses mencelur bergantung kepada saiz buah,

Yang kecil atau lembut tu sekejap saja dalam 4-6 saat saja,
Kalau yang besar atau sedikit keras, lebihkan 3-4 saat 
Macam bawang, halia dan cili padi akak akan lebihkan masa kerana ia bahan mentah.
Tapi pastikan 'air mengelegak kembali' sebelum mencelurkan buah seterus nya.....

Yang akak tak celur, cuma Limau jeruk untuk mengelakkan jus limau hilang.

JOM KITA TONTON VIDEO...

Jangan lupa ya, ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Jomm....

BAHAN TUMIS


Bahan A (Bahan tumis)
1 1/3 cawan Minyak untuk menumis (Lebihkan kerana buah akan menyerap minyak nanti. )
1 sudu besar biji sawi

Ditumbuk atau kisar tanpa air...
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
halia sebesar ibu jari

Bahan B (Rempah tumis)
1 camca kecil Kunyit serbuk
1 camca besar  Cili Serbuk

Di Sangai dan dikisar halus...
1 camca Besar Ketumbar biji
1 camca kecil Halba
1 camca kecil Jintan Putih biji
1 camca kecil Jintan Manis biji

Bahan C
3 cawan gula putih
1 1/2 cawan cuka Makan
garam secukup nya

Bahan D
Di Sangai ....
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi


BUAH-BUAHAN


Bahan E (Buah-buahan)
50-150 gram setiap jenis buah buahan kering atau jeruk
Kalau buah yang berbiji atau besar tu, saperti Kurma atau prune tu lebihkan sikit berat timbangan.
(Di potong 2 atau 4 mengikut saiz, atau dibiarkan sebiji-sebiji)
2 labu Bawang Putih (dibelah 2 jika bersaiz besar)
12-15 ulas bawang merah (dibelah 2 )
Cili Padi secukup nya (Lebih pedas lebih sedap. Biasa nya cili bila dah dimasak, dah kurang kepedasan nya)
Limau jeruk (di belah 12-16 mengikut saiz)

* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan satu satu bergantung kepada saiz, dan kelembutan, kecuali 'Limau Jeruk' tak payah di celur.

Yang kecil atau lembut tu sekejap saja dalam 4-6 saat saja,
Kalau yang besar atau sedikit keras, lebihkan 3-4 saat 
Macam bawang, halia dan cili padi akak akan lebihkan masa kerana ia bahan mentah.


Buah Pala sagat pula, boleh dicelur atau dibiarkan begitu saja..

Tapi pastikan 'air mengelegak kembali' sebelum mencelurkan buah seterus nya.....


Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)

* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.

* Selamat menjamu selera .....

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Sunday, 6 May 2018

UDANG GALAH 'TUMIS CABAI HIDUP' ... resepi kesukaan keluarga


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Seminggu akak tak bersiaran kan...

Bukan nya sibuk berkempen tau..
Tak dak makna nya akak nak masuk politik

Kalau kempen masuk ke dapo boleh lah 

Kawasan akak sekarang ni tengah panas.
Panas ! Panas !

Penanti,  Permatang Pauh
Dulu nya Wan Azizah sekarang ni berukar ganti dengan anak nya pulak

Tengok lah keputusan nya nanti


Akak tak bersiaran sebab mood malas melanda.
Nak buat macam mana, ditambah pulak sibuk dengan tugas harian.

Ini pon paksa kan diri takut berhabuk pula dapor akak ini

OK...
Hari ini akak nak share resepi UDANG GALAH 'TUMIS CABAI HIDUP'  yang akak sediakan beberapa hari lepas.


Beberapa ekor Udang Galah segar pemberian anak saudara akak.
Udang galah dari laut kata nya.
Baru naik tuuuu......

Bila dapat udang yang segar sebegini akak teringat lauk kegemaran arwah emak.
Udang yang dimasak dengan cabai hidup atau cili segar
Keenakan nya lebih terasa berbanding dimasak dengan cili kering.

Jom ikut akak terus kedapur ...


Sedikit kelainan akak kenakan pada resepi ini dimana udang digoreng dengan bawang putih cincang untuk menaikkan lagi rasa lemak udang.


Akak campakkan beberapa biji tomato ceri untuk menambahkan kemanisan dalam lauk ini maklum tomato ceri rasa nya manis berbanding dengan tomato biasa.
Dengan hirisan daun sup...

Tak lupa akak campakkan juga kulit limau kedalam kuali.
Sedapppp !
Kulit yang telah lembut dan sipi-sip pahit akak memang suka.

Jom kita tengok bahan-bahan nya ...


Bahan A
5-8 ekor  udang galah
1/2 camca teh kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (dicincang halus)

Bahan C (ditumbuk 3/4 hancur)
3-4 biji cili merah segar
6 biji cili padi (sesuaikan kepedasan)
8-10 ulas bawang merah
1 camca teh belacan

Bahan D
2 tangkai daun kari
1 camca teh gula
4 biji tomato ceri kuning
4 biji tomato ceri merah
Jus limau nipis (dari 1 biji)
Kulit liamu nipis (diatas)
2 tangkai daun sup (dipotong pendek 1")
sedikit garam


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Udang dibuang hujung mucung, misai dan kaki nya yang keras.
2. Di perap dengan bahan A yang lain selama 1/2 jam.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bertukar keemasan.
4. Masukkan udang yang telah diperap.
5. Goreng 1/2 masak dan terus dikeluarkan udang dari kuali.

6. Dengan baki minyak yang sama (biarkan jika terdapat sisa bawang putih), masukkan daun kari. Kacau-kacau seketika dan terus masukkan bahan tumbuk.
7. Masak dengan api perlahan sehingga bawang layu dan terbit sedikit minyak.
8. Apabila sambal menjadi pekat, boleh ditambahkan sedikit air panas jika mahukan ia sedikit berkuah.
9. Perasakan dengan gula dan garam.
10. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi, tomato ceri, hirisan daun sup dan juga kulit limau.
11. Biarkan ia merenih selama 5 minit tambahan supaya udang masak sempurna.
12. Siap untuk dihidangkan


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my