Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Best kan kalau dapat bersarapan JEMPUT-JEMPUT JAGUNG bersama keluarga tersayang.
Kena pula cucur di cicah dengan Sos Bawang favourite kelurga...
Makan ketika masih panas memang betul-betul layan
Sebiji sebiji masuk ke mulut.
Cara nak menyediakan jemput-jemput memang amat mudah.
Bahan asas nya sebagaimana semua tahu adalah tepung, air dan garam.
Boleh ditambah udang hidup, udang kering, ikan bilis, bawang, jagung, cili merah, sayur kucai, daun bawang atau pon taugeh.
Semua sedap !
Ikut kreativiti masing-masing untuk selera keluarga
Tapi...
Akak belum pernah campurkan hirisan Daun Sup
Pertama kali masukkan nya setelah melihat cucur yang disedikan oleh kawan ketika ber WSAP ini,..... aduhai ....sedikit kelainan rasa, sedap !
Sejak itu, akak tidak ketinggalan tambah daun sup untuk menambah rasa cucur.
Jom kita belajar tips untuk mendapatkan cucur yang lembut...
1. Tepung juga memainkan peranan.
Pernah menggunakan tepung gandum dari jenama yang lain dari Cap Sauh, cucur akak sedikit keras.
Jadi akak sarankan tepung Sauh amat sesuai untuk cucur ini
2.Bawang juga boleh menjadikan cucur kita lembut, terutama bawang Holland. Akak suka masukkan lebih-lebih bawang... memang lebih lembut kejadian cucur.
3. Jika masukkan jagung, memadai sedikit sahaja. Terlalu banyak boleh menjadikan cucur sedikit keras.
4. Campurkan sedikit minyak masak dalam bancuhan tepung pon menjadikan cucur lebih lembut.
5. Boleh juga gantikan minyak dengan butter untuk lebih lemak.
6. Telur juga salah satu bahan yang boleh memainkan peranan menjadikan cucur kita lembut.
7. Boleh juga masukkan separuh sukatan tepung dengan Tepung Cucur Adabi.
Maksudnya kalau guna 2 cawan tepung yang digunakan, pastikan 1 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung 'Cucur Adabi'
8. Buat ‘ibu’/kanji – ambil 3 camca besar tepung gandum, tuang sedikit-sedikit air panas yang baru lepas mendidih, kacau sebati dan lembut. Kemudian baru masukkan bahan lain untuk digaul.
‘Ibu’/kanji akan menjadkan cucur kita tu kekal lembut walaupun cucur tu sudah sejuk.
9. Boleh juga dimasukkan baking powder atau sodium bikarbonat atau yis mauripan. Tapi selalu nya bahan ini menjadikan cucur kita naik yang secara tak langsung texture nya akan menjadi lembut .
Jommm....
Kita belajar masak JEMPUT-JEMPUT JAGUNG yang simple, lembut dan sedap
Psssst... Nanti akak share 'SOS BAWANG tiptop' favourite keluarga
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 biji bawang holland (lebihkan)
1/3 mangkuk kecil isi jagung
1/2 mangkuk kecil hirisan daun bawang
1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 biji cili merah (dibelah 4, dibuang biji dan dihiris)
2 camca besar minyak masak
sedikit udang hidup
Bahan B (dibancuh)
1 cawan air (boleh dilebihkan jika adunan tepung masih belum berpalut elok)
sedikit garam
Bahan C
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan B dalam mangkuk besar.
2. Curahkan bancuhan air garam sedikit- sedikit sambil gaul. Pastikan bancuhan jangan terlalu cair.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Jemput adunan tepung dan goreng sehingga keperangan.
5. Angkat dan toskan atas tissu dapur.
6. Sedia untuk dimakan.
Haa ! Nampak tak ketulan-ketulan bawang Holland... Banyak tu
baru semalam Qekra masak cucur jagung.
ReplyDeleteselera sama ya Qekra ....
DeleteTerasa laparlah pulak petang ni.
ReplyDeletesedap sebagai minum petang, cicah dengan Sos Bawang
DeleteHari ini saya memilih resepi jemput-jemput jagung blog Puan. Mohon share resepi untuk masakan saya. Terima kasih.
DeleteIn Sya ALLAH. Alhamdulillah
DeleteSaya mohon share ye
ReplyDeleteboleh... sila masmerah
DeleteSalam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
ReplyDeletew' salam. Boleh....Ilmu kita kongsi-kongsi kan. Moga lebih pahala yang diperolehi. Aaminn
DeleteTerima kasih puan untuk ilmu masakan hari ni. Saya berjaya buat cucur jagung yang lembut untuk dimakan keluarga. Semoga pahala puan berterusan sebab ajarkan saya satu ilmu baru. Terima kasih sangat sangat
ReplyDelete