Wednesday, 25 July 2018

TUMIS 'BAYAM TANAH' ... Untuk ibu yang menyusu


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Masih lagi nak kongsikan resepi sayuran hijau, yang akak masak khas untuk anak saudara yang sedang menyusukan si-kembar lelaki
 ..... Kembar Tak Se-Iras.
.......Comei-Comei cucu Tok Ndak ni
 hehehehe !

OK...
Semalam akak dah share resepi MASAK LEMAK TURI kan.
Sedap tu !

Yang ini pulak TUMIS BAYAM TANAH


Lepas ni akak kena rajin-rajin variatikan masakan sayur hijau supaya tak jemu dimakan.

Jommmm ikut akak ke dapur

Resepi ini akak cadangkan tak perlu garam mahu pon perasa tambahan kerana kita menggunakan ikan bilis.

Baik untuk kesihatan !


Bahan A
1 ikat sayur Bayam Tanah (diambil daun dan batang yang muda sahaja, Kemudian direndam dalam air dan ditoskan. Ulang beberapa kali untuk mengasingkan kotoran terutama nya pasir)

sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah (di hiris menyerong)
1/2 camca kecil lada hitam serbuk
1/3 camca kecil lada putih serbuk

Bahan B (ditumbuk 3/4 hancur)
25 gram ikan bilis (dalam sejemput)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

* Tidak perlu garam
* Tidak perlu perasa tambahan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga bertukar keperangan serta terbit aroma.
2. Masukkan bayam (tidak perlu diasingkan batang dan daun kerana batang nya bersaiz kecil dan ia mudah masak saperti daun nya).
3. Masukkan lada serbuk dan cili merah.
4. Rata-ratakan sekejap,  dan boleh terus diangkat untuk dihidangkan. Elakkan memasak terlalu lama kerana sayur akan terlalu layu dan hilang segala zat yang terkandung.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. Dulu2 masa kecik2, mak selalu masak tumis bayam ni.
    Sekarang dah tak pernah makan walau pun pokok bayam tanah ni banyak tumbuh sendiri kat kebun sayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. ...
      Akak kalau sayur bayam atau kangkung masak sendiri akan akan makan
      Kalau jualan di luar akan x suka.boleh tahu kebersihan sebab kerapkali tergigit pasir

      Delete