Bismillahirrohmanirrohim
Dengar kata CUCUR NASI ini pernah viral pada tahun lepas, 2017, tapi akak tak perasan ...
Cuma beberapa hari lalu saja baru berkesempatan mencuba nya
emm... memang sedap ! memang lembut !
Akak memang suka sangat !
Yang ini kali ke 2 akak masak selang beberapa hari.
Kalau ada yang belum pernah makan, kena cuba ni
In Sya ALLAH tak menyesal !
Sangat-sangat lembut ! Sangat-sangat sedap !
Resepi akak dapat dari blog ZAZA.
Resepi asal dari FB HAJA SALEH
Terima Kasih ya....
Disini akak adjust sedikit resepi nak ikut selera keluarga...
Bahan A
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan ikan bilis (35 gram)
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit garam
Bahan B
1 biji bawang besar 'holland' yang bersaiz besar (dibelah 16 dan dihiris kasar/kiub) * Bawang Holland lebih sedap untuk dimasak cucur
1 1/2 cawan hirisan daun sup
1 camca besar 'penuh' tepung gandum
udang hidup * optional
Bahan C
Minyak secukup nya untuk goreng tenggelam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dan bercampur.
Untuk memudahkan proses kisaran, guna 'batang plastis pengisar' yang dibekalkan bersama mesin.
2. Keluarkan bahan kisar dan masukkan kedalam mangkuk besar
3. Tambahkan bahan B kedalam bancuhan tepung dan ratakan sehingga sebati. Tujuan tambahan tepung dalam bahan B adalah untuk memekatkan adunan kerana jika berada bersama bahan A sebelum ini, proses kisaran akan lebih sukar kerana aduanan terlalu pekat.
Adunan tepung ini memang lembut dari 'cucur bawang' biasa. Tetapi jangan risau kerana apabila digoreng ia akan kembong dengan sendiri nya.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan cucur serap minyak. Tapi jangan lah pulak sampai berasap .... hehehe
5. Jemput adunan dan goreng. Apabila cucur telah bertukar kekuningan baru dialihkan.
6. Apabila cucur sepenuh nya bertukar kekuningan, angkat, saringkan minyak dan letak diatas 'tissu dapur' untuk menyerap lebihan minyak.
7. Siap untuk dihidangkan.

Wah first time dengar ada cucur nasi ni
ReplyDeleteRamai dah cuba, tapi akak baru ja. Sedap dan lembut. Rasa macam rugi pulak tak cuba awal dulu....
Delete