Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Salam Jumaat semua !
Kari ayam yang akak masak ini ala-ala Kari Ayam Nasi Kandar yang pernah di kongsi tak lama dulu disini KARI AYAM NASI KANDAR ... Mamak Haji dengan sedikit ubah suai mengikut selera terkini.
Dan hasil nya kari menjadi lebih sedap hinggakan kuah dalam pinggan nasi akak melaut banjir.
Bila dah melaut begini teringat suatu ketika dulu, zaman kanak-kanak; suka sangat makan nasi yang terendam dalam kuah kari.
Nak pulak, ditambahkan sedikit kicap
Kemudian siap ada ulam timun segar krup-krap krup-krap makan !
Memang fav ketika tu.
Kena pulak makan dengan nasi panas berasap.
Kadang tinggal ketulan ayam atau ikan saja dalam periuk, kalau ada kuah pon sikit ja.
Perghh !!!
Bahan A
1/2 ekor Ayam seberat ~ 700 gram (di potong kepada 6 atau 8 ketulan dan dibersihkan)
2 biji kentang sederhana besar (di buang kulit dan di belah 4)
1 liter air atau mengikut kepekatan yang disukai (sebagai kuah)
Bahan B1/2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan (dikerat sepanjang 2 inci)
Bahan C
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)1/2 inci halia (dihiris)
1 inci halia
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
* Semua ditumbuk. Jangan kisar kerana rasa nya kurang sedap
2 paket serbuk kari ayam/daging Babas *Boleh kurangkan kepada 1 1/2 paket jika mahu kari yang kurang pekat
1/2 camca teh jintan putih serbuk *
1/2 camca teh jintan manis serbuk *
1/2 camca teh lada hitam serbuk *
1/2 camca teh lada putih serbuk *
1 camca besar kas-kas
2 keping asam gelugor
sedikit air panas mendidih
* Seelok nya kisar sendiri. Kerana yang dijual dipasaran kemungkinan bercampur tepung dan rasa nya kurang.
Bahan F
1/2 cawan santan pekat (optional)
1/2 kiub pati ayam * optional
1/2 camca besar minyak sapi 'GheeBlend'
1 batang serai (diketuk)
1 biji Tomato (dipotong dan dipenyekkan).
1 biji cili hijau (dibelah dua)
1 biji bawang besar holland (dibelah 8)
Sedikit garam
Bahan G
3 tangkai daun pudina
1/2 kiub pati ayam * optional
1/2 camca besar minyak sapi 'GheeBlend'
1 batang serai (diketuk)
1 biji Tomato (dipotong dan dipenyekkan).
1 biji cili hijau (dibelah dua)
1 biji bawang besar holland (dibelah 8)
Sedikit garam
Bahan G
3 tangkai daun pudina
tangkai daun ketumbar (dikerat sepanjang 4 inci)
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B (kecuali daun pandan) sehingga terbit aroma.
2. Kemudian baru masukkan daun pandan dan perlahankan api.
3. Masukkan bahan C dan goreng sehingga ia bertukar kepada warna keemasan baru dimasukkan bahan D (pes bawang) .
4. Bila campuran ini mula keluarkan aroma terus masukkan bahan E (pes rempah). Kecilkan api supaya rempah tidak hangus dan masak sehingga terbit minyak dan rempah menjadi pekat.
5. Masukkan ketulan ayam dan sebatikan dengan bahan rempah... sekejap sahaja.
6. Masuk segera air diikuti ubi kentang, besarkan api dan biar kuah mendidih selama 5 minit.
7. Kecilkan api dan biarkan ia dalam keadaan reneh selma 10-15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam masak sempurna.
Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.
Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.
8. Masukan bahan F dan kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari.
9. Bila kuah kari mula mendidih semula, terus padamkan api.
10. Tabur dengan bahan G dan tutup tudung periuk supaya aroma nya terperangkap.
* Selamat Menjamu Selera ...
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
https://sitiiskandar.blogspot.com/2014/01/nasi-kari-ayam-kampung.html?showComment=1557130264420#c167923263448979636
ReplyDelete