Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Salam Jumaat !
Lauk kari lagi,
Biasa lah, orang Penang kannnn !
Kari dengan orang Penang memang tak boleh di pisahkan.
Kali ini KARI PENANG IKAN JENAHAK
Amat jarang sekali akak masak kari ikan Jenahak,
Jauh sekali membeli nyaa selalu, tak tahu mengapa !
Biasa nya kalau masak ikan besar ini akak lebih suka memilih ikan bawal, pari dan nyok-nyok. Ikan parang pon sedap !
Tapi kali ikan akak cuba sedikit kelainan.
Rupa nya memang sedap isi ikan ini kalau kena cara memasak nya ...
Saperti biasa tips masak kari yang sedap...yang akak belajar dari arwah emak yang akak nak kongsikan disini...
1. Tambahkan sedikit lada hitam dan lada putih.
Lagi elok jika lada tersebut yang ditumbuk atau dikisar sendiri kerana rasa akak serbuk lada yang dijual dipasaran kadang tu ditambah sedikit tepung.
2. Masukkan tambahan jintan manis dan jintan putih walaupon dah tercatat bahan tersebut dalam campuran rempah paket.
Cara nya ....Jika ikan kecil, lebihkan jintan manis (jintan yang bersaiz besar) berbanding jintan putih
Jika ikan besar, lebihkan jintan putih (jintan yang bersaiz kecil) berbanding jintan manis
Sembang-sembang akak dengan tokey restauren terkenal yang terdapat di Bandar Tun Hussein Onn suatu ketika dulu, beliau turut berkongsi rahsia kari beliau ini.
3. Kari Penang atau kari mamak memang rasa nya sedikit masam supaya lebih terasa keenakan nya.
Lagi lagi kalau menggunakan ikan bawal, asam jawa akan dilebih penggunaan nya dari ikan lain. Selain menjadikan rasa yang sedap ia juga menghilangkn bau hanyir ikan bawal.
4. Jika kari ikan pari, pastikan penggunaan bawang putih dilebihkan berbanding bawang merah.
5. Untuk mendapatkan kari yang lebih manis, masukkan bawang merah tumbuk/potong semasa memasukkan santan.
6. Guna kan santan asli yang diperah sendiri berbanding santan kotak. Rasa nya memang ketara berbeza dengan manis dan lemak nya.
7. Daun bawang yang dikerat panjang dan cili hijau yang dibelah 2/dipatahkan dimasukkan 5 minit sebelum kari diangkat menambah aroma dan rasa kari.
8. Jangan lupa halba campur tau..tak ada bahan ini tak lah dinamakan kari
Jomm ikut akak ke dapur
Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 camca besar halba campur
Bahan B (jadikan pes)
2 paket rempah kari ikan
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 camca teh jintan putih (ditumbuk)
1/2 camca teh jintan manis (ditumbuk)
1 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk)
2 camca teh pes asam jawa 'ADABI'
sedikit air
sedikit garam
Bahan C
5 potongan ikan Jenahak
2 cawan santan sederhana pekat
Bahan D
1 biji bawang Holland (dibelah 8)
1 biji tomato segar (dibelah 2) atau tomato ceri 10 biji
2 biji cili hijau (dibelah 2 jangan sampai putus dan dibuang biji nya atau di patah kan 2)
5 helai daun bawang (dikerat sepanjang ~ 2 inci)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bawang layu, terbit aroma dan bertukar hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B, besar kan api dan biar sehingga rempah mendidih.
3. Kecilkan api dan teruskan memasak dengan api yang perlahan sehingga rempah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak. Pastikan ia kerap di kacau supaya rempah tidak hangit dan berkerak.
4. Masukkan santan dan sebatikan dengan rempah.
5. Apabila nampak kuah mula mendidih masukkan ikan dan kecilkan api supaya ikan masak secara perlahan.
6. Agak-agak ikan separuh asak, masukkan semua bahan D. Biar hingga kuah mula mendidih semula, boleh diangkat untuk dihidangkan.
Elak dari membiarkan kari mendidih terlalu lama.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
aduh... mcm terbau2 kari tu kt sini kak hahahha
ReplyDeleteikan jenahak dana pun tak pernah msk tp mak kt kampung selalu msk ikan jenahak ni, dia pun suka masak kari... tp bkn la jns kari penang...
dana ni kak, klu msk yg banyak2 rempah mmg jd mls heheh,... tau nk senang je kan
tp akak punya petua2 tu dana simpanla, bt penyedap masakan lain2kali
Bau kari semasa menumis memang semerbak harum.. tak sabar nak makan
Delete