Friday, 2 November 2018

NASI 'AYAM BAKAR MADU' PENYEK ...yang ini memang mabeless giler !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ..........

Salam Jumaat  !

Saperti biasa akak kesibukan setiap pagi dengan kebun akak yang masih belum siap di bersihkan lagi.
Jadi masak pon ala kadar sahaja..

Rezeki akak beberapa hari lalu di sediakan oleh Chef sebelah rumah akak, Siti Nurul Jannah.

Dalam sibuk dengan sikembar, sempat lagi menyediakan NASI 'AYAM BAKAR MADU' PENYEK yang sedap giler ini,
Walau pon sambal nya sedikit pedas, tapi memang mengancam dik nonnnn !

Ayam, Sambal, Tempe, Tauhu, Sup malah Ulam-ulaman memang akak celik mata tengok !!!!

Jom kita tinjau resepi 


AYAM BAKAR MADU yang di penyekkan
Bahan A
1 ekor ayam (dipotong kepada ketulan besar)
5 helai daun salam
Sedikit garam

Bahan B 
10 batang serai (dihiris)
6 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 camca besar minyak masak
sedikit air

Bahan C
Madu secukup nya
Kicap Manis ABC
Lada hitam serbuk
Lada Putih serbuk

Bahan D
8 biji limau kasturi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam dipotong kepada ketulan besar dan kemudian nya dibasuh bersih.
2. Bahan B dikisar sehingga halus.
3. Satukan ayam, bahan kisar,  daun salam dan sedikit garam. Tambahkan air jika tidak mencukupi hanya 3/4 paras ayam sahaja. 
4. Tutup tudung periuk dan rebus dengan api sederhana sehingga ayam masak. Tapi pastikan jangan terlalu 'overcook'. 

5. Keluarkan ayam dari bahan rebusan (* Baki air rebusan jangan dibuang) kemudian nya masukkan  bahan C dan sebatikan sehingga rata. Perap selama 1/2 jam
6. Bakar atas arang atau boleh juga menggunakan oven atau kuali non stick. Bakar sekejap sahaja sekadar untuk menyebatikan bahan perapan dan menaikkan aroma ayam bakar.

7. Sebelum makan, perah jus limau kasturi diatas nya


TEMPE dan TAUHU yang mengiurkan


Bahan A
Baki air rebusan ayam

Bahan B
Tempe secukup nya
Tauhu secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Tempe di potong mengikut saiz yang dikehendaki manakala tauhu boleh dipotong kepada 2 atau dibiarkan seketul-seketul.
2. Masukkan kedua-dua bahan diatas kedalam baki air rebusan ayam dan rebus selama 30 minit untuk menyebatikan bahan rempah.
3. Kaup tauhu dan tempe bersama rempahratus.
4. Panaskan sedikit minyak dan goreng sehingga garing.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


SAMBAL TERASI yang meleleh !

Bahan A
Sedikit minyak
30 biji cili padi merah (boleh kurangkan jika tak nak terlalu pedas. ikut selera masing-masing)
15 biji cili padi hijau
15 ulas bawang merah
3-4 biji tomato segar (dibelah 2)
8 ulas bawang putih
Sedikit tempe *untuk melemak kan nya
2 helai daun salam
Sedikit belacan

Bahan B
2 biji limau kasturi
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan A sehingga layu. * Boleh digoreng semua sekali dalam 1 kuali, tak perlu asing-asing.
2. Angkat, toskan minyak dan kemudian ditumbuk sehingga 3/4 hancur. * Jangan dikisar kerana texture dan rasa kurang menyengat nanti.
3. Kaup, perahkan jus limau kasturi dan perasakan dengan sedikit garam.


ULAM-ULAMAN yang awet muda

Segala jenis ulam-ulaman apa yang disukai di sediakan termasuklah kacang panjang, petai, kubis dan timun. Tiada kekangan kerana yang makan nya kita kan...


NASI yang seputih kapas
Masak nasi putih biasa saja ya ....Tak perlu susah susah nak sediakan nasi yang berperisa.
Al-maklum lauk pauk sekeliling pon dah amat mengancam jiwa raga !


SUP yang mengancam selera
Bahan A
Ayam bahagian tulang, kaki, leher 
1/2 camca besar rempah sup
1/2 kiub pati ayam
Air secukup nya

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan C
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng.

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga terbit bau harum.
2. Masukkan rempah sup dan sedikitttt saja  air. Kacau-kacau sebentar agak-agak ada bau rempah garing, terus masukkan air dan ayam.
3. Biar sehingga mendidih dan ayam masak sempurna.
4. Tabur dengan bahan C sebelum dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Post a Comment