Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Akak dah cuba resepi dari TASTY....... HAINANESE CHICKEN RICE by Niki.
Disediakan bersama dengan 3 jenis sos CHILI, GINGER GARLIC dan SOY DIPPING.
Juga tak ketinggalam SOUP yang super-duper delicious !!! Marvelous !!!!
Licin Micin Seperiuk soup yang akak masak ...............
Adik-adik akak bila lagi
Mudah sangat menyediakan juadah ini,
Memang berbaloi sedap nya !!
Yang ini memang sesuai dan ngam sangat dengan selera akak.
Bila-bila In Sya ALLAH nak buat lagi, sebab akak memang 'hantu nasi ayam'
Memang supper mavelous !! Fuhh !!! Terlior teringat nasi ini !
VIDEO penyediaan by Niki boleh tengok di FB di sini
Hainanese Chicken Rice TASTY
Thanks Niki for the supersss recipi !
Yummy !!!!!!!!
Hidangan untuk 6 orang makan
HAINANESE CHICKEN
Bahan A
1 ekor Ayam (~ 1.3 kg)
1/4 cawan Garam
*garam yang sebanyak ni digunakan untuk mencuci dan memasak ya....
4 inci Halia Segar (dihiris menjadi kepingan kasar ~ 6 mm)
2 pokok Daun Bawang
Air Sejuk secukup nya untuk rebus tenggelam (~3.7 liter)
2 (atau lebih) camca besar Minyak Bijan
Cara Menyediakan nya
1. Gosok keseluruhan ayam (luar dan bahagian rongga dalam) dengan sedikit garam sambil menanggalkan kulit-kulit yang hampir keluar/longgar. Kemudiannya dibilas dan dilap dengan tissu dapur supaya ayam berada dalam keadaan kering.
2. Sisih/asingkan lemak-lemak ayam dan simpan untuk kegunaan nasi nanti.
3. Lumur semula ayam (luar dan dalam) dengan sedikit garam dan kemudian nya masukkan kepingan halia dan daun bawang ke dalam perut /rongga dalam ayam.
4. Masukkan ayam kedalam periuk, tambahkan air sejuk sehingga tenggelam dan perasakan dengan sedikit lagi garam.
5. Pasangkan api yang kuat sehingga hampir-hampir mendidih dan terus perlahankan api sekecil yang boleh dan terus tutup tudung periuk untuk merenihkan ia selama lebihkurang 30 minit atau sehingga suhu dalaman ayam mencapai 165 ° F (75 ° C).
6. Matikan api.
* Step 4 hingga 6 akak olah sedikit... akak masak air sehingga mendidih membuak-buak, kemudian terus kecilkan api (sekecil boleh), masukkan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ia merenih selama lebihkurang 30 minit atau sehingga ayam masak.
7.Keluarkan ayam dari periuk dan pindahkan kedalam bekas yang berisi kelutulan air ais selama 5 minit untuk menghentikan proses memasak, juga untuk menjaga kulit ayam dari berkerut.
8. Keluarkan halia dan daunbawang dari ayam.
* Akak masukkan semula kedalam stok /air rebusan ayam tadi.
9. Setelah ayam sejuk, lap sedikit bahagian luar ayam dan lumur dengan minyak bijan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap disamping membantu mengelakkan ayam menjadi kering.
HAINANESE SOUP
Bahan A
Stok Air rebusan Ayam diatas
1/4 Kiub Ayam 'Knor'
Bahan B
Daun Sup
Bawang Goreng
Cara Menyediakan nya
1. Tambahkan kiub ayam kedalam stok rebusan ayam diatas dan didihkan sebentar.
2. Tabur dengan bahan B sebelum dihidangkan.
HAINANESE RICE
Bahan A
1/4 cawan (~60 ml) Minyak Bijan
2 sudu besar Lemak Ayam (dicincang)
2-4 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 sudu besar Halia Segar (dicincang)
1 sudu teh Garam
Bahan B
2 cawan (400 g) Beras 'Panjang', dibasuh dan ditoskan
* Akak guna beras biasa ja
2 cawan (480 ml) Air Rebusan Ayam
* Air akak ikut sukatan biasa akak masak
Cara Menyediakan nya
1. Dalam kuali, panaskan minyak bijan dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bahan A yang lain dan goreng sehingga beraroma selama ~ 10 minit.
3. Kemudian keluarkan 1/4 dari bahan goreng
* untuk diguna dalam sos kemudian.
4. Masukkan beras dan kacau/goreng selama 3 minit, kemudian pindahkan beras ke 'rice cooker' dan tambahkan stok air rebusan ayam.
5. 'ON' kan periuk nasi dan masak saperti biasa.
* Untuk memudahkan proses memasak, akak guna 'rice cooker' direct dari langkah 1 hingga 4. Jadi tak ada aktiviti pindah memindah.
SOY DIPPING SAUCE
Bahan A
1/4 bahagian 'bawang putih dan halia goreng' tadi
1 camca besar Sos Tiram
3 camca besar Kicap Manis
1 camca kecil Kicap Cair
2 camca besar Stok Rebusan Ayam (Soup diatas)
Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan A dan sebatikan sehingga rata.
CHILI SAUCE
Bahan A
2 camca besar Cili Merah Kisar
1 camca besar Bawang Putih cincang
1 camca besar Halia cincang
* Akak guna 2 Cili merah, sedikit cili padi, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia. Semua kisar sekali harung tanpa air (kalau nak letak air, pastikan guna Stok Rebusan Ayam)
Bahan B
2 camca besar Sriracha
*Akak tak masukkan
2 camca teh Gula
1 camca besar jus limau
2 camca besar Stok Rebusan Ayam (Soup diatas)
Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan A, B dan sebatikan sehingga rata.
GINGER GARLIC SAUCE
* Akak tak buat sos yang ini sebab tak sempat nak beli Minyak Kacang.
Tapi akak boleh bayang kan kejadian dan keenakan sos ini kerana pernah merasai kesedapatan minyak kacang yang dimasukkan sedikit semasa menyediakan mee.
Bahan A
2 camca besar Halia yang di parut
2 camca Bawang Putih yang dicincang
3 camca Minyak Kacang
1 camca besar Cuka Makan
Sedikit Garam
Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan dan sebatikan sehingga rata.
TADA SIAP UNTUK DIMAKAN ...........
Memang rugi kalau tak cuba !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!