Monday, 25 March 2019

KARI SOTONG MAMAK PENANG ... seriussss ! rasa macam makan di restoren Mamak Penang !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Awal pagi semasa kekedai runcit, terpandang sebekas besar berisi sotong segar bugar bertelur lagi...
Cantik !!!
Plan nak masak kari, maklum lama juga tak makan kari sotong bertelur,
Terus pilih beberapa tangkai kacang buncis nak dirampaikan, nak sedap ber tambah sedap !.

Sampai saja dirumah, baru terperasan akak ada beli daun pudina sebelum ni, jadi kalau dibiarkan 2,3 hari lagi alamat nya emn busuk lah.

Terus plan bertukar... nak masak kari sotong stail mamak penang.
Kari yang macam kat restoren tu...
Kari yang kuah sedikit saja...
Pekat, melekat dan amat-amat terasa sedap !

Tambahan pula stok daun ketumbar ada, daun ini boleh tahan lama kalau direndam dalam bekas yang berisi air dan disimpan dalam peti sejuk. Kadang boleh sampai hampir 2 minggu tau.

Kacang buncis boleh rebus saja jadi ulam...........

Jom!!! Memang menjadi sebiji.


Sedikit kelainan kari akan sejak kebelakangan ini... akak masukkan lada hitam yang di 'kisar kering' sendiri diakhir masakan bersama garam.
Cara ini menjadikan kari kita lebih-lebih terasa dan sedap yang berbeza !
Terasa lemak semacam walau akak tak letak sebarang perasa tambahan.

Percaya lah sedap !!!!!
Macam kat restoren mamak Penang tu... Seriussss !


Bahan A
1 kilo Sotong (dibuang kelongsong dakwat dan tulang nya)

Bahan B
Minyak untuk menumis

2 ulas Bawang Merah (dihiris)
2 tangkai Daun Kari
3 inci Kulit Kayu Manis
3 biji Buah Pelaga
6 kuntum Bunga Cengkih
1 kuntum Bunga Lawang

Bahan C (kisar halus)
8-10 ulas Bawang Putih
1 1/2  inci Halia
sedikit Air *optional (untuk memudahkan proses mengisar)

Bahan D
2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)

3 camca besar 'penuh' Rempah Kari Ayam/Daging
1 camca teh Jintan Manis serbuk
1 camca teh Jintan Putih serbuk
1 cawan Air

8-10 ulas Bawang Kecil (dihiris)
1 batang Serai (diketuk)
1 keping Asam Gelugor

1 camca teh Lada Hitam serbuk
sedikit Garam

Bahan E
5 tangkai Daun Pudina
2 tangkai Daun Ketumbar
3 biji Cili Padi Merah
3 biji Cili Padi Hijau


Cara Menyediakan nya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga wangi.

2. Masukkan bahan C (bahan kisar), kacau hingga ia lebih beraroma.

3. Masukkan daun pandan, terus kacau hingga air kisar susut.


4. Masukkan rempah kari, jintan manis, jintan putih dan sedikit air untuk mengelakkan ia cepat hangus. Perlahan kan api supaya rempah masak sekata dan terbit minyak secara perlahan.

5. Masukkan hirisan bawang kecil.

6. Masukkan serai dan asam gelugor. Masak lagi sehingga minyak terbit lebih banyak dan rempah sedikit garing.

7. Baru masukkan sotong.

8. Tambahkan lada hitam, garam dan sebatikan perlahan-lahan.

9. Air sotong akan keluar semasa proses ini menjadikan kari sedikit berkuah. Pada ketika ini, jika rasa kuah terlalu pekat, kurang atau nak lebihkan kuah, boleh ditambahkan air panas mendidih.

10. Akhir sekali,tabur dengan bahan E, ratakan seketika sebelum angkat untuk dihidangkan.

 Tada ..........
Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 15 March 2019

BAMYA PAHA KAMBING ...egyptian food and recipes


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Salam Jumaat
Semoga semua sihat dan ceria-ceria selalu !
Syukur alhamdulillah,bertemu lagi kita di penghulu hari yang penuh barakah ini.

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang di limpah kurniakan.


Ok....
Akak masih dengan lauk kambing, selagi tak habis bekalan dalam peti sejuk tu, selagi tu akan akak sajikan. Kalau dibiar lama kecut jadi nya, maklum peti sejuk sekarang tak saperti peti dulu-dulu.

Akak beli hari tu separuh paha yang bersaiz besar, asal nak beli sedikit saja untuk dimasak nasi BERIANI PAKISTAN tempoh hari, tapi tak dijual.
Jadi terpaksa ambil separuh, harga ingat-ingat lupa... agak-agak dalam RM 54, kalau tak silap, sekilo ++ tu..........


Resepi untuk hari ini BAMYA PAHA KAMBING sumber DAPUR MAMASYA
resepi asal dari blog TOUR EGYPT

Memang sedap lauk ini, tak pedas, berperisa dan amat sesuai disajikan kepada anak-anak.
Sebab akak 'suka pedas, akak campakkan beberapa biji cili padi.
Itu pon tak terasa pedas !!!!

Tak semesti nya guna kambing ya, daging lembu pon boleh !!!

Kacang bendi yang diguna dalam masakan ini kurang mengeluarkan lendir kerana ia dimasak terlebih dahulu sebelum dimasukkan bersama bahan lain.


Resepi akak olah ikut bahan yang terdapat didapur

Bahan A
Sedikit minyak
1 sb minyak sapi * akak tambah
1 kg daging kambing atau lembu (potong kiub 1 inci)

Bahan B (dikisar halus)
2 sk jintan manis biji
2 sk jintan putih biji
1 sk lada hitam biji
4 sk ketumbar biji
sedikit air

Bahan C
3 biji bawang besar (potong kiub)
6 ulas bawang putih (cincang)

3 biji tomato (buang kulit dan cincang)
4 sb tomato paste/puri * akak ganti dengan sos tomato

4 cawan stok daging (atau air + 1/2 kiub pati daging)
2 sb daun pudina dicincang * akak ganti dengan daun ketumbar
garam

15-20 biji okra/bendi
Jus dari sebiji lemon * akak ganti dengan limau kasturi

Cara Menyediakan nya
1. Dalam kuali, panaskan 2-3 sb minyak masak + minyak sapi dgn api sederhana panas.
2. Masukkan daging (tanpa garam)  sikit demi sikit dan goreng dlm 10 min atau hingga daging agak kecoklatan .



3.Angkat, toskan minyak dan masukkan kedalam periuk yang lain dan ketepikan.


4. Menggunakan baki minyak gorengan daging tadi, tumis bahan bawang putih dan  bawang besar dalam 8-10 min sehingga layu dan sedikit keperangan.



5. Tambah bahan kisar, tomato cincang dan tomato pes. Biar sehingga terbit sedikit minyak.

6. Tuang ke dalam periuk yang berisi daging tadi.

7. Masukkan stock daging / air, perasa dan garam.

8. Tutup periuk dan masak dgn api yg sederhana hingga daging empuk.


9. Sementara itu letak sikit minyak dlm kuali yang telah diberishkan dan masukkan bendi. Masak dlm 3 min. Alih-alihakan supaya ia masak sekata.


10. Pindahkan bendi ke dalam periuk yang berisi daging (yang telah empuk).
11. Perahkan lemon, kacau rata dan biar seketika sebelum diangkat. Jangan terlalu lama untuk mngelakkan bendi terlalu lembut.
12. Siap untuk dihidangkan.


13. Selamat menjamu selera ...

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 13 March 2019

NASI BERIANI PAKISTAN ...rasa berbaloi -baloi sangat. Sedap tak terkata !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Dah lama nak masak dan rasa NASI BERIANI PAKISTAN ni
Dengar kata sedap !
Tapi bila baca step step penyediaan nya dalam salah satu blog tu, mmmm....nampak macam remeh semacam .
Langsung akak ketepikan saja.



Tapi baru-baru ni apabila terpandang posting dari FB Adnilsam Apart, akak dah set In Sya ALLAH nak cuba try masak.

Resepi asal boleh rujuk di sini NASI BERIANI PAKISTAN

Terima Kasih Pn Adnilsam
Memang sedap nasi ni, tak rugi akak cuba.

Akak tak buat apa-apa sos-sos bagai.
Cukup nasi dengan lauk kambing dalam nasi tu ...

Opss !! Lupa nak habaq, akak masak nasi ni dengan daging kambing.
Sedap sungguh-sungguh !


AYAM / DAGING 

Bahan A1
1 ekor Ayam @1kg daging atau Kambing

Bahan B1 (dikisar halus tanpa air)
2 labu Bawang Putih
3 inci Halia
1 sb Jintan Manis biji
1 sb Jintan Putih biji
1 sk Kunyit serbuk
1 ½ sb Ketumbar biji
½ sb  Lada Hitam biji *akak tambah
sedikit Garam
* akak guna jintan biji bukan nya serbuk

Bahan C1 (bahan tumis)
Minyak olive akak guna minyak masak + 1 camca besar Minyak Sapi 'Ghee Blend'
4 kuntum Bunga Lawang
2 inci Kulit Kayu Manis
8 biji Buah Pelaga
10 kuntum Bunga Cengkih
3 helai Daun Pandan (disiat dan simpul)

Bahan D1
2 biji cili hijau (dipatahkan) * akak tambah
3 biji Bawang Besar (dipotong)

Bahan E1
5-6 buah tomato masak saiz besar (dipotong dadu)
1 ½ cawan Yoghurt akak ganti dengan susu cair + perahan jus 2 biji limau kasturi
2 bay Bay Leave akak gantikan dengan daun salam segar.
½ kiub pati Daging * akak tambah
1 sb Gula
Garam

Cara Menyediakan Ayam/Daging
1. Jika menggunakan ayam, potongkan ia kepada 4 bahagian. Bersih dan perap ayam/daging dengan ½ dari B1 selama 1 jam.
2. Panaskan minyak + minyak sapi dan tumis C1 dan baki bahan kisar (B1) sehingga terbit aroma.
3. Masukkan D1, masak sehingga layu.

4. Kemudian masukkan ayam/daging yang telah diperap.
   Tambahkan air 'sedikit sahaja' jika menggunakan ayam; jika daging, agak2 tenggelam untuk mengempokkan nya.
5. Seterusnya masukan bahan E1 dan masak sehingga terbit minyak.
*  Jangan sampai terlalu kering...Biar 'sedikit berkuah' untuk digunakan dalam penyediaan nasi.

6. Jika daging kambing, Pastikan minyak  yang terampai dibahagian atas di kaup buang.kerana ia adalah lemak kambing yang merbahaya untuk kesihatan.


NASI

Bahan A2
5 cawan Beras Basmathi (rendam 1/2 jam & tos)

Bahan B2
2 helai daun Salam
1 kuntum Bunga Lawang
6 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
1 camca besar Minyak masak
Air secukupnya untuk merebus beras 'tenggelam'

Cara Menyediakan Nasi
1. Basuh beras, rendam selama 30 minit, tos dan ketepikan.

2. Di dalam periuk berasingan  masukkan semua bahan B2 dan masak sehingga air mendidih.


3. Masukkan beras dan masak sehingga beras 3/4 masak * sekejap sahaja ya.  Kalau dimakan masih terasa beras lagi.


4. Tutup api dan tos air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering dan ketepikan.



NASI BERIANI

Bahan A3
4 biji telur (direbus, kupas & kelar)


4 biji kentang kecil (dikupas & rebus) * akak tak masukkan
1 cawan susu cair
Saffron @ pewarna kuning + sedikit air



Bahan B3 (Hiasan)
Bawang Goreng
Daun Ketumbar (dihiris)
Daun Bawang  (dihiris)
Daun Sup (dihiris)
Daun Pudina
Badam & kismis *optional

Cara Penyediaan Nasi Briyani
1. Di dalam periuk lain (akak guna rice cooker)...
Lapisan Pertama
- Letak ½ ayam /daging
- Masukkan 1/4 lapisan nasi dan ratakan.
- Taburkan bahan B3, kemudian dan renjis sedikit susu diatas nasi.

Lapisan Kedua
- Masukkan 1/4 lapisan nasi dan ratakan.
- Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang.
- Taburkan bahan B3, kemudian dan letakkan kuah ayam/daging secara random diatas nasi.
- Renjiskan dengan air safron.

Lapisan Ketiga
- Masukkan 1/4 lapisan nasi dan ratakan.
- Letak ½ ayam /daging
- Taburkan bahan B3, kemudian dan renjis sedikit susu diatas nasi.

Lapisan Terakhir
- Masukkan baki nasi dan ratakan
- Taburkan baki bahan B3, baki susu, kuah dan safron diatas nasi.

* Step diatas tu cuma sebagai panduan asas saja. Tak usah pening kepala....
boleh buat ikut rasa hati masing-masing, yang pasti mesti ada beberapa lapisan nasi yang dilapis dengan daging, kuah beriani, telur , hirisan daun, bawang goreng dan susu berselang-seli. 
Itu saja.................

2. On kan Rice Cooker dan biar sehingga nasi masak.
Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas...

3. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah...

* Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt....Taburkan daun ketumbar..,




Salat

Daun Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper



Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 11 March 2019

BAWAL ASAM KICAP ... tumis 4 sekawan yang sangat beraroma !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Perkongsian resepi untuk hari ini BAWAL ASAM KICAP yang ditumis dengan rempah 4 sekawan. Dan dikawankan juga dengan potongan kacang buncis yang digoreng sekejap sahaja untuk mengekalkan kerapuhan nya.
Alhamdulillah, sedap atau tidak ? Akak siap masak nasi panas-panas lagi ...

Sedikit kelainan dari biasa bagi padanan rempah ini dalam masakan, sebab kebiasaan nya ia diguna dalam resepi daging dan ayam sahaja.
Kali ini akak masukkan dalam masakan ikan.

ya......
Tak rugi mencuba kerana keenakan lauk ini berganda-ganda menyelerakan.
Malahan baki-baki kuah yang tinggal sedikit dalam mangkuk, rasa sayang sangat nak dibuang.
Jadi nya akak simpan untuk sarapan 'menyorok' keesokan hari sebelum bertolak menghadiri kursus di Tasik Gelugor.

Berganda-ganda lagi sedap, bila masak asam ini akak tambahkan kicap masin dan manis sahaja.
Tiada perasa tambahan lain.

Jom masak ........


Bahan A 
3 potong Ikan Bawal Hitam (boleh diganti dengan ikan lain yang disukai)
1 camca kecil Kunyit Serbuk
Sedikit Garam

Bahan B
Minyak secukupnya
2 ulas Bawang Putih (dimayang)
2 ulas Bawang Merah (dimayang)
1/2 inci Halia (dihiris batang mancis)
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga

Bahan C
1/2 biji Bawang Holland (dihiris tebal)
3/4 camca besar Pes Asam Jawa 'Adabi'
1/2 camca kecil Lada Hitam Serbuk
Sedikit Air

Bahan D
10-15  tangkai Kacang Buncis (dihiris pendek menyerong)
5 biji Cili Padi Merah (dihiris kasar)
5 biji Cili Padi Hijau (dihiris kasar)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' (kicap lemak manis 3 kali lebih dari Kicap masin)
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'

* Tiada penggunaan garam lain kecuali dalam perapan ikan



Cara Menyediakan nya
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam. Perap selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Angkat.

3. Menggunakan sedikit minyak goreng ikan tadi, tumis bahan B sehingga berorama harum.
4. Masukkan hirisan bawang holland, kacau seketika. Agak sedikit layu baru masukkan bahan C yang lain. Kecilkan api untuk memastikan minyak dapat terbit secara perlahan. * Jika api besar kuah asam menjadi kurang cantik dan menarik.
5. Apabila kuah nampak susut dan sedikit pekat, baru masukkan bahan D, di kacau rata, terus masukkan ikan. Balik-balikkan ikan dengan perlahan supaya kuah dapat meresap dalam ikan.
6. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my