Thursday, 9 May 2019

RESEPI IKAN MASAK LEMAK OREN... Lauk hari ke 3 Ramadan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Blog yang tenggelam-tenggelam timbul kan !!!

Memang,
Kebelakangan ini memang akak agak sibuk dengan urusan peribadi.
Tapi masih terasa sayang akan blog ini yang banyak menjadi perantaraan menghubungkan ikatan persahabatan kita semua...

Hari ini hanya sekadar nak mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua sahabat-sahabat di alam maya ini.
Maafkan akak sekira nya ada salah silap yang sengaja atau tak disengajakan.

Berbalik pada juadah berbuka akak, simple simple saja.
Hari Pertama Puasa akak berbuka dengan Mee Tomyam yang kuah nya boleh rujuk disini..TOMYAM KUNG YANG SEDAP GILER
Hari kedua masih dengan menu yang sama kerana akak tak mahu membazir.

Hari ketiga akak, lauk ikan saperti yang tertera ini'
Ala ... simple-simple saja.
Masak 3 ekor ikan, tu pon masih ada sekor lagi dalam kuali.
Sayur  'Sawi Kungfu dengan Udang Besar'.

Resepi yang terlajak sedap

Nampak macam lauk berbuka untuk hari ni ... makan berbaki lauk semalam. Sebab nya akak tak nak membazir.
Dan makan pon simple2. cukup dengan satu jenis !


Lauk semalam ini masak lemak Nogori saja...
Tiada penggunaan bawang pon !
Kan dah cakap tadi simple ja.........

Cuma akak guna cili padi merah berbanding cili padi hijau. Itu yang menjadikan lauk akak oren warna nya.
Kalau nak guna Limau Oren dalam masakan pon sedap !!!

Resepi boleh rujuk masak lemak biasa biasa ja OK !!!

In Sya ALLAH kalau ada lauk yang mengancam nanti akak akan pos di sini ya...
Itu pon tengok pada kelapangan In Sya ALLAH.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN  semuaaaaaaaaaaaaa !!!

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my