MEE HOON 'TOMYAM KUNG' ... Rugi kalau tak cuba resepi yang terlajak sedap ini !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

MEE HOON TOMYAM KUNG ini akak sediakan 2 hari lepas sebagai minum petang.

Memenuhi selera ramai ahli keluarga, tomyam akak kali ini dimasak kurang kepedasan nya.
Bukan sedikit kurang nya. Tapi boleh dikatakan tak terasa pedas pada tekak akak.
Kalau ikut selera sendiri, memang suka yang kaw-kaw pedas, kalau boleh sampai berasap telinga baru terasa kick !

Tomyam putih !
Rasa tomyam dengan rasa lemak, masam, masin, manis udang, aroma daun limau purut dan daun ketumbar juga sipi-sipi rasa halia dan lengkuas  memang sedap sangat-sangat.
Tumbs up to Puan Roha Hassan, rakan FB yang telah sudi berkongsikan resepi TOMYAM SANTAN ini.

Kalau ada yang rancang untuk menyediakan tomyam, akak sarankan cuba resepi ini, In Sya ALLAH tak akan menyesal.
Repeat masak mungkin ada, macam akak ni.
Dalam tempoh 2 minggu, ini kali ke 3 akak masak.

Psss.. Dengar kata rumah sebelah tak cukup semangkuk besar yang akak bagi. Sedap giler kata nya !
heheheh... kan dah kata

Resepi dibawah, akak adjust mengikut selera keluarga


TOMYAM KUNG

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang merah (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih  (dihiris nipis)

Bahan B
3 camca besar pes cili  * akak tak masukkan sebab keluarga tak nak pedas
1 inci lengkuas (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
6 batang serai  (diketuk)

Bahan C
Air secukupnya sebagai kuah
1 kotak kecil santan KARA
1 1/2 kiub tomyam
8 camca besar sos nampla /ikan
sedikit garam

Bahan D
1/2 kilo udang besar
1 biji lobak merah (dipotong kiub)

Bahan E
15 putik jagung
2 peket cendawan tiram * akak tak masukkan
2 tangkai daun bawang * akak tak masukkan
6 tangkai cili padi (diketuk) * akak tambah sikit ja. tapi ikutlah  kepedasan yang disukai
6 helai daun limau purut (dikoyak)
8 biji limau kasturi (diambil jus dan kulit jangan dibuang)
1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar)
1 labu bawang besar

1 biji tomato (dibelah 4)
10 biji tomato ceri merah
10 biji tomato ceri kuning

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga layu.
2. Masukkan bahan B. Jika menggunakan cili pes, pastikan masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan bahan C, sederhanakan api dan masak sehingga 'hampir mendidih'. Jangan dibiar kuah mendidih keterlaluan kerana texture santan akan 'pecah'.
4. Masukkan bahan D dan perlahankan api.
5. Agak-agak udang separuh masak terus masukkan bahan E. Biar sehingga kuah kembali mendidih  dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

MEE HOON

Bahan A
1 bungkus mee hoon beras

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Mee Hoon direndam dalam air paip selama 30-1 jam sehingga lembut.
2. Toskan air rendaman.
3. Panaskan air yang banyak dalam periuk sehingga mendidih.
4. Celur mee honn sehngga 3/4 masak ~ 5 minit.
5. Angkat dan toskan air nya.... Pastikan jangan di basuh mee hoon yang telah dicelur ini ya.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

1 comment:

  1. Adoilah.. Pepetang macam nie, nampak tomyam pula.. Lapar pula dibuatnya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.