Tuesday, 19 November 2019

MENJADI TETAMU ALLAH MUSIM HAJI 1440H / 2019M - Part 2 (Proses Document)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat akak .
Salam bertemu kembali di alam maya.

Hari ni akak nak sambung bahagian ke-2 Haji iaitu berkisar kepada surat dan proses document.

Sebagaimana yang diceritakan dalam posting sebelum ini Part 1(Pengenalan), akak memang tak sabar-sabar nak pergi haji,
Ini yang dikatakan bila 'Seru' dan rezeki dah sampai, tak menyempat-nyempat terus akak buat Surat Rayuan. Banyak contoh2 surat rayuan di internet, boleh search kalau rajin ...
Tapi surat akak simple saja, sebab Ustaz yang mengajar dah berpesan, jangan nyatakan sebab-bersebab sakit jika 'tidak sakit', sebab kadang ada yang jadikan itu sebagai alasan.
Bimbang ia akan menjadi doa pulak kan... Cukup dan memadai nyatakan yang kita 'benar benar' nak pergi dah mencukupi.

Tentukan cawangan TH mana surat tersebut nan dihantar, dan alamatkan surat ke cawangan tersebut.
Contoh... jika cawangan Perda, Pulau Pinang, nyatakan alamat nya disitu.
Tapi kalau tersalah macam akak ni pon OK  kan...., alamat dlm surat  'di Kuala Lumpur', tapi surat tu hantar byhand di cawangan Perda, Pulau Pinang. hehehe ! kalut menaip surat !

Memang akak sengaja hantar by hand, untuk pastikan yang surat diterima depan mata. Tiada perasaan ragu-ragu lagi..... ahaks !

Sebenarnya tak perlu risau pon sebab akak perasan pegawai bertugas akan merekod maklumat dalam sistem secara online sebaik terima surat dari kita. Dan  kalau tak silap 2 hari selepas tu akak dah terima Surat Akuan Terimaan Surat Rayuan Bakal Haji melalui pos. Cepatkan !

So proses seterusnya kita tunggu jelah jawapan dari TH.
Sambil-sambil tu teruskan hadiri kursus2 Haji yang diadakan setiap minggu.

Di Pulau Pinang ni ada beberapa masjid mengadakan Kursus Asas Haji anjuran TH. Paling dekat dengan rumah akak adalah di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Tapi akak lebih suka mengikuti kursus yg di adakan di Majid Jamek,Tasek Gelugor. Memang masjid ini jauh sedikit dari rumah. Kena bertolak 1- 1.30 jam awal.
Ada sebab kenapa akak suka ke Masjid ini...
Pertama... 'alat pembesar suara' di masjid ini jelas, In Sya ALLAH jelas kedengaran, berbanding masjid Perda sedikit bergaung, maklum masjid ini agak besar. Jadi memang susah kalau nak rakam untuk study/review balik.
Kedua... cetakan soalan2 yang diedarkan kepada jemaah Haji yang mengikuti kursus di masjid Tasek Gelugor bertujuan untuk menguji kefahaman kita.
Ketiga... belajar  dalam keadaan yang selesa kerana masjid Tasek Gelugor mempunyai kemudahan kerusi kuliah yang selesa bersandar. Boleh belajar dibarisan depan sambil duduk bersandar. Kalau tidak kena duduk belakang cari dinding atau tiang, maklum bila dah umur lanjut , nak elakkan dari kerap membongkok bila duduk bersila di lantai.

Saperti yang akak ceritakan sebelum2 ini, hujung minggu adalah hari kursus Haji... Sabtu dan Ahad.
2 kali seminggu di tempat yang berlainan dan Ustaz yang berbeza. Tapi kadang ustaz yang sama tapi bab yang berbeza.

Kursus Asas Haji anjuran TH di Masjid Jamek Tasek Gelugor ini diadakan pada setiap hari sabtu dari pukul 9.00 -11.00 pagi
Foto Ihsan Google -Masjid Jamek Tasek Gelugor

Manakala hari ahad pula akak ke Masjid Jamek Simpang Empat, Permatang Buluh, dari pukul 9.00 hingga 11.00 pagi.
Foto Ihsan Google -Masjid Jamek Simpang Empat, Permatang Buluh

Tamat sahaja kursus di Masjid Jamek Simpang Empat, Permatang Buluh, akak berpindah pula ke Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat, di kampung akak.
Foto Ihsan Google -Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat
Emm .... memang terasa seronok dah tak sabar menunggu dari satu minggu ke satu minggu nak menghadirkan diri mengikuti  kursus.
Begitu lah perasaan bila keinginan benar-benar nak ke Mekah. Baru akak tahu dan rasa sapertimana  orang tua-tua kata bila 'SERU menjadi tetamu ALLAH itu datang'.

30 March 2019 Jumaat pagi............
Akak terima panggilan telefon dari pegawai TH cawangan Perda memaklumkan yang 'Rayuan Haji' akak telah diterima dan meminta segera ke cawangan untuk mengambil surat tawaran.
* Biasa nya untuk Jemaah Rayuan, pihak HT akan hubungi kita direct melalui telefon. Tujuan nya adalah untuk mengejar masa kerana Musim haji sudah hampir dekat. Berbanding jemaah yang dah lulus awal-awal lagi akan menerima tawaran melalui surat pada hujung tahun.

Alhamdulillah Syukur pada ALLAH !

Dimaklumkan yang pihak TH telah cuba hubungi akak beberapa kali melalui talian tetap dan juga melalui HP tetapi tidak berjawap.
.... mmmm patutlah akak perasan ada miss call 04-xxx    1-2 hari sebelum tu !
kalau melalui talian tetap,confirm akak jarang angkat sebab kerap sangat dari SCAMMERS.

* ps... nanti In Sya ALLAH  kita sembang pasal SCAMMERS pula
2 hari lepas akak dapat panggilan dari SCAMMER berbangsa melayu..scammer yang baru bangun tidur. hahaha !


OK berbalik pasal urusan Haji ini .............
Sebaik mendapat panggilan, akak segera ke cawangan TH di Perda kerana hari tersebut hari Jumaat  waktu rehat nya awal.

Akak diserahkan Surat Tawaran Untuk Menunaikan Fardu Haji (Terpilih),


Buku Rekod Rawatan beserta beberapa surat /document yang lain.


Akak diminta supaya menjawap  Surat Tawaran diatas samada 'menerima' atau 'menolak' dengan  memulangkan Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran Terpilih dengan kadar segera.

Tapi bagi tujuan menjawap tawaran tersebut, akak dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik yang berdaftar dengan TH terlebih dahulu. 

Alahaiii nak ke klinik pada hari yang sama, klinik tutup...Jumaat kan, jadi kena tunggu keesokkan hari !
eeeee ! tak sabar nak tunggu pagi .........
Awal awal lagi akak dah tercegat di pintu klinik.  hehehehehehe !
Dah...'result medical checkup' pula kena tunggu lebih kurang seminggu baru keluar . Aalahaiiii.
Sebenar nya akak berkejar kan result ni pon ada sebab sebab lain juga.
Sebab selagi result tak keluar, takboleh nak hantar 'Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran'.
Lambat surat tersebut diproses menyebabkan akak terlepas Kursus Intensif yang dikendalikan oleh TH yang akak idam-idamkan tu.
Tak apa lah tak ada rezeki nak hadiri kursus intensif tu...

Akak dimaklumkan yang proses flow document by TH sebelum sebelum ini sedikit berbeza, dimana  bakal jemaah harus menjawap 'Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran'  dahulu, baru disusuli dengan 'medical checkup'. Tapi setelah dapati ada jemaah yang tak lulus medical, tapi maklumat terimaan telah pon diproses, menyebabkan pihak sana mengubah 'flow' supaya 'medical checkup' result dibawa bersama dengan surat tersebut, Jadi bila medical lulus, baru boleh proses/update 'Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran' .

opss.. nak maklum yang kos pemeriksaan kesihatan tersebut adalah dalam anggaran RM 180 ya..

Pada 04 April 2019, akak ke Cawangan TH untuk menyerahkan 'Surat Pengesahan Penerima / Menolak Tawaran'  dan laporan kesihatan.
Sebaik terima surat tersebut, TH mengeluarkan Surat Pengesahan Menerima Tawaran Sebagai Bakal Haji.

Alhamdulillah selesai sudah satu proses .........

Nanti kita sambung part 3 ya.... panjang kalau nak cerita bab-bab document ini termasuk kalau kita berhajat nak pergi dengan agency swasta.

Wassalam...

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 8 November 2019

MENJADI TETAMU ALLAH MUSIM HAJI 1440H / 2019M - Part 1 (Pengenalan)



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat akak .
Salam Jumaat  !!!!!!

Moga sihat-sihat semua nya ya

Dah lama akak tak bersiaran sejak menerima tawaran untuk menjadi tetamu ALLAH hari itu.
Merehatkan diri dan memberikan tumpuan utama dan fokus dalam pembelajaran dan persediaan untuk ke sana.

Syukur alhamdulillah kini selesai sudah hajat dan impian akak.

Lama berehat dan kini nak kembali semula kealam dunia ber blogging memang amat  'bercinta' sangat2  !!!.
Tapi rasa sayang pulak.
Berblogging bagi akak, dapat menghubungkan siraturrahim antara sabahat-sahabat walaupun antara kita semua tak pernah bersemuka.

Sebagai permulaan akak nak berkongsi sedikit foto2 yang sempat dirakamkan semasa disana untuk tatapan semua, juga sebagai simpanan akak sebagai kenang kenangan.

Sebenar nya banyak foto yang sempat diambil sebagai kenangan, tapi  semasa kemaskini HP sekembali dari Mekah hari tu,  akak telah tersalah langkah, menyebabkan sebahagian besar foto2 telah TER delete.

Tak apa lah, sedikit yang ada ini akak simpan sebagai kenang kenangan.

OK.. Semua tentu telah sedia maklum kan sekarang dah tak macam dulu lagi dimana kita tak dapat pergi menunaikan Haji berulang-ulang kali.
Jadi bila dah dapat tawaran menjadi tetamu ALLAH tu, tunaikan lah dengan sepenuh hati, sepenuh perasaan dan 'bersungguh-sungguh'.
Persediaan mental dan fizikal amat-amat perlu, lagi lagi kalau yang pergi seorang diri macam akak ni.

Pertama...
Buatlah  persediaan 'SEPENUH nya' sebelum ke sana yaaa,,,,
Hadiri kursus kursus yang disediakan oleh pihak Tabung Haji.  Jika ada kursus yang dianjurkan oleh pihak lain, jangan lepaskan peluang untuk turut sertainya juga kerana tak semua ilmu itu datang dari satu sumber.
Rajin mentelaah semula apa yang dipelajari dan buat nota sendiri supaya kita mudah mengingati nya.

Sebenar nya 2 tahun sebelum sebelum, akak dah menghadiri kursus haji anjuran masjid di tempat akak tinggal. Tapi hadir pon secara lewa-lewa.... tak bersungguh.
Cuma pada Musim Haji tahun 2018 baru perasaan nak ke Mekah meruap-ruap, tambahan kawan-kawan yang bersara kemudian telah menerima tawaran Haji 2018.
Perasaan lagi membuak bila melihat foto-foto di IG yang dikongsi oleh DrSheikhmuszaphar beliau, Satu hari entah beberapa kali akak asyik skodeng je insta nya.

Kalau ikut rekod di Tabung Haji, akak akan kesana pada 2020, tapi hati ni amat terasa yang akak dapat menunaikan haji pada 2019.

Alhamdulillah, selepas hantar surat rayuan ada awal januari, akak terima panggilan menyatakan yang rayuan akak lulus dan perlu segera ke cawangan utuk mengambil surat tawaran.
Memang suka lah sangat-sangat....
Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Syukur !!!

Kedua .....
Sentiasa jaga kesihatan sebelum berangkat . Rajin kan diri berjalan kaki untuk melatih supaya kaki kita tidak 'terkejut' apabila disana.

Semasa di Mekah/Madinah, banyakkan minum air zam-zam. Biasa nya bila nak balik dari masjid baru akak akan minum dalam kuantiti yang lebih berbanding semasa datang. Maklum takut kerap berulang ke tandas pulak.

Kerap mandi untuk menyejukkan badan maklum cuaca yang panas.

Ketiga ....
Bawa ubat-ubatan yang diperlukan,
Pesanan akak, jangan lupa bawa sedikit garam dan asam jawa. Bukan pes yaa, tapi asam jawa yang ketul tu,.
Sakit kerongkong dan batuk dah jadi kebiasaan apabila di sana nanti. Dinegara orang memang susah  nak mencari nya bila diperlukan.

Garam biasa nya untuk kita berkumur jika terasa tekak perit atau sakit.
Asam jawa pula boleh dimakan sedikit2 (palit2 gitu) jika diperlukan untuk memecahkan batuk yang 'ala gila-gila' tu.

Semasa di Di tanah Suci
Banyakkan bersabar dengan suasana dan keadaan disana saperti cuaca, kesesakan orang ramai, makanan dan juga tak ketinggalan pael rakan2 sebilik.

Cuaca yang panas amat  terasa terutama pada bahagian muka kita kerana bahagian ini adalah bahagian yang terdedah. Kepanasan nya bagaikan berada didepan unggun api yang sedang marak.
Pernah akak basahkan Face Mask dan ia boleh kering bila tiba di Masjid yang jarak nya lebih kurang 180 meter saja. Tentu boleh banyang kan kepanasan nya..

Kesesakan orang ramai makin meningkat dan amat ketara sekali terutama hampir ke kemuncak Haji.
Tiada masa jemaah akan berkurang walau di tengah malam atau diawal pagi.... sentiasa sesak.

Pernah akak dihimpit beberapa kali menjadikan akak sedikit fobia. Tapi alhamdulillah perasaan itu hilang sedikit sedikit.
Untuk mengelakkan bersesak sesak, biasanya akak akan lewatkan masa keluar dari masjid 'selepas solat' (~ 30 minit)  . Dalam masa tersebut, isi kan ruang waktu dengan berdoa atau membaca Al-Quran.

Bab-bab makanan semasa di Hotel, tak menjadi masaalah sangat. Kalau nak sedikit berbeza boleh dapatkan di restoren2 sekitar Mekah/Madinah.
Di Mina pon bagi akak makanan nya OK, walaupon diuruskan oleh Muassasah.
pss.... akak memang tak cerewet bab-bab makan ni !

Banyak bersabar dengan peel rakan2 sebilik.
Semasa kursus lagi ustaz dah berpesan supaya banyakkan bertolak ansur, jangan pentingkan diri sendiri dan harus berlebih kurang adalah lebih baik.
Betul sangat tu, akak setuju kerana berkongsi bilik bukan nya lama, ia hanya sebagai tempat merehatkan dan membersihkan diri sahaja kerana lebih banyak masa kita berada di masjid.

Di Mekah akak ditempat kan di hotel yang jarak nya 100-180 meter dari dataran Masjid.
Berkongsi 5 orang sebilik, tapi keadaan nya lebih selesa dari yang dapat 4 sebilik.
Dalam keadaan itu masih ada yang nak lebih selesa hingga sanggup rapatkkan katil rakan yang lain agar ruang nya lebih luas,dan beg 'besar nya' dapat dibentangkan.
Alahaiiii !! Sabar ja lah ya ........

Fokus utama kita adalah amal ibadat kepada ALLAH
Rajinkan diri ke masjid dan luangkan lebih banyak masa berada di situ. Cuba laksanakan tawaf sunat sebanyak yang boleh. Jika dapat 50 kali alangkah bagus nya.

Elakkan 'kerap berlingkar dalam selimut' terutama selepas sarapan atau makan.
Sayangkan ! datang jauh-jauh berjuta-juta kilometer, bila tiba di Mekah, malas nak ke masjid.
Lagi rugi jika jarak Hotel penginapan dengan masjid amat dekat berbanding yang tinggal berkilometer jauh nya.

Elakkan bersembang perkara2 yang 'LaQa' terutama bila dah berkumpul dalam bilik tu, tahu-tahu sahaja lah kan.


Foto ini akak rakam pada waktu tengahhari, di ambil selepas selesai tawaf sunat di tingkat 2. 
Panas terik matahari pon jemaah tak berkurang untuk bertawaf. 
Biasa nya diwaktu sebegini ada yang berpayung dan ada yang sanggup bertahan. 

Foto selepas solat di tingkat 2 laluan ber'tawaf'.


Yang ini ketika berada di 'ground floor'  yang amat jelas kelihatan kaabah dihadapan kita.

Pss.. kena datang awal untuk cari kedudukan yang stratigik dan bertentang dengan kaabah.
Tapi biasa nya bila hampir tiba waktu solat, saf-saf di sini akan sesak kerana yang datang kemudian akan cuba sedaya upaya nak juga menyelit-menyelit antara jemaah.



OK setakat ini saja sebagai permulaan.
Kita sambung part seterus nya nanti...

Wassalam...

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my