Tuesday, 19 November 2019

MENJADI TETAMU ALLAH MUSIM HAJI 1440H / 2019M - Part 2 (Proses Document)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat akak .
Salam bertemu kembali di alam maya.

Hari ni akak nak sambung bahagian ke-2 Haji iaitu berkisar kepada surat dan proses document.

Sebagaimana yang diceritakan dalam posting sebelum ini Part 1(Pengenalan), akak memang tak sabar-sabar nak pergi haji,
Ini yang dikatakan bila 'Seru' dan rezeki dah sampai, tak menyempat-nyempat terus akak buat Surat Rayuan. Banyak contoh2 surat rayuan di internet, boleh search kalau rajin ...
Tapi surat akak simple saja, sebab Ustaz yang mengajar dah berpesan, jangan nyatakan sebab-bersebab sakit jika 'tidak sakit', sebab kadang ada yang jadikan itu sebagai alasan.
Bimbang ia akan menjadi doa pulak kan... Cukup dan memadai nyatakan yang kita 'benar benar' nak pergi dah mencukupi.

Tentukan cawangan TH mana surat tersebut nan dihantar, dan alamatkan surat ke cawangan tersebut.
Contoh... jika cawangan Perda, Pulau Pinang, nyatakan alamat nya disitu.
Tapi kalau tersalah macam akak ni pon OK  kan...., alamat dlm surat  'di Kuala Lumpur', tapi surat tu hantar byhand di cawangan Perda, Pulau Pinang. hehehe ! kalut menaip surat !

Memang akak sengaja hantar by hand, untuk pastikan yang surat diterima depan mata. Tiada perasaan ragu-ragu lagi..... ahaks !

Sebenarnya tak perlu risau pon sebab akak perasan pegawai bertugas akan merekod maklumat dalam sistem secara online sebaik terima surat dari kita. Dan  kalau tak silap 2 hari selepas tu akak dah terima Surat Akuan Terimaan Surat Rayuan Bakal Haji melalui pos. Cepatkan !

So proses seterusnya kita tunggu jelah jawapan dari TH.
Sambil-sambil tu teruskan hadiri kursus2 Haji yang diadakan setiap minggu.

Di Pulau Pinang ni ada beberapa masjid mengadakan Kursus Asas Haji anjuran TH. Paling dekat dengan rumah akak adalah di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Tapi akak lebih suka mengikuti kursus yg di adakan di Majid Jamek,Tasek Gelugor. Memang masjid ini jauh sedikit dari rumah. Kena bertolak 1- 1.30 jam awal.
Ada sebab kenapa akak suka ke Masjid ini...
Pertama... 'alat pembesar suara' di masjid ini jelas, In Sya ALLAH jelas kedengaran, berbanding masjid Perda sedikit bergaung, maklum masjid ini agak besar. Jadi memang susah kalau nak rakam untuk study/review balik.
Kedua... cetakan soalan2 yang diedarkan kepada jemaah Haji yang mengikuti kursus di masjid Tasek Gelugor bertujuan untuk menguji kefahaman kita.
Ketiga... belajar  dalam keadaan yang selesa kerana masjid Tasek Gelugor mempunyai kemudahan kerusi kuliah yang selesa bersandar. Boleh belajar dibarisan depan sambil duduk bersandar. Kalau tidak kena duduk belakang cari dinding atau tiang, maklum bila dah umur lanjut , nak elakkan dari kerap membongkok bila duduk bersila di lantai.

Saperti yang akak ceritakan sebelum2 ini, hujung minggu adalah hari kursus Haji... Sabtu dan Ahad.
2 kali seminggu di tempat yang berlainan dan Ustaz yang berbeza. Tapi kadang ustaz yang sama tapi bab yang berbeza.

Kursus Asas Haji anjuran TH di Masjid Jamek Tasek Gelugor ini diadakan pada setiap hari sabtu dari pukul 9.00 -11.00 pagi
Foto Ihsan Google -Masjid Jamek Tasek Gelugor

Manakala hari ahad pula akak ke Masjid Jamek Simpang Empat, Permatang Buluh, dari pukul 9.00 hingga 11.00 pagi.
Foto Ihsan Google -Masjid Jamek Simpang Empat, Permatang Buluh

Tamat sahaja kursus di Masjid Jamek Simpang Empat, Permatang Buluh, akak berpindah pula ke Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat, di kampung akak.
Foto Ihsan Google -Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat
Emm .... memang terasa seronok dah tak sabar menunggu dari satu minggu ke satu minggu nak menghadirkan diri mengikuti  kursus.
Begitu lah perasaan bila keinginan benar-benar nak ke Mekah. Baru akak tahu dan rasa sapertimana  orang tua-tua kata bila 'SERU menjadi tetamu ALLAH itu datang'.

30 March 2019 Jumaat pagi............
Akak terima panggilan telefon dari pegawai TH cawangan Perda memaklumkan yang 'Rayuan Haji' akak telah diterima dan meminta segera ke cawangan untuk mengambil surat tawaran.
* Biasa nya untuk Jemaah Rayuan, pihak HT akan hubungi kita direct melalui telefon. Tujuan nya adalah untuk mengejar masa kerana Musim haji sudah hampir dekat. Berbanding jemaah yang dah lulus awal-awal lagi akan menerima tawaran melalui surat pada hujung tahun.

Alhamdulillah Syukur pada ALLAH !

Dimaklumkan yang pihak TH telah cuba hubungi akak beberapa kali melalui talian tetap dan juga melalui HP tetapi tidak berjawap.
.... mmmm patutlah akak perasan ada miss call 04-xxx    1-2 hari sebelum tu !
kalau melalui talian tetap,confirm akak jarang angkat sebab kerap sangat dari SCAMMERS.

* ps... nanti In Sya ALLAH  kita sembang pasal SCAMMERS pula
2 hari lepas akak dapat panggilan dari SCAMMER berbangsa melayu..scammer yang baru bangun tidur. hahaha !


OK berbalik pasal urusan Haji ini .............
Sebaik mendapat panggilan, akak segera ke cawangan TH di Perda kerana hari tersebut hari Jumaat  waktu rehat nya awal.

Akak diserahkan Surat Tawaran Untuk Menunaikan Fardu Haji (Terpilih),


Buku Rekod Rawatan beserta beberapa surat /document yang lain.


Akak diminta supaya menjawap  Surat Tawaran diatas samada 'menerima' atau 'menolak' dengan  memulangkan Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran Terpilih dengan kadar segera.

Tapi bagi tujuan menjawap tawaran tersebut, akak dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik yang berdaftar dengan TH terlebih dahulu. 

Alahaiii nak ke klinik pada hari yang sama, klinik tutup...Jumaat kan, jadi kena tunggu keesokkan hari !
eeeee ! tak sabar nak tunggu pagi .........
Awal awal lagi akak dah tercegat di pintu klinik.  hehehehehehe !
Dah...'result medical checkup' pula kena tunggu lebih kurang seminggu baru keluar . Aalahaiiii.
Sebenar nya akak berkejar kan result ni pon ada sebab sebab lain juga.
Sebab selagi result tak keluar, takboleh nak hantar 'Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran'.
Lambat surat tersebut diproses menyebabkan akak terlepas Kursus Intensif yang dikendalikan oleh TH yang akak idam-idamkan tu.
Tak apa lah tak ada rezeki nak hadiri kursus intensif tu...

Akak dimaklumkan yang proses flow document by TH sebelum sebelum ini sedikit berbeza, dimana  bakal jemaah harus menjawap 'Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran'  dahulu, baru disusuli dengan 'medical checkup'. Tapi setelah dapati ada jemaah yang tak lulus medical, tapi maklumat terimaan telah pon diproses, menyebabkan pihak sana mengubah 'flow' supaya 'medical checkup' result dibawa bersama dengan surat tersebut, Jadi bila medical lulus, baru boleh proses/update 'Surat Pengesahan Penerima/Menolak Tawaran' .

opss.. nak maklum yang kos pemeriksaan kesihatan tersebut adalah dalam anggaran RM 180 ya..

Pada 04 April 2019, akak ke Cawangan TH untuk menyerahkan 'Surat Pengesahan Penerima / Menolak Tawaran'  dan laporan kesihatan.
Sebaik terima surat tersebut, TH mengeluarkan Surat Pengesahan Menerima Tawaran Sebagai Bakal Haji.

Alhamdulillah selesai sudah satu proses .........

Nanti kita sambung part 3 ya.... panjang kalau nak cerita bab-bab document ini termasuk kalau kita berhajat nak pergi dengan agency swasta.

Wassalam...

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. kalau baca ni kira di permudahkan ya kak, urusan rayuan tu pun macam mudah je... kira urusan selepas itu pun tak la terlalu mencabar... kira semua di permudahkan, dah memang dah betul2 sampai seru ni ye kak... tak sabar nk baca yg no 3 lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki ALLAH. Ada juga yg mohon beberapa kali tapi masih belum terima. Walau apa pon Alhamdulillah

      Delete
  2. Alhamdulillah. Terima kasih segala maklumat dan perkongsian yang bermanfaat ini. Boleh buat rujukan kepada yang bakal menjadi tetamu Allah. In shaa Allah.

    ReplyDelete