MENJADI TETAMU ALLAH MUSIM HAJI 1440H / 2019M - Part 3 (Pasport, Suntikan dll)

Gambar ihsan Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Salam bertemu lagi untuk sambungan yang ke 3...
aduii malas rasa nak mengadap notebook !

OK...OK..OK..
Kena paksakan diri, kalau tidak makin malasss !

Selepas menerima 'Surat Pengesahan Menerima Tawaran', boleh rujuk perincian dan celoteh akak pasal proses document di sini ...PART 2, proses seterus nya kita dikehendaki

1. ....... menyegerakan urusan membuat Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di pejabat Imegresen.
Pada yang telah mempunyai pasport, hendaklah memastikan tempoh sahlaku PMA adalah melebihi tarikh yang dinyatakan dalam 'Surat Tawaran'. Pada yang tak ada buat lah ya....
Juga PMA mempunyai sekurang2 nya 4 ms kosong secara berturutan/sbelah menyebelah.

Jangan lupa bila ke Imegresen, bawakan 'Surat Pengesahan Menerima Tawaran' , kita boleh dapat diskaun tau.....
Tapi macam kes akak yang terlalu lah 'teruja-uja sangat nak menunaikan Haji !!! ',  baruuuu... dapat 'Surat Tawaran' (belum lagi 'Surat Pengesahan Menerima Tawaran' ), pertama-tama action akak, terus pi renew pasport (masa tu tak tau ada diskaun diskaun ni...).

Tapi bila fikir-fikir balik, emmm......... tak dapat diskaun pon tak pa, janji akak dah siapkan satu kerja. Kalau nak datang balik ke pejabat imegresen semata mana nak dapat diskaun, kena fikir duit minyak lagi, masa lagi, nak dapat parking lagi bukan senang. So pasport siap.

2. ....... Sediakan dokument sokongan perakuan mahram bagi bakal haji wanita yang berumur 44 tahun dan ke bawah. Bagi kes akak, umur pon dah lebih, so skip je lah part ni.

3. ....... Seterus nya sediakan 2  keping gambar bersaiz 4cm x 6cm  (lebih pon tak apa, keperluan TH dan boleh diletak pada beg sandang dan dll), dan sekeping gambar 2.5cm x 3cm untuk dilekatkan dalam 'Buku Rekod Rawatan'

4. ....... Dapatkan suntikan tambahan ia-itu 'Pneumococcal' dan 'Infuenza'. Kedua-dua suntikan ini akak ambil pada hujung-hujung bulan puasa 27/05/2019.
Suspen juga nak kena cucuk 2 kali dalam satu masa, maklum akak memang takut jarum.. hehehe !
Satu tangan kanan, satu tangan kiri, adoii, macam mana nak drive balik nanti....
Tapi sebelum tu siap pejam mata dulu tau !, kepala toleh lain, jangan pandang jarum, sambil tu 'selawat keatas Nabi' sentiada berkumat kamit dari mulut akak.  Tak kisah lah doktor kan... dengar lah akak baca selawat ni.
heheh...doktor pon ikut baca !

Alhamdulillah ! tak terasa sakit sedikit pon.
Itu lah mustajab nya selawat Nabi ni, yang memang akak amalkan selalu, terutama apabila melalui detik-detik tertentu.

Note.. sebelum tu pada 30/03/2019 akak dah ambil suntikan 'Meningococcal Qudrivalent Vaccine ACYW-135 semasa first buat medical checkup untuk mendapat kelulusan Terima Tawaran.
So,  total 3 suntikan.

5. ....... Pada yang ada rezeki lebih sikit dan merancang nak menggunakan pakej swasta, dah boleh submit permohonan anda bersama salinan 'Surat Pengesahan Menerima Tawaran' kepada agency untuk diproses.
* nanti akak akan terangkan kenapa akak pilih agency swasta. 
* Juga kepada yang nak sangat-sangat pergi haji, ada rezeki lebih tetapi masih belum menerima tawaran, haaa... tunggu part berikut nya akak akan share macammana nak buat rayuan seterusnya..... 

6. ....... Jangan lupa terus hadirkan diri mengikuti kursus- kursus haji ya...

Kepada bakal-bakal haji atau sesiapa sahaja yang berhasrat ingin mengikuti kursus haji untuk tahun 1441H / 2020M anjuran Tabung Haji, kursus akan bermula pada minggu depan, 14/12/2019, setiap Sabtu pukul 9.00 - 11.45 pagi, 

Perlu di ingatkan ... tak perlu tunggu tawaran haji baru nak mengikuti kursus, hadirkan diri sebagai persediaan awal, tak rugi.....

Akak perasan ada yang hanya mengikuti kursus selepas mendapat tawaran.
Jika tawaran diterima awal, sempat lah kita belajar dari A to Z.
Tapi kita perlu ingat, kadang 'tawaran Haji'  keluar lewat bukan hanya kepada yang membuat  rayuan.  Kadang disebabkan ada yang menolak tawaran haji, menyebabkan nama kita pula timbul 'lewat'.

Kalau dah lewat terima tawaran, tak pula hadiri kursus haji, atau hanya sempat hujung-hujung, macam mana tuuuu ????
Lepas tu pergi pulak sorang diri.  Gelabah atau cool ?

Walaupon jika pergi bersama agency, semua In Sya ALLAH akan diberi tunjuk ajar, tapi pada akak lah Tak Ada Kepuasan dalam diri. Haji pulak sekarang ini sekali sahaja. Tak boleh repeat-repeat kecuali petugas tabung Haji dan yang pergi bukan melalui Tabung Haji Malaysia.

Mungkin pada sesetengah orang OK, tapi tidak pada akak.
Sebab itu, akak perasan  orang yang sebegini kurang beria sangat nak ke Masjid semasa disana.

Akak bercerita berdasarkan pengalaman supaya menjadi panduan untuk diri akak dan yang lain.
Yang tak berapa nak elok, cuba hindarkan.

OK..kita sambung pasal kursus haji ni...
Kursus untuk tahun ini hanya 13 siri sahaja berbanding 17 pada tahun-tahun sebelum.
Sebab tu ia bermula sedikit lewat, tetapi tempoh masa kursus dipanjangkan.
Dulu kursus bermula 9.00 - 11.00 pagi n kalau tak silap hujung bulan Oktober dah ON.
Sekarang, akak dimaklumkan kursus bermula 9.00 - 11.45 pagi.

Juga dengar2 buku panduan 'Kursus Asas Haji'  pon baru, ya lahh dari 17 siri menjadi 13 tentu ia terpaksa disusun semula, tetapi content nya tetap sama dan mungkin ada sedikit penambahan sana sini. Jadi jika ada yang dah beli buku sebelum ini, ia masih boleh diguna pakai. Tak perlu dapatkan  yang baru.... itu kata wakil tabung Haji di Tasek Gelugor.

* Berikut adalah senarai Ustaz dan Ustazah yang banyak memberi memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman semasa akak mengikuti Kursus Haji....

Masjid Tuan Abdullah
- Ustaz Haji Hassan bin Abdul Latiff

Masjid Jamek Tasek Gelugor (Anjuran Tabung Haji)
-Ustaz Haji Abdul Rahman Ideris

-Ustaz Haji Zolkhibri Abdul Aziz
-Ustaz Haji Azman Said
-Ustazah Hajjah Najihah Md Yusof
-Ustazah Hajjah AmalHayati Mahsin
-Ustazah Hajjah Marziah

Masjid Simpang Empat, Permatang Batu
-Ustaz Haji Khairol Annuar Musa

Terima Kasih Ustaz Ustazah semua..............................................


OK setakat ini untuk hari ini
Nanti kita sambung part 4 ya, pasal pemilihan agency dan pakej, kenapa ????

Wassalam...

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

6 comments:

  1. yelah kan kak, kalau tak pergi kursus tu kang banyak yang tak tau...
    biar la belajar lepas tu ulang lagi pun takpe janji kita ada fahaman dan pengetahuan apa nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dana, biar khatam beberapa kali sampai betul2 paham

      Delete
  2. Salam kenal Hajjah....
    Kebetulan saya pun pi haji tahun yg sama dengan hajjah...mungkin kta terserempak kat sana kan...Saya ngeri masa nak cek kesihatan tu sebenarnya, bab bab kena cucuk tu tak delah ngeri sangat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum hajah blh terangkan Bagaimana rayuan haji melalui pakej Swasta...

    ReplyDelete
  4. Terimakasih

    ReplyDelete
  5. Apprreciate you blogging this

    ReplyDelete

Powered by Blogger.