A

A

BIHUN SUP SPECIAL



Semangkuk 'Bihun Sup Special' untuk minum petang. Boleh juga sebagai sarapan pagi.

Jom kita semak RESEPI .....

1/2 paket bihun (beras) di rendam 1/2 jam dan disejat
2 genggam taugeh segar

BAHAN A
sedikit minyak
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
4 tangkai daun sup (dihiris sederhana panjang)

BAHAN B
4-5 cawan air untuk dijadikan sebagai kuah
1 kiub Ayam KNOR
sedikit garam

BAHAN C
4-5 anak jagung muda
10 ekor udang hidup

BAHAN D (Untuk taburan)
1 biji cili merah
2 ketul tauhu yang digoreng/direbus terlebih dahulu
3 biji limau kasturi
Daun bawang

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang hampir keperangan dan daun sup menjadi layu.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan bahan C dan apabila udang hampir masak, terus dimasukkan bihun.
5. Sebelum angkat, masukkan taugeh. Kacau sedikit -sedikit dan terus di angkat.
6. Tabur bahan D sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera.....

No comments:

Powered by Blogger.