KUETEAU GORENG TELUR PUYUH

Kelainan dalam gorengan ini adalah ia tidak menggunakan bawang merah tetapi menggantikan dengan bawang putih dalam kuantiti yang banyak. Haruman bawang putih yang digoreng begitu GARING memang benar-benar menyelerakan.

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Minyak untuk menumis
12 ulas bawang putih (ditumbuk)
8 biji cili kering (mesin halus)

BAHAN B
4 sudu besar Kicap MASIN Kipas Udang
10 sudu besar Kicap MANIS Kipas Udang
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Tomato

BAHAN C
1/2 kilo Kueteau
1/2 kilo Taugeh segar

BAHAN D
Daun Bawang
Cili merah
Bawang goreng
Telur Puyuh goreng
Telur ayam yang digoreng dadar dan dihiris

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih yang ditumbuk dan di goreng sehingga BENAR-BENAR GARING.
3. Masukkan cili kering dan masak lagi sehingga terbit minyak kembali.
4. Masukkan bahan B dan masak lagi <> 10 minit.
5. Masukkan kueteau dan ratakan menggunakan 2 garfu untuk mengelakkan kueteau hancur.
6. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan taugeh dan kacau sedikit-sedikit sahaja dan terus diangkat untuk mengekalkan kesegaran yang rapuh.
7. Tabur dengan bahan D sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera.....

No comments:

Powered by Blogger.