A

A

PEMBUKA BICARA


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat sekalian.

2 minggu tidak berONLINE dan berinteraksi terasa begitu lama sekali... emmm

Bicara pertama saya dalam blog ini adalah berkait rapat dengan kemudahan IT dialam maya ini. Alhamdulillah, kita semua sebenarnya amat bertuah kerana dapat menggunakan faciliti-faciliti yang canggih ini yang telah di rekacipta oleh pakar-pakar IT yang mana telah membolehkan kita berinteraksi antara satu -sama lain saperti seolah-olah kita semua berada sebelah menyebelah, padahal seorang berada di utara, manakala seorang lagi nun jauh diselatan. Malah ada yang beribu-ribu batu jauh diseberang laut.

Sebenarnya setiap apa yang direkacipta itu adalah bertujuan untuk kebaikan. Tetapi ada juga yang telah menyalah gunakan kemudahan yang disediakan kearah jalan yang salah saperti untuk penyebaran fitnah, kata-mengata, caci mencaci disamping memaparkan gambar-gambar yang tak sepatutnya dipaparkan. Kepada yang tahu akan kebaikan kemudahan tersebut, akan menafaat kan untuk memajukan diri, keluarga dan negara am nya.

Facebook, Pages, Blog, twitter antara nya dan banyak lagi sebenar nya memang dah lama berada dan beroperasi di alam maya ini. Cuma saya dan mungkin ada yang masih ketinggalan untuk memiliki nya ketika itu dek kerana kekangan masa dengan tugas-tugas pejabat yang tak kunjung habis. Tapi kerana tidak mahu ketinggalan dengan pelbagai teknologi canggih ini, cuba juga mencuri curi masa di waktu petang dan malam mengikuti blog-blog yang sedia ada.

Pada pertengahan August 2012, mula timbul rasa nak memiliki Facebook sendiri tetapi masih tak bersungguh. Sehingga lah pada penghujung 2012 minat makin bertambah-tambah, selepas melayari FB dan blog-blog dengan resepi-resepi yang Umpp!!! amat menyelerakan dengan foto-foto yang menarik. Dari situ terfikir kenapa tidak diteruskan kerana minat memasak memang dah ada sejak dari kecil, kenapa tidak dikongsikan dengan yang lain.

Maka dari Facebook...dapur FHA direkacipta. Disitu lah... di ruang maya ini saya bertemu sahabat sahabat dan bertegur sapa ... di panjangkan pula ke Pages dengan ruangan dapur yang lebih selesa, sesiapa sahaja boleh memasuki tanpa ada nya dinding penghalang. Dan kini dapur berpindah lagi untuk kali yang ke 3 ke rumah yang lebih-lebih luas, lebih lebih selesa, ibarat sebuah bunglow. Cewah cewahhhh...

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bertemu dan tempat bersembang dengan sahabat-sahabat sekalian. Jadi dapur yang dulu nya beroperasi di Facebook dan Pages, kini di upgadekan menjadi ruang makan. Jadi sambil-sambil makan tu boleh lah kita berbicara dengan lebih selesa dan tenang.

Bermula dengan Facebook, kemudian Pages dan menyusul Blog. Semua nya mempunyai tujuan yang sama ia-itu untuk berkongsi ilmu yang dianugerahkan oleh ALLAH ini terutama dalam bidang masakan selain mula berjinak-jinak menceburi bidang fotografi sebagai hobi baru. hehehe...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Secara rasmi nya kini 'Intai-Intai Dapur FHA' mula beroperasi di sini.

No comments:

Powered by Blogger.