Sila Click sini ya... Terima Kasih !

AYAM PERCIK KELANTAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....

Resepi berbuka kali ni 'Ayam Percik Kelantan' hehehe..tapi orang Penang yang masak yaaaa...
Buat cukup-cukup saja untuk 10 orang makan, seorang seketul, tak boleh tambah......... keh keh keh  .... sedap !
Biar tak cukup, jangan tak habis, nanti membazir.
Bila dah tak cukup tu yang buat kita bertambah-tambah sedap !!!

Jom kita semak resepi ....

BAHAN A (Diperap 2-3 jam)
1 ekor ayam (atau 10 ketul paha ayam)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit garam

BAHAN B
50 gram santan pekat
5 sudu besar gula putih
2 biji bawang besar (dimesin)
2 ulas bawang putih (dimesin)
3 batang serai (dimesin)
10-15 biji cili merah (Ikut saiz cili dan kepedasan yang dikehendaki)
1 asam keping
sedikit garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Ayam yang telah diperap tadi saya bakar dalam oven sahaja. Teknik nya, letakkan sedikit minyak pada aluminium foil untuk mengelakkan ayam melekat, kemudian letakkan ayam dan panggang dengan api bawah suhu 180C selama ~ 45-1 jam (mengikut saiz ayam).
2. Ambil minyak dan  cairan yang keluar dari ayam dan disapu dibahagian atas ayam untuk mengelakkan ayam kering ketika memanggang. 
3. 15 minit sebelum angkat, gunakan api atas sahaja selama 10-15 minit  suhu yang sama untuk menggaringkan sedikit ayam tersebut.

4. Untuk kuah, masukkan semua bahan B kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya minyak tidak terbit dari santan tersebut. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Curahkan kuah keatas ayam semasa menghidang.

* Selamat berbuka puasa ....


No comments:

Powered by Blogger.