Sila Click sini ya... Terima Kasih !

LIMPA GORENG Berjintan-jintan ...



Assalamualaikum semua...

Jom kita kedapur jenguk-jenguk resepi lauk hari ini ... simple aja.


BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN B (Diperap 1/2 jam)
Limpa (anggaran 400 gram)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1/2 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam

BAHAN C
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
kicap masin
1 sudu teh perencah 'Maggie' secukup rasa
15 biji cili padi 

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B.
2. Tutup kuali supaya limpa masak sempurna didalam dan tidak menjadi keras / liat
3. Apabila  hampir masak, masukkan bahan C. Gaulkan seketika dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...


2 comments:

  1. Assalamualaikum..kalau bab limpa ni msk ape pun sdapkan...berselera tguk menu FHA ni...

    ReplyDelete
  2. FHA.... saya suka ratah2 kalau goreng berjintan ni, tak sedar berkeping-keping boleh habis!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.