NASI LEMAK HALBA ... Dah melabur 'ASB 2' ke belum ?


Assalamualaikum semua

Kejap timbul,
kejap kejap hilang
Kejap timbul,
kejap kejap hilang .....

Sejak kebelakangan ini, tak sempat nak berentry sekerap saperti dahulu.
Terlalu banyak yang perlu diselesaikan. 
Semua on Q Q Q

Cuba juga curi masa waktu rehat untuk jenguk dapur kawan-kawan.
Sekadar melepaskan rindu heheh...

Pada 2 April yang lepas, PNB ada mengeluarkan produk baru ia-itu 'Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)'   dengan suntikan dana sebanyak 10 bilion saham yang mana telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita  Datuk Seri Najib Razak.

Untuk makluman...
ASB 2 ini terbuka untuk langganan semua golongan Bumiputera menerusi Akaun Dewasa untuk pelabur berusia 18 tahun ke atas dan Akaun Bijak untuk kanak-kanak berusia daripada enam bulan. 
-Saham amanah berharga tetap itu dijual pada harga RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM10. 
-Had maksimum yang ditetapkan ialah 200,000 unit untuk Akaun Dewasa dan 50,000 bagi Akaun Bijak.

Selama ini yang dok sibuk-sibuk tu, ni lah dia...
Salah satu tanggung jawap yang telah diamanahkan untuk memastikan  produk ASB 2 berjaya di implementasikan dalam system pelaburan PNB.

Dah melabur ke belum ?

OK lah melabur-melabur juga, masak tetap masak . Jom ke dapur

BAHAN A
Nasi Lemak
3 cawan beras
5 cawan air
0.5 cawan santan pekat
0.5 sudu teh halba sahaja
1 sudu besar minyak masak (supaya nasi tidak bederai)
1/2 inci halia
1 biji bawang besar (di belah 4)
3 helai daun pandan
sedikit garam

BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)

BAHAN C (dikisar halus)
30 biji cili kering
1 sudu besar ikan bilis
sedikit belacan

BAHAN D (dimesin halus)
Segenggam ikan bilis
1 sudu besar gula putih
sedikit air asam jawa
1 biji bawang besar (belah 8)
sedikit garam

BAHAN F
3 biji telur rebus
Timun atau sebarang sayur ulam-ulaman
Kacang goreng (jika suka)

CaraCara Memasak Nasi:
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak saperti biasa.
2. Apabila punat periuk nasi bertukar ke warm, gemburkan nasi supaya halba bercampur rata.

Cara-Cara  Memasak Sambal:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga garing
2. Masukkan haba C dan bahan D. Masak sehingga sambal menjadi pekat dan terbit sedikit minyak.

Selamat menjamu selera







1 comment:

  1. Samalah kita kejap tenggelam kejap timbul... mood dh merudum gamaknya....hihihi... sedapnya nasi lemak...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.