NASI MINYAK BEREMPAH & Ayam Panggang Bawang Putih


NASI MINYAK BEREMPAH

BAHAN A
1 sudu besar minyak sapi Ghee Blend
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 inci halis (dihiris nipis)
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis

BAHAN B
1 sudu makan rempah kari daging

BAHAN C
3 cawan 'Beras Rebus Basmathi Extra Panjang (Jasmin)'
4 1/2 cawan air
5 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi Ghee Blend dalam 'Rice Cooker'
2. Masukkan Bahan A dan goreng sehingga garing
3. Masukkan Bahan B dan teruskan memasak sehingga rempah menjadi sedikit garing.
4. Masukkan air dan sedikit garam.
5. Biarkan sehingga mendidih, masukkan beras dan teruskan memasak saperti memasak nasi biasa.


AYAM PANGGANG BAWANG PUTIH

BAHAN A
1/2 ekor ayam
5 camca besar minyak masak
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam

BAHAN B (ditumbuk)
15 ulas bawang putih
1/2 sudu besar lada hitam
1 inci halia
1 biji bawang besar

Cara-Cara Memasak Ayam
1. Bahan A dan B digaul dan diperap bersama ayam semalaman.
2. Panaskan oven suhu 200  Guna api atas dan bawah
3. Alaskan dulang dengan aluminium foil.
4. Bakar ayam selama 30 minit atau sehingga ayam masak.

NOTA:
1. Aluminium foil tidak perlu di tutup bahagian atas nya.
2. Ayam tidaK perlu dialihkan semasa memasak
3. Pintu oven sentiasa ditutup semasa memasak

* Selamat menjamu selera ...


No comments:

Powered by Blogger.