PAU DONUT KENTANG Inti Daging


Assalamualaikum

Dalam seminggu ni dah masuk 3 kali buat donut guna resepi yang sama 
Kali pertama dan kedua donut biasa saja, tabur dengan gula.
Kali ni ubah sikit. Ganti gula dengan itni daging... atas permintaan kakak.

Kenapa dah 3 kali buat donut ?
emmm... kalau nak tau... kena buat dan rasa sendiri.
lembut lembut... lembutttttt...sangat... 
walaupon dah sampai ke malam......................

DOH PAU
Bahan A
1 biji kentang  (direbus sehingga masak, dibuang kulit dan dilenyek halus )
1/2 sudu teh garam
250 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar susu tepung
70 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening / margerin / butter(saya gunakan shortening)
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera (Mauri-pan)

Cara-Cara mengadun
1. Masukkan kesemua bahan A diatas kedalam mangkuk adun (pastikan garam dan yis dimasukan secara berasingan untuk mengelakkan yis 'mati' apabila terkena garam. Untuk lebih mudah, ikut turutan yang diatas) .
2. Putar dengan kelajuan perlahan selama lebih kurang 8-10 minit. 
3. Perap selama lebih kurang 30-40 minit supaya doh naik 2 kali ganda.
4. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.

5. Jemput doh anggaran 25 g setiap satu, bulat dan lobangkan untuk memasukkan inti.
6. Susun dalam dulang yang terdahulu ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan ia melekat.
7. Biarkan selama 8-10 minit sebelum menggoreng.

INTI
Bahan B
2 sudu besar minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih

Bahan C
sedikit daging (dihiris kecil)
1 sudu besar rempah kari Daging 'Babas' + sedikit air

Bahan D
1/2 kiub pati lembu
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 ketul ubi keledek (saya gunakan keledek yang berkulit merah kerana rasa nya lebih manis), dibuang kulit, dan dipotong kiub. Direbus separuh empuk)
Daun sup
cili merah (jika ingin sedikit pedas)

Cara-cara memasak
1, Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan B sehigga sedikit keperangan dan masukkan bahan C. Masak sehingga rempah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan kiub daging, gula dan garam.
4. Masukkan Ubi keledek (yang telah separuh masak tadi). Tutup dengan tudung periuk dan biarkan selama 5 -7 minit.
5. Akhir sekali masukkan daun sup dan cili merah.

* Selamat menjamu selera ....

Sumber Resepi: Donut Kentang Masam Manis

2 comments:

Powered by Blogger.