KARIPAP KAMPONG ... kulit yang sangat ranggup, tahan hingga ke petang !




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Sebenar nya KARIPAP ini akak sediakan beberapa hari sebelum MURTABAK DAGING & BAWANG CUKA.

Kali ini karipap kampong saja, yang simple simple, dan yang pasti nak mesti sedap dan puas makan.
Malas nak berpusing-pusing... renyah sangat tu !
Dah tu guna aja acuan tekap dan kelim yang ada dalam simpanan.
Mudah sangat !

Akak masak cuma 1/4 adunan saja,
Tapi dapat banyak biji juga lah.
Goreng sedikit dan baki nya di frozenkan.
Akak frozen mentah ,  tak goreng langsung. Tapi kalau nak goreng 1/3 masak pon boleh.

Perasan tak ?  karipap akak ada jerawat.
Akak memang suka !!!
Hari tu masa buat mutrabak tak ada jerawat
Tapi karipap ini OK, ada jerawat !
Tak ada beza pon, jerawat atau tak...
Tapi akak memang suka kalau ada ..
Snap foto nampak cantik sikit.. pada pandangan mata akak lah !! hahaha !

Lain orang lain kehendak kan !


Gunakan kemudahan yang dah ada kan...

Sumber resepi kulit kali ini akak rujuk dari MAJALAH RASA.
Alhamdulillah hasil kulit nya amat-amat rangguppppppp !

Try to access owner resepi asal di FB tapi tak berjaya, walau akak pernah terbaca entry ini beberapa hari lalu diFB tuan punya.... dah tak ingat dari nama FB.

Kalau ada yang terperasan owner nya tolong maklumkan pada akak supaya dapat attach link dan update entry untuk credit kepada yang empunya resepi.

Walau apa pon terima Kasih  banyak-banyak .
Moga peroleh pahala berkongsi ilmu masak memasak ini

Jomm...

INTI KARIPAP


Untuk inti karipap ini, akak masih menggunakan resepi yang sama saperti SAMOSA KENTANG BERDAGING tempoh hari.
Saperti biasa, bila dah suka sesuatu resepi akak akan repeat sehingga jemu.
Tapi kalau nak tukar, boleh saja......... ikut selera memasing ya ..............

Bahan A (dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil)
2 biji ubi kentang US/ Russet yang bersaiz besar
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
200 gram daging (dihiris kecil)
1/2 camca teh Kunyit Serbuk

Bahan C
Sedikit Minyak untuk menumis
4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1 biji Bawang Besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
2 tangkai Daun Kari
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
1 biji Buah Pelaga

Bahan D
3 camca besar penuh Rempah Kari Daging
3/4 camca teh Lada Hitam Serbuk
Sedikit air

Bahan E
1/4 kiub Pati Daging 'Knorr'
5 camca besar Gula Putih
Sedikit garam

Bahan F
3 biji Cili Padi Merah atau 2 biji Cili Merah (Dibelah 4, dibuang biji dan dihiris nipis)
Daun Sup Secukupnya (dihiris sederhana kasar)

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil. Kemudian direbus sekejap untuk melembutkan nya. Tak perlu terlalu lama, lagi pon kentang jenis ini cepat empuk. Cukup sekadar 1/2 atau 3/4 empuk. Angkat, toskan air rebusan dan ketepikan.

2. Daging dihiris kecil dan digaul dengan kunyit dan diperap 10 minit.

3. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan C sehingga terbit bau dan bawang layu atau sedikit kekuningan.
4. Masukkan bahan D dan terus perlahankan api. Masak sehingga terbit sedikit minyak dan rempah menjadi garing.
5. Masukkan bahan E dan sebatikan. Jika terlalu kering boleh dimasukkan air sedikit.
6. Masukkan kentang yang telah direbus, ratakan bersama rempah. Perlahankan api dan tutup tudung periuk. Biar rempah ratus meresap kedalam ubi.
7. Padamkan api dan terus tabur dengan bahan F. Ratakan dan siap untuk digunakan sebagai inti.


KULIT KARIPAP


Bahan A
1 kilo tepung gandum blue key (akak guna tepung gandum 'FAIZA')
* Tips akak .....
kalau nak dapatkan kulit yg' mengerutu' spt dalam dalam gambar,  dicadangkan menggunakan tepung Jenama 'Faiza'.  Mengikut pengalaman akak, tepung jenama lain tidak menjadi 'ke gerituan nya' walaupon cara penyediaan dan sukatan adalah sama.
1 cawan minyak
2 sudu majerin

Bahan B (satukan)
350ml air
2 sudu besar air kapur jernih (ni lah dia ramuan rahsia)
Sedikit garam 

P/S : Bagi menyediakan air kapur, letak air dalam bekas yang berisi kapur, kacau sedikit dan biar selama 20-30 minit atau sehingga kapur mendap kebawah. Ambil air yang JERNIH sahaja ye!
Jangan ambil kapur tu... bahaya nanti jadi batu karang pulak dalam perut !


Cara Menyediakan nya
1. Masukkan tepung kedalam mangkuk dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan majerin (Biar sehingga mendidih) .
3. Kemudian curahkan minyak ke atas tepung. dan gaul menggunakan SUDU (AWAS: JANGAN guna tangan kerana boleh menyebabkan tangan melecur)
4. Gaul rata sehingga menjadi saperti dibawah


5. Masukan bahan B (air) sedikit sedikit sambil menguli sehingga sebati. Proses ini boleh menggunakan tangan.

6. Setelah siap menguli, masukkan adunan ke dalam plastik untuk mengelakkan terdedah kepada udara. Perap selama 4 jam.

7. Selepas 4 jam, boleh lah di gelek untuk dimasukkan ini.

nota:
Akak terleih rajin kali ini, jadi akak timang setiap satu untuk mendapat saiz dan berat yang sekata.
Berat kulit setiap satu anggaran 25g (akan ada lebihan selepas diterap dengan acuan)
Berat inti 20 gram



8. Goreng sehingga keperangan!
Kalau nak difrozen boleh digoreng 1/3 masak, tapi akak simpan mentah saja.


Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

19 comments:

  1. sedapnya karipap akak ni... rajin betul akak tang inti dia tu bahannya banyak betul...

    tgk akak bt karipap teringat lak, lama dah tak buat karipap sendiri....
    dana selalu buah karipap pakai minyak panas kak... pun ranggup kulitnya...
    tak reti dana bt karipap pusing2 tuh... jenis suka yg mudah je

    ReplyDelete
  2. Dana.. Akak pon guna minyak panas. Tapi yg ini ada tambahan sedikit margerin. Juga tambahkan air kapur untuk lebih ranggup

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak Fauziyah kerana sudi memberi petua macam mana nk dpt kulit karipap mengerutu. Nak try.
    Assalamualaikum.
    Kak Zainab kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Kak Nab. Alhamdulilah ranggup. Sedap makan panas2

      Delete
  4. Assalam.. Sekilo twpung tu blh dapat berapa biji karipap ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. maaf, lambat replai. baru perasan ada comment ni. Akak buat 1/4 kilo boleh dapat dlm 19-21 biji. Tengok pd ketebalan kulit

      Delete
  5. Akhirnya jumpe pon resepi karipap berjerawat..😊😊😊..terime kasih kak untuk resepinya..

    ReplyDelete
  6. Saya pun buat guna minyak panas je,tak guna marjerin,uli guna air sejuk dlm peti ais dan sedikit air kapur,alhamdulillah menjadi,sebab saya buat berniaga,saya mmg suka buat yg berjerawat

    ReplyDelete
  7. Saya suka karipap berjerawat mcm ni..serupa macam karipap yg arwah mak sy buat,bg sy kalau x de jerawat kulit karipap tu x jd😆😆..terima kasih share resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan guna tepung gandum jenama 'Faiza' ya....
      Akak dah beberapa kali buat guna tepung jenama lain...x menjadi jadi
      Akhir nya guna jenama faiza kembali ...Karipap ber 'jerawat' balik
      Sekarang kalau nak masak karipap, pastikan jenama FAIZA

      Delete
  8. Akak..kenapa saya tried resepi ni..tapi kat saya kulit dia selalu koyak lepas canai..bila saya tarik nak masuk inti tu..kulit dia melekat pada papan kayu n koyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      1. mengelek kulit 'terlalu kuat' boleh menyebabkan tepung melekat pada papan canai. Gelekkan kuih apa2 saja, haruskan bersedehana.
      2. tepung yg di gelek hampir nipis boleh menyebabkan sukar untuk mengangkat nya, dan menyebabkan ia mudah koyak.
      3. Jenis Papan canai juga kadang menjadi penyebabnya. Lapikkan dgn plastik atas papan canai pon boleh untuk memudahkan proses menggelek.
      4. Akak cuba elakkan menggunakan tepung semasa mencanai kerana ia boleh mempengaruhi texture kulit ..sedikit keras
      5. Tiada rahsia tersembunyi pada resepi diatas. Akak telah menggunakan resepi ini setiap kali menyediakan karipap. Cuma kadang 'brand' tepung gandum yg berbeza menghasilkan texture doh berbeza. Jadi akak akan tambahkan sedikit air utk melembutkan nya (jika perlu saja mengikut brand tepung)
      Tapi sukatan ASAS adalah spt diatas afalah 'sedang elok' yg selalu akak refer.

      Jangan patah semangat. Teruskan cuba membuatnya kerana pengalaman kita itu yg penting.

      Delete

Powered by Blogger.