Nuffnang

MEE GORENG CILI PADI yang umphh sedap !


Assalamualaikum..
Selamat Pagi ..

Pagi ni sarapan apa ya ?
Mee ada ?
Taugeh ?
Udang atau sotong ?
Ikan Bilis ?
Daun Sup ?
Cili Padi atau Cili merah segar ?

OK kalau ada semua yang di atas ..jom kita goreng mee

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)

Bahan B
5 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang halus)
4 tangkai daun sup (dipotong 1/2 inci panjang)
sejemput ikan bilis (ditumbuk) ~ anggaran 15-20  ekor 
10-12 biji cili padi (ditumbuk)
2 sudu sos tiram
sedikit kicap masin 'Kipas Udang' 
sedikit kicap manis 'Kipas Udang'
sedikit gula putih

Bahan C
12-15 ekor udang hidup (dibuang kulit)
sebungkus mee kuning
2 genggam taugeh segar

Bahan D
Daun sup
Daun Bawang
Bawang  goreng
Limau kasturi

Cara-Cara Menyediakan nya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Dan goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih, daun sup dan ikan bilis. Goreng sehingga bawang bertukar hampir keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan Cili Padi, Sos Tiram, Kicap Manis, Kicap Masin dan sedikit gula. Tambahkan sedikit air jika kuah sedikit kering.
4. Apabila kuah pekat, masukkan udang hidup. Biarkan sekejap.
5. Seterusnya masukkan mee kuning (pastikan mee ini dibasuh terlebih dahulu). Gaul rata, tutup kuali dan kecilkan api  untuk memastikan mee kuah menyerap kedalam mee dengan sempurna.
6. Sebelum angkat, masukkan taugeh.
7. Siap

* Selamat menjamu selera...

4 comments:

  1. Saya dulu suka cili padi..
    Sekarng perut dah alah sangat.,
    Cepat sakitnya..
    Tengok Mee Goreng Cili Padi FHA ni.. terliur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan tak pedas, kurang selera. Kadang tu risau juga Nur Hayati

      Delete
  2. Alhamdulillah, Seronok baca blog puan. Halalkan resipi yang saya ambil dari dalam ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Resepi-resepi ini adalah untuk rujukan bersama termasuk saya dan keluarga ..

      Delete

Powered by Blogger.