LOMPANG DAUN PANDAN



Assalamualaikum..

Dolu dolu saya memang suka makan kuih yang pedas, tapi sejak kebelakangan ini macam dah berubah selara pula...
Teringin sangat nak makan kuih manis
Salah satu nya Kuih Lompang.
Jadi saya google cari resepi, nampak ramai dah mencuba resepi  dari blog CitarasaWan
Ramai memuji keenakkan kuih ini.

Terima Kasih KakWan kongsikan resepi ini !

Apa lagi, jom terus masuk dapur sediakan adunan...

Saya sediakan  1/2 adunan saja saperti dibawah yang menghasilkan 16 biji lompang.

Bahan A
1/2 cawan gula putih
1 cawan air

Bahan B 
1 1/4 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
1/4 cawan tepung ubi atau tepung sago (saya guna tepung ubi)
1 cawan air + 5 helai daun pandan (diblend dan ditapis)
1 sudu teh air kapur

Bahan C (Gaulkan dan kukus sebentar) 
sedikit kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit garam


Cara-cara Menyediakan nya
1. Masak bahan A hingga gula larut dan tapis.
2. Satukan bahan B dan sebatikan. 
Kemudian tuangkan bahan A (Kak Wan sejukkan dahulu tetapi saya masukkan panas-panas) dan gaul sehingga rata,  kemudian ditapis lagi.
3. Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan. 
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang (Pastikan acuan betul betul panas untuk mengelakkan lompang melekat pada acuan. Oleh itu panaskan acuan 10 minit 'kiraan dari masa air mendidih').
5. Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang keparas bibir acuan untuk mendapatkan kuih yang cantik.
6. Alaskan tudung pengukus dengan tuala, sebelum menutup tudung untuk mengelakkan air jatuh keatas kuih.
7. Kukus selama 25-30 minit.
8. Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.  
Untuk mengeluarkan lompang dari acuan, gunakan pencukil gigi dan cungkil secara lembut supya kuih tidak rosak.
9. Hidang dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


No comments:

Powered by Blogger.