Bersantai Sambil Menjamu Selera di PUNCAK MUTIARA CAFE.. Melawat Ladang dan Kawasan


Assalamualaikum dan Salam pertemuan sekali lagi kita di alam maya.

Dalam entry sebelum, saya sudah pon membawa anda berjalan-jalan melihat LOKASI menjamu selera di Puncak Mutiara Cafe.
Juga lawatan ke dapur untuk melihat sebahagian MENU menarik yang dihidangkan disitu.

Macam mana ?
Best tak ? 
Tentu best kan....

Tempat nya memang sungguh menarik untuk kita bersantai bersama-sama keluarga mahupon sahabat handai dengan menu yang amat menyelerakan ! 

Jadi sebelum balik, apa kata saya bawakan anda meronda-ronda lawat kawasan ladang dan ternakan pula.

Jom.. Jommm

Anda perasan tak semasa sampai tadi, bersebelahan dengan pintu utama cafe ini ada reban ?
Haa...
Itu adalah salah satu kandang kambing yang menempatkan kambing untuk bekalan daging di cafe ini.
Bukan ini saja, ada lagi kandang kat dalam ladang cafe ini, nanti saya tunjukkan ..........



Jomm kita masuk kedalam tinjau lagi...
Dengan ada nya papan pandu arah ini, In Sya ALLAH anda tak akan tersesat.

Yaaaa...........
Ini lah Reban Kambing yang saya katakan tadi, yang menempatkan kambing-kambing dibahagian atas.
Tahap kebersihan kandang amat membanggakan, kerana kebersihan amat diutama.
Kerja-kerja pembersihan kandang dilakukan sebanyak dua kali sehari dengan penggunaan teknologi mikroorganisma efektif iaitu sejenis bakteria baik membantu mengurangkan bau di kandang kambing.
Manakala semburan di sekitar kawasan kandang dilakukan seminggu sekali.


Saperti yang saya maklumkan dalam entry saya dahulu, tangga yang dibina untuk kandang kambing ini lain dari tangga rumah kita, kebetulan pula saya menyarungkan 'highheels'. jadi ini menyukarkan saya memanjat, jadi gambar-gambar yang ini saya terpaksa dapatkan dari koleksi Puncak Mutiara Cafe.


Tembun-tembun kan kambing kambing ni...........

Kita selfi dulu..
Cheese !

Jom kita ke kawasan ternakan Ostrich pula.

Nak ke kandang Ostrich ini agak ke dalam  dan tanah nya sedikit berbukit jadi sukar juga bagi saya nak menghampiri kandang nya.
Pandang dari jauh je lah ye...
Kebetulan nampak papan tanda ini...
Risau juga nak lari nanti
hehehe...alasan



Ini gambar dari ihsan Puncak Mutiara Cafe

Kandang ternakan ayam

Kolam Ikan..


Kalau nak ke kandang Otrich tadi, kita akan melalui kawasan tanaman Rockmelon
Subur sungguh pokok ini

Pokok Nangka pon ada.
Berkontoi-kontoi buah nya sampai  ketanah

Tanaman anggur ini adalah dalam kawasan pengunjung beristirehat sambil menjamu selera.
Jadi tahu je lah kan, jadi sambil makan tu sambil petik anggur
Sebab tu tak sempat nampak buah nya masak, dah pon kena petik.

Salah satu kolam ikan emas yang terdapat dalam kawasan bersantai,  menambahkan lagi keceriaan cafe dan sejuk mata memandang.
Lagi-lagi tengok ikan-ikan berenang


Pemandangan pohon yang menghijau


Surau yang terdapat dalam cafe

Kalau berhajat nak bermalam dalam kawasan ladang ini pon boleh,
Terdapat 4 buah charlet disediakan, pilih yang mana bersesuaian.





Jom ramai-ramai kita Bersantai Sambil Menjamu Selera di
PUNCAK MUTIARA CAFE
  Lot 179, MK 3,
  Kampung Pelet
  Kubang Semang
  Pulau Pinang, Malaysia

Tel: 1700-81-9595

Coordinate dari Google Map
  5.415249,100.456138

atau boleh layari website rasmi ...www.puncakmutiara.com

3 comments:

  1. Pernah makan kat Puncak Mutiara ni Kambing Beriani..Air asamnya sedapp..

    ReplyDelete
  2. Pernah ke sini 3-4 kali dah..boleh tahan jugak sedapnya..anak2 seronok ke sini sebab nak tengok kambing..:)

    ReplyDelete
  3. Sejuknya mata memandang boleh jadikan pilihan untuk bawa anak-anak menikmati alam, back to nature.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.