Sila Click sini ya... Terima Kasih !

NASI GORENG ARAB ..Nasi Goreng Kegemaran Keluarga. Sedap dan tak jemu dimakan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

NASI GORENG ARAB ini saya sediakan semalam sebagai makan malam.
Kali ini ia dimakan dengan Udang yang tinggal beberapa ekor berbaki dalam peti sejuk.

Secara jujur nya memang nasi goreng ini saya tak jemu makan !
Kalau tak ada selera, saya akan sediakan nasi goreng ini

Memang sedap.....

Jomm..



Bahan A (digaul dan diperap 1/2 jam)
4-6 ekor Udang besar
serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 inci halia (dihiris nipis memanjang)
2 tangkai daun kari

Bahan C
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1/2 sudu teh lada hitam biji (dibiarkan sebiji sebiji)
1/2 sudu teh lada putih biji (dibiarkan sebiji sebiji)
1 mangkuk besar nasi putih (berada pada suhu bilik)
1 camca teh  minyak sapi 'Ghee Blend'.
Sayur (terpulang sayur apa yang nak dimasukkan)
sedikit garam

Bahan D
Hirisan Cili padi
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng

** Elakkan dari masukkan kicap atau sebarang kiub perasa tambahan.


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan toskan minyak nya.
2. Dengan menggunakan minyak goreng udang (kurangkan jika berlebihan), tumis bahan B sehingga terbit aroma yang harum dan bawang bertukar warna keemasan.
3. Masukkan bawang besar dan kacau-kacau sebentar, terus masukkan lada biji.
4. Masukkan nasi dan ratakan.
5. Seterusnya masukkan minyak sapi dan sedikit garam 
6. Masukkan sayur dan sebatikan semuanya sehingga rata sebelum angkat untuk dihidangkan.
7. Tabur dengan bahan D dan hidang bersama udang goreng.

* FHA Selemak Santan

2 comments:

  1. haah, qekra pun pernah try jugak nasi grg arab ni. mmg sedappp ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.