Menu apa tengahari tadi ?
Kebetulan semalam saya beli telur itik, jadi hari ni saya ON 'masak lemak cili padi telur Itik'.
Sekali sekala makan Masak Lemak Orang Nogori, OK juga. Sedapppp tak terhingga.
Uhhh mengancam habis, dengan lemak, pedas cili padi kampung, dan wangian daun kunyit dan lengkuas, makan pula dengan nasi panas-panas, letak sikit kicap masin kipas udang atas nasi, kalau ada yang lalu memang saya tak pandang lagi lah ...hehehe.
Jom kita semak RESEPI .....
BAHAN A (Untuk menumis)
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawag besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit halia sebesar ibu jari(ditumbuk)
3 batang serai (Ketuk-Ketuk bagi lebam)
Lengkuas..sebesar 2 ibu jari (Ketuk Ketuk bagi lebam)
15-20 biji Cili Padi (Mesin halus). Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
1 sudu teh Serbuk Kunyit
BAHAN B
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
1/2 kiub Pati Ayam KNOR
1 helai daun kunyit (Di hiris besar-besar)
Sedikit garam
BAHAN C
5 biji telur Itik
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sampai betul-betul layu. Pastikan bawang menjadi hampir garing..jika tidak masak lemak kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendididih perlahan-lahan (Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama kerana minyak dari santan akan terbit dan menjadikan makanan kurang menarik)
4. Masukkan telur Itik Sebiji-sebiji sampai habis.
5. Tutup periuk dengan tudung untuk memastikan telur masak dengan sempurna.
6. Siap untuk dihidangkan.
* Selamat menjamu selera .....
No comments:
Post a Comment