Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...
'KEK SPAN PANDAN Berkastad', Emm... dah lama menyimpan hasrat nak makan kek yang mengancam ni semasa skodeng dapur Azlita. Teringin sangat-sangant... dari minggu keminggu, bulan kebulan, akhir nya taraaaa.... buat akhir nya. Sedap dan lembut sekali texture kek pandan ni ditambah lagi dengan aroma pandan.
Jom kita semak resepi
KEK SPAN PANDAN
150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor (saya kurangkan menjadi 130gm saja)
5 biji telur
1 sudu besar ovellete
4 helai daun pandan, Pewarna hijau, Pandan emulco ( saya gantikan dengan Perasa Pandan yang dah bewarna)
80 ml air
80 ml mentega cair
Panaskan ketuhar pada suhu 170C, 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan
2. Mentega di cairkan atas api dan disejukkan.
3. Tepung dan baking powder diayak bersama.
4. Masukkan gula, telur, ovellete, tepung dan baking powder kedalam mangkuk adun.
5. Dengan kelajuan maksima menggunakan pemutar bentul belon (pemutar telur), pukul bahan sehingga menjadi putih, ringan dan gebu (~10 minit)
6. Masukkan Perasa Pandan dan air dan terus putar dengan kelajuan tinggi yang sama.
7. Masukkan mentega cair dan kaup balik secara manual sehingga adunan rata (Jangan terlebih kaup/balik kerana kek akan mampat dan tidak gebu/ Udara yang terperangkap di dalam kek akan menyebabkan kek berlubang-lubang bila dipotong nanti)
8. Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit
Nota
1. Kek ini akan mengecut dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
2. Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai. Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti.
3. Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang
4. Kek span di bahagikan kepada 3 lapisan dan di ketepikan.
---------------------------------------------------------
3. Letakkan lapisan kedua dan tuang lagi 1/3 adunan kastad lagi.
4 Letakkan lapisan ketiga dan tuang lagi 1/3 adunan terakhir.
PENGEN DAPAT JUTAAN?
ReplyDeleteYUK LANSUNG AJA KE ZEUSOLA!
Hanya Dengan Deposit Pulsa, Gopay & OVO Sudah Bisa Bermain Dan Meraih Keuntungan Yang Besar Jutaan Rupiah Hingga Sepeda Motor !
Tunggu Apalagi Segera Daftar Dan Bermain Di Zeusbola!
Jangan Lewatkan Jackpot Anda!
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607