Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Hari ini saya nak kongsi resepi satay yang saya belajar dari penjual Satay.
Rasa nya emm..... TIP TOP No 1. Sebiji macam Satay Kajang yang famous 2............
Makan Satay ni tanpa kuah pon dah sedap.... lagi lah sedap kalau cecah dengan kuah.
Dah tahu buat satay ni, kalau rasa nak makan aja, boleh buat sendiri. Kecuali lah yang duduk kat Kajang.. atau area yang berdekatan.. boleh main order aja..hehehe
OK lah kita semak resepi yang mengancam ni...
BAHAN A (Untuk perapan bersama ayam/daging )
1.5 kilo daging (seelok-eloknya batang pinang) atau boleh digantikan dengan ayam (bahagian dada)
1 ketul Lengkuas (saiz sebesar 1/2 buku lima)
5 batang Serai
5 camca besar (Penuh) Gula putih
Garam
Kunyit
sedikit minyak
* Serai & lengkuas - dimesin halus (tanpa air)
* Campur semua nya dan perap bersama ayam/daging
BAHAN B (KUAH)
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah dan 2 bawang putih (Hiris nipis)
10 biji Cili kering (mesin halus)
1 ketul Lengkuas (saiz sebesar1/2 buku lima)
10 batang serai
1 kilo Kacang Tanah yang siap di goreng (mesin sederhana hancur)
8 camca besar (penuh/ bun-bun) Gula putih
Asam Jawa sedikitttt aja (sebesar duit 10 sen)
Garam
* Serai & lengkuas - campur dan mesin halus (boleh masukkan air sebagai kuah tapi jangan banyak sangat sebab kalau kuah cair kurang sedap)
Cara-cara Memasak Kuah:-
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai garing.
3. Masukan Cili kering yg dimesin. Masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan lengkuas, serai, air asam jawa, kacang tanah, gula dan garam.
5. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat
(Lebih lengkuas, serai dan gula ... lebih sedap kuah nya)
BAHAN C
1 biji timun
2 biji bawang besar
Nasi impit
Selamat pagi Faudziyah... ya ampun! terliur saya dibuatnya! Memang betul tu kalau satay yang sedap makan tanpa kuah pun dah sedap!
ReplyDeleteSalam Amie. In Syaa ALLAH resepi yang saya belajar ni memang sedap. Kalau buat sendiri tu, saiz satay boleh kita besarkan .. makan 1,2 cucuk dah kenyang. Puas
Deletebahan2 perapan ayam atau daging x perlu masuk b.merah dn b.putih ke? tq.
ReplyDeleteSalam. Tak perlu bawang untuk perapan ayam/daging. Hanya yang tersenarai dalam resepi dah mencukupi.
Deletesalam kenal kak faudziyah....seronoknya kalo pandai buat sate sendiri...kalo ada masa mmg nk cuba resepi ni..terima kasih krn berkongsi!
ReplyDeleteW'salam. Resepi nya nampak simple tapi sedap. Yang penting kena pastikan satay kita tu cukup manis dan terasa bahan-bahan nya, In Sya ALLAH sedap. Kalau yang beli tu, kadang-kadang ada jintan la, asam la, kurang manis la.. Tapi bila buat sendiri memang puas makan. Semenjak tahu resepi ini, memang saya dah tak tukar ke resepi lain lagi. Cuba la..
DeleteSalam Faudziyah...
ReplyDeleteTerimakasih banyak kerana sudi berkongsi resepi Satay yang insyaAllah lazat ni..Saya di Christchurch New Zealand ni tidak ada Satay M'sia..yang boleh dibeli..kena buat sendiri jika hendak makan Satay..dengan resepi yang saya percaya hasilnya akan lazat insyaAllah..besok saya akan hidangkan Satay Malaysia kepada tetamu Kiwi , Aussie & Fiji saya..terimakasih banyak-banyak
..
w'salam . Maaf kerana lambat reply.....Terima Kasih kerana mencuba resepi ini. Insya ALLAH sedap.,,, sambil sambil tu boleh perkenalkan masakan Malaysia kepada tetamu luar negara yang lain. Tahniah..
Deletemyak utuk renjis tu nk gune myak ape ea?
ReplyDeleteMinyak kelapa biasa sahaja
DeleteSalam Puan Faudziyah, sebelum ni saya guna resipi google ada bawang putih dan bawang merah. Memang lain dari resipi yang ini. Tapi rasanya kurang menyengat!
ReplyDeleteBila dah jumpa resipi baru, memang wajib cuba lepas ni! TQ ya
W'salam. Bawang hanya digunakan sedikit sahaja sebagai penumis...
DeleteResepi ini saya dapat dari penjual satay di Keramat. Dan hasil nya sedap saperti kuah satay di Kajang
as salam. boleh saya tahu. resepi ni untuk berapa batang sate ?
ReplyDeleteMAU CARI SITUS BANDAR JUDI YANG TERBAIK DAN TERPERCAYA PASTINYA DI ZEUSBOLA.
ReplyDeleteBuruan Mainkan gamenya, Jadilah Pemenang dalam situs Favorite Anda
Nikmati Berbagai Game Dengan Kualitas Terbaik Di Asia Hanya Di Situs ZEUSBOLA
DENGAN 1 USER ANDA SAJA SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME DAN MENDAPATKAN BANYAK KEUNTUNGAN.
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607