Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Resepi untuk hari ini amat enak sebagai pencuci mulut selepas berbuka, amat sedap bila dimakan sebaik saja ia dikeluarkan dari peti sejuk......emmmm.....
Jom kita semak resepi ...
BAHAN A
4 gram agar2 tali (agar-agar biasa tu...)
4 helai daun pandan
700 ml air
50 gram gula putih
2 sudu besar Susu pekat Manis
2 sudu besar Milo
Beberapa keping biskut OREO
Cara-Cara Membuatnya
1. Satukan agar-agar, air dan daun pandan. Kacau rata sehingga mendidih dan agar2 larut.
2. Masukkan gula dan teruskan memasak sehingga gula larut, terus masukkan susu pekat manis.
3. Angkat, tapis dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dimasukkan milo, dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa milo.
5. Tuangkan separuh dari bahagian yang bermilo itu kedalam acuan, biarkan 1/2 beku.
6. Goreskan sedikit permukaan agar-agar dengan garfu, dan terus tuangkan 1/2 bahagian yang bersusu sahaja, biarkan 1/2 beku juga
7. Goreskan lagi permukaan agar-agar dengan garfu dan letakan biskut oreo dan terus tuangkan baki bahagian yang bersusu itu dan biarkan ia 1/2 beku juga.
8. Akhir sekali goreskan lagi permukaan agar-agar dengan garfu dan tuangkan baki bahagian yang bermilo yang tinggal.
9. Simpan dalam peti sejuk ~ 2 jam sebelum dihidangkan.
* Selamat Berbuka puasa ...
ni la dessert yg paling cunnnn!!tahniah....kak faudziyah so kreatif!
ReplyDelete